Monday, December 01, 2008

BILA POKOK SUDAH TIDAK ADA DAUN...

Musim sejuk datang lagi...

ye, musim sejuk beku sudah datang lagi. Katanya sana sini sudah ada snow.. nampaknya bumi sheffield ni belum lagi. Tapi sejuknya sudah sampai ke tulang. Saya sudah siap beli winter coat yg ala-ala abominable snowman. Memang la tak hip dan stylo... tapi dari sakit habis tulang temulang saya ni , gasak la tak stylo pun. Lemak banyak pun tak jalan kalu sejuk cenggini...

Sudah la sejuk sampai rasa kebas jari jemari, cik abang pulak kerja shift malam. Tiap-tiap hari pulak tu. 5 hari seminggu, 6 petang sampai 6 pagi. Tinggal la saya dgn anak-anak mengharungi malam yg panjang. Betul... panjang ok malam sekarang. Belum pukul 6 petang sudah masuk waktu ishak. By the time pukul 9 malam sudah rasa mcm pukul 2 pagi. Tapi cik abang saya lagi kesian, kena keja sedangkan saya masih boleh layan sejuk dengan bergulung dalam duvet. Takpe bang, berusaha! hehehe....

Setiap kali mengharungi sejuk keding-ding ni (istilah ni saya reka sendiri, maknanya boleh berubah sesedap hati), saya mesti berharap dan berdoa.."Ya Allah; mintak2lah summer tahun depan menjadi, ameen"
Cuma tinggal lagi kena tabah hati la nak tunggu summer, makan setengah tahun jugak tu. Harap dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, ameen.

ermm..begitulah. Org nak datang sambung belajar kat UK, awak nak jugek. Masa lom sampai hari tu bukan main menggelitik tak sabor nak datang. Ate orang lain boleh tahan sejuk , awak menggelitik lagi sakit lutut, sakit urat. Bebudak ni jer yg macam tak tau sejuk. Entah macamana boleh jadik kebal sangat tak tau le...


Tapi apapun, tak sabar gak tunggu kot2 snow . Ye lah.. barulah senang hati saya nak bergolek2 dlm snow pasal dah ada coat baru saya tu. Tgk forecast kata lusa diramalkan heavy snow. Kena la pakai coat tebal saya tu tiap2 hari gitu, kang terlepas pulak kalau tiba2 snow masa saya kat school. Takkan nak berlari balik ambik pulak kan.. tak logik la pulak. hahaha..
ermm.. nak kuarkan siap2 lah... hahahahahaha. Gilo.



nota:
kepada adinder saya yang saya sayangi walaupun dia suka bertekak ngan saya pasal kadang2 dia takmo dengar cakap , cik Atika Wafin; SELAMAT ULANG TAHUN KE-18
Semoga apa yg terbaik saja utk kamu wahai dinder, in this life and hereafter.Kekander mu ini, memanglah kadang2 cengir tetapi sentiasa mengharapkan yg terbaik utk adik2nya.

oh, utk en. Muhaimin; SELAMAT ULANG TAHUN KE-21 walaupun dh terlambat beberapa hari. Utk en. muhaimin pun kami doakan yg terbaik juga, in this life and hereafter.
ehh.. tersama pulak wishes. Takpelah, sekalilah.

Friday, November 21, 2008

ANTARA YG PERGI DAN YG DITINGGALKAN

PERIHAL SEMALAM...

Dalam entry yg lepas saya ada bercerita mengenai adik fahmi yg dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti meningitis. Ramai yg berdoa supaya adik fahmi sihat seperti sediakala, akan tetapi Allah lebih menyayanginya. Allahyarham adik fahmi telah meninggal dunia pada petang hari rabu dalam usianya 3 bulan. Allahyarham adik fahmi telah selamat dikebumikan kira-kira pukul 3.30 petang hari khamis. InshaAllah, dapat kita sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarham. AL-FATIHAH.




DAN HARI INI...

Hari ni pula, kedua ibu bapa saya telah berangkat pulang ke tanahair. Masa dekat airport tadi mmglah sedih, but not until we got back home that everything start sinking in. Sedih ada, sayu pun ada... dah 3 bulan mereka disini, I already get used to come back home with the sounds of adik 'pong pang' fighting with his atok and uwan calling kakak every evening for mengaji time.
Now its back to the four of us in this sejuk beku world. *sigh* 
Semoga perjalanan kedua ibu bapa saya sentiasa dibawah lindunganNya. 

I really need to drag myself to work as hard as I possibly could now... I really need to try and fall in love with this phd thing... *sigh..again* or maybe pretending to be madly in love would do?

I pray to Allah for the strength... please Allah, show us the way.



note: in search of equilibria, making mistakes are inevitable. To my surprise, after 3 years.. I think somehow I will miss this place one day. All the torns and sweet petals of journey of life, and how it makes me a better me...


Monday, November 17, 2008

ANTARA REZEKI DAN DUGAAN

ANTARA REZEKI DAN DUGAAN...


Beberapa hari yg lepas, ada satu family yg baru sahaja sampai ke bumi sheffield ini telah ditimpa dengan dugaan yg amat berat. Anak pasangan ini yg baru nak masuk usia 3 bulan telah dimasukkan ke ICU kerana dijangkiti meningitis. Bacteria yg menyebabkan penyakit berikut telah menyerang bahagian otak adik fahmi. Buat masa ini keadaan masih kritikal dan doktor sedang mencuba utk mencari jalan bagi merawat penyakit adik fahmi.


Terkini, adik fahmi akan menjalani ujian MRI setelah ujian2 lain seperti CAT scan gagal membantu para doktor dalam usaha memulihkan adik fahmi. Besar harapan kedua ibu bapa adik fahmi supaya kita dapat membantu mendoakan agar adik fahmi dapat sembuh dan sihat seperti sediakala.


Maka, saya dengan rasa rendah hati ingin meminta jasa baik sahabat2 semua supaya dapat bersama-sama mendoakan kesihatan adik fahmi pulih secepat mungkin. InshaAllah dapat kita doakan agar kedua ibu bapanya juga tabah menghadapi saat2 yg getir ini. Doakan yg terbaik utk mereka. Doakan yg terbaik utk kami semua disini yg jauh di perantauan. Ameen.


nota: Melihat keadaan adik fahmi sebentar tadi, luluh hati ini. Tak terbayangkan gelisah hati ibunya.

Monday, October 27, 2008

A LESSON LEARNT

Alhamdulillah...

Allah always give us a way when we are in need.


When all I have is doubt and insecurities, along came some help in a way I would've never imagine.. from someone I don't even knew. Praise to Allah.



This morning, after 2 months of not having any guts to go to the gym, I manage to pull myself for some 'fat burning most needed' exercise (yeah.. fat and cholestrole out of a month eid celebration). Since the kids are on their half term holiday, I was able to sneaked out at 7.30 in the morning.


Over at the gym, theres a gym instructor whom I've met before but never had any conversation with apart from showing me how to use the running mill machine.
But this morning, as I was strutting my stuff on one of the equipment, he asked me whether I'm a student and where I come from.. and the conversation goes on.


It came out that he is from somalia, have been here for 13 yrs with his family. He told me of how proud he is when he knows that I'm a muslim, studying in the university and has all the good opportunities ahead of me to contribute to my people and my country. He said that being from a war torn country, he doesn't have that kind of privilege. He keep on mentioning that good knowledge and wisdom is our dignity and nobody can take it away from us. Gosh... I've been looking all over for something to boost up my self-esteem. Never it comes across my mind that God is giving it to me through a man from the upperthorpe gym.


How selfish I've been all this while. Self-esteem is what I'm looking for, self-esteem is what I got head on. Sometimes we are taking for granted of what we have, we forgot to thank Allah and keep on complaining instead.


O' Allah, forgive me for being so ungrateful. Give me the strength to face all the obstacles and may I live and die as a better muslim. Ameen.


note: I'm utterly wordless...

Friday, October 24, 2008

CATS IN THE CRADLE

JUST SOMETHING FOR OUR FREAKIN' BUSY MIND AND SOUL TO PONDER.
IT DOES WORTH AN OCEAN DEEP THOUGHTS, IF U KNOW WHAT I MEAN....
(I kinda like the 'ugly kid joe' version of the song, but I guess this one would be more appropriate.... notty notty me :P )




My child arrived just the other day
He came to the world in the usual way
But there were planes to catch, and bills to pay
He learned to walk while I was away
And he was talking before I knew it and as he grew
He said, "I'm gonna be like you, Dad,
You know I'm gonna be like you"

And the cats in the cradle and the silver spoon
Little boy blue and the man in the moon
When you comin home, dad, I don't know when,
But we'll get together then, Son,
You know we'll have a good time then.

My son turned ten just the other day
He said "Thanks for the ball, Dad, come on lets play
can you teach me to throw?" I said, "Not today,
I got a lot to do" He said "Thats okay"
And then he walked away but his smile never dimmed
And said "I'm gonna be like him, yeah
You know I'm going to be like him"

And the cats in the cradle and the silver spoon
Little boy blue and the man on the moon
When you comin home, dad, I dont know when,
But we'll get together then, Son,
You know we'll have a good time then.

Well he came from college just the other day
So much like a man I just had to say,
"Son, I'm proud of you, can you sit for a while?"
He shook his head, and he said with a smile

"What I'd really like, Dad, is to borrow the car keys
See you later, can I have them please?"

And the cats in the cradle and the silver spoon
Little boy blue and the man on the moon
When you comin home, Son, I dont know when,
But we'll get together then, Dad,
You know we'll have a good time then.

I've long since retired, my son's moved away
I called him up just the other day........
I said "I'd like to see you if you don't mind"
He said "I'd love to Dad, if I could find the time.
You see my new jobs a hassle, and the kids have the flu.
But It's sure nice talking to you, Dad,
It's been sure nice talking to you........"
And as I hung up the phone it occurred to me
He'd grown up just like me,
My boy was just like me..............


And the cats in the cradle and the silver spoon
Little boy blue and the man on the moon
When you comin home, Son, I dont know when,
But we'll get together then, Dad
We're gonna have a good time then.





note: What does success means to you ?

Monday, October 20, 2008

LUAHAN HATI AKU

My everdearest Cik Kuna sorang,


Dalam hidup kita ni, kita jumpa byk org dan kita kenal ramai kawan...
tapi tahukah awak, org yg boleh dipanggil sahabat sudah hampir pupus zaman sekarang?

Dalam hidup kita ni, kita ada ramai kenalan dan handai taulan...
tapi tahukah awak, ada kawan yg suka dan mungkin hobinya makan kawan?

Dalam hidup kita ni, kita jumpa byk org dan kita kenal ramai kawan...
tapi tahukah awak, bila sudah senang dan punya banyak uwang ramai kawan jadi lawan?

Dalam hidup kita ni, kita ada ramai kenalan dan handai taulan...
tapi tahukah awak, tidak ramai yg mahu bersama dalam susah dan dalam senang?

Dalam hidup kita ni, kita jumpa byk org dan kita kenal ramai kawan...
tapi tahukah awak, kita kena lebih berhati-hati bila ingin mempercayai seseorang?

Dalam hidup kita ni, kita ada ramai kenalan dan handai taulan...
tapi tahukah awak, ada yg gelak bergolek2 bila kawannya jatuh terlentang?

Dalam hidup kita ni, kita jumpa byk org dan kita kenal ramai kawan...
tapi tahukah awak, sesetengah org lari lintang pukang bila kawan minta bantuan?

Dalam hidup kita ni, kita ada ramai kenalan dan handai taulan...
tapi tahukah awak, ramai org cuma berkawan bila mereka boleh dipergunakan?

Dalam hidup kita ni, kita jumpa byk org dan kita kenal ramai kawan...
tapi tahukah awak, biar beribu batu aku berjalan, biar berjuta ramainya kenalan, awak tetaplah puteri pucuk kelompangku sorang!



note: if ever by any means, should a glimpse and glint of being 'somebody' would make me not me to you, I would rather be a 'nobody' for the rest of my life.

Wednesday, October 15, 2008

Tak Melayu Hilang di Dunia.. (kata hang tuah le kan)

Dah sumer org tgh sebok citer pasal SRK dapat datuk, nak la jugak tumpang semangkuk kan... bukan apa, sebab dia dapat Datuk dari Melaka, tempat kite bekerja maka kira2nye ada la kena tempias. hehehe....

Kesian jugak tengok artis2 Malaysia, ramai tu yg tak puas hati. ye la, kalau kita jadi deme pun kita rasa cuak. Apa cer kan tetiba Shah Rukh Khan la pulak...? Tapi sot kabar hari ni ada tulis sorang ahli politik kot, dia kata ate bior ler dah Melaka nak kasik SRK Datuk. Nnt boleh promote pelancongan kat Melaka...

Aduhai, sian org Melaka kan...

Tapi betul jugak, apa nak heran. Dkt Melaka bersepah apa Datuk2 nih. Tak caye cuba dtg tgk kat tmpt keja kite. Sana anak Datuk, sini anak sedara Datuk, situ menantu Datuk, sinun anak menakan sebelah mak Datuk, sinin ada lagi bau2 belacan ngan Datuk. Jadi, tidak le benda yg memeranjatkan sangat.

Lagipun, semua tu benda atas dunia jer pun. Esok2 bila kita meninggal dunia, bukan boleh bawak pun title. Yang kita nak bawak doa2 anak2 kita, amalan kita... makanya tak mengapalah kalau di dunia ni kita unrecognized, tak ngape, percayalah... InshaAllah ada lagi imbuhan yang lebih besar yang kita kena kejar. Yang itu kalu tak dapat baru kita patut nangis meraung melalak.

Cuma tinggal lagi, dah namanyer pun manusia kan, kekadang mmg la sedih kalu merasa diri tak dihargai. Tapi kita berserahlah padaNya, kerana janji Allah itu pasti dan seadil-adilnya!

Macam kita pendidik ni ha... jangan la pulak ada yg bekerja semata2 sebab nak cepat dapat Prof. Madya atau Prof. penuh... pulun buat research sana sini supaya nampak hebat. Cuba lah kita ikut resmi padi, makin tunduk bila makin menjadi. Kite bukan apa.. kite pesan untuk diri kite jugak, esok2 jgn sampai lupa diri. mintaklah dijauhkan...... ameen.


nota: with great power comes great responsibility, tak gitu encik labah2? ha lu pikirlah sendiri.

nota lagi: kadang2 aku heran, kenapa sesetengah manusia terlalu suka mencipta komplikasi dalam kehidupan mereka? akan ternampak seperti hebatkah? sungguh aku konpius.

nota lagi dan lagi: kesemua diatas adalah merujuk kepada tajuk kita iaitu SRK dapat Datuk dari Melaka sebab ianya kesah pelik tapi benar.

Wednesday, October 08, 2008

KESAH MACAM -MACAM SYAWAL

HARI AHAD LEPAS...

Buat open house. Selepas proses menyedia dan memasak selama lebih 12 jam dengan kerahan tenaga 2 warga emas (hehehe.. ampun bonda, ampun ayahanda) 2 dewasa dan 2, ermmm... separa dewasa (ada ker gitu?) maka lengkaplah menu kami. macam-macam ada....

Tinggal lagi aku pulak yg sakit senggugut hari tu, ditambah dgn penat dan x cukup tido... makanya belum pukul 6 petang aku sudah surrender. Mmg dah tak boleh bangun, habis sejuk satu badan. Abangnde kata tetamu sampai kol 11 lebih, tak putus2. MERIAH!
Cuma aku nak mintak maap pada semua yg datang masa aku dah 'pengsan' tu sbb tak dpt layan kome semua. Terima kasih kerana sudi dtg ke rumah terbuka kami seadanya. Yang mana kurang, haraplah dimaafi yaa... Mujurlah ada ayahanda bonda serta anak2 angkatku itu... Kalau tak haruslah abangnde pun boleh pengsan juga. hehehehe.... TERIMA KASIH SEMUA!!!

p/s: kalut sangat punya psl, langsung x sempat nak snap gmbr..huhu..


SEMALAM..

Pegi pulak ikut adik punya lawatan sekolah ke Whirlow Hall Farm. Cuaca pulak x begiu mengujakan, hujan jer sepanjang hari. Dkt situ dapatlah tgk mcm2 binatang... termasuk la baalifbaya. Loya tekak den... yg si adik excited je tgk piglets byk2, ada hati nak pegang lagi.
Yg aku mmg perasan sgt, kandang binatang itu jer yg busuk yang amat, binatang lain ok2 je pun, tu pun deme org putih ni pulun makan dagingnye. Apa punya taste daaaaa... out sangat!

Out of all, the trip was amazing and pretty tiring. ngeh3. Omak nyer pun balik boleh tertido jap. Adik lagilah... balik terus mandi, pastu dia tido dari kol 6 ptg sampai pagi. hihihi... penat bebenor!

p/s: dah bawak kamera, bateri lak habis lupa charge. Haishhh!



PAGI TADI..

Selepas 2 hari menanti penur debar (ecehhh..aku pulak berdebar), maka pukul 4.19 pg waktu tempatan td, cik maisarah dah selamat dapat adik baby boy. Muhammad Salehuddin namanya. Yeayyy... kak shasha (nama glamer cik mai :D) dapat adik!
Best jugak tgk org dapat baby nih... hehehe. Ajmal kata nak pegi beli baby satu kat kedai... ngeh3. *wink*

p/s: sementelah tgh ingat ni, baik aku pegi charge bateri kamera dulu.. hehehe

Monday, September 22, 2008

DAN SYAWAL YG BAKAL TIBA..

assalamualaikum semua...

aduhaiii.. lama btol tak update blog nih, cuma dapat kongsi sikit maklumat about sembahyang terawih on my last entry. Kalau berkelapangan, jemputlah dan sudi2kanlah menjenguk blog ini : halaqah-kita.blogspot.com
Disitu ada juga saya dan sahabat2 cuba memberikan maklumat2 yg baik utk kita kongsi bersama. Kira macam promosi raya jugaklah ni, tinggal lagi bukan lah promosi jualan murah aidilfitri...hihihi.. tapi promosi membaca sambil menambah ilmu serta saling ingat-mengingati.


errmmm... cerita pasal hari raya yg tinggal lagi seminggu je nih, tadi lepas lipat kain yg boleh tahan jugak banyaknya kat rumah tu.. kita try baju raya. yesss... tahun ni baju raya ditempah khas oleh bonda dan diterbangkan oleh emirates ke bumi sejuk beku nih. Tapi selai je la kan, tak macam si kakak yg dapat 3 pasang baju raya dari atok dan uwannya. huhuhu.. tak aci.. tak aci..
Dah le baju raya dia glamer pasal uwannya dah jahitkan embroidery ngan manik2. Kalu macam gini, nampak gaya ibu nak kena carik baju raya lagi satu ni. hehehehe... (mencari alasan utk shopping2)


Tapi tu la kan, baju raya sebok me'nerai' berulang kali. Ni ramadhan dah nak habis, byk mana dah amal ibadat kita buat? terawih pun selalu je sampai tersengguk pasal bukak posa makan banyak. hahahaha.. konon nak kurus dibulan puasa, ye la sangat! makin berlemak ada la. Tambah plak bonda asek masak yg sedap2.. alahai, tak terdaya nak melawan nafsu makan. Masa belum berbuka, bukan main berazam nak makan sikit je, masuk je waktu... makan takde toleh kiri kanan. :P


Ohhh.. sebelum buat-buat lupa, dinder nak ucapkan tenkiu yg teramat sangat kepada kekander ku atas hadiah bday yg dah dibeli lebih awal jumaat lepas dan siap boleh pilih sendiri sambil diberi consultation yg 'terbaik from ladang' dari bonda tershinter. Errr... lepas ni nak request baju raya pulak boleh ker? Nanti org picit kepala kalu abang pening. keskeskes... cubaan menggaru.


oklah2.. tak boleh tulis byk2, nanti cepat lapar ( hahahaha... kaitannya)
Apapun, dikesempatan ini... sempena bulan syawal yg bakal menjelma tak lama lagi, saya nak mengucapkan EID MUBARAK kepada semua yg singgah di blog saya yg tak seberapa ni. Kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa dimana2, mintalah dimaafkan. Bagi yg berada dibumi sejuk beku ni, jemputlah datang beraya ke rumah,kita bina dan erat2kan tali silaturrahim. InshaAllah.


note:
1. Blom tau lagi apa menu raya nih... dah 2 tahun berturut2 masak nasik Dagang, rasanya tahun ni kita tukar menu la pulak kan. Menu apa? hehehehe... yg tu hingga ke saat ini biarlah rahsia. hahaha..
2. kepada dinder2ku yg terbiar di tanahair, pandai2 la korang bawak diri yer. Korang balik la rembau kalu nak makan lemang ngan rendang. Dengar kabarnyer ada org nak pegi beraya ke port dickson..ehem..ehem
3. kepada en. atalamat, mama kata kalu ko ada cita2 nak bertunang hujung tahun ni ker, awal tahun depan ker, jgn malu2 kasi tau..hahahaha.. kitaorg nak belikan hadiah hantaran kat sini. Tapi kalu nak kawin, tunggu la amar balik, jgn cuba2 nak kawin tanpa kehadiran kekander mu ini. :P

Thursday, August 28, 2008

RAMADHAN MUBARAK

InshaAllah, Ramadhan akan datang lagi... semuga kita dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg baik utk beribadah kepada Allah, lebih2 lagi di bulan Ramadhan yg mulia ini.


Just want to share some info on SOLAT TARAWIH. Source from www.jais.gov.my.

InshaAllah semuga membantu.



PENGERTIAN SOLAT TARAWIH

  • TARAWIH ertinya beristirehat. Ia dikerjakan selepas solat isyak sehingga menjelang fajar.
  • Solat tarawih ini hanya dilakukan pada bulan Ramadhan dan boleh dilakukan sama ada secara individu atau secara berjamaah.
  • Bilangan rakaat yang dilakukan biasanya 8 rakaat dengan 3 witir atau 20 rakaat dengan 3 witir.
Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:

" Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadhan tetapi tidak mewajibkannya. Baginda bersabda barang siapa bangun pada bulan Ramadhan (mengerjakan solat tarawih) dengan rasa iman dan mengharapkan keredhaan Allah maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu" (sources tak dinyatakan)



HUKUM SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH


  • Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malan bulan Ramadhan sama ada secara berseorangan atau berjamaah.
  • Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang islam.



WAKTU SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH

Ialah selepas menunaikan sembahyang fardhu Isyak dan sunat ba'diah isyak sebanyak dua rakaat.



RAKAAT SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH

Pada umumnya masyarakat islam di Malaysia mendirikan sembahyang sunat tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.

Pada zaman Rasulullah s.a.w sembahyang tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yg meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.

Pada zaman khalifah Omar bin Al-Khattab r.a pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang islam pada zamannya tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sunat tarawih sebanyak itu.

Sembahyang sunat tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yg dikehendaki.

Lafaz niat sembahyang sunat tarawih: ertinya; "sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat kerana Allah taala"

Wednesday, August 27, 2008

I REMEMBER THOSE WERE THE DA YS...

I REMEMBER...


I remember when I was in matriculation II, I've got a note left by my dad's friend saying my beloved grandma in negeri sembilan passed away. I remember crying frantically as I realised I've missed her funeral and that I won't be able to look at her the last time.


I remember those lovely days at our kampung when my brother, 3 cousins (all boys) and I spent our school holidays main benteng, climbing all the fruit trees (well.. almost) and swimming in the river. We didn't know there are crocodiles until we were scolded when we get back home.


I remember when I was about 6 or 7 and it was during the eid, my cousins, brother and I were in our late grandad VW car as it goes down the steep entrance to the house... on one side is full with pokok rambutan and at a glance, I'm pretty sure I've seen something that looks like a 'pocong'. I ask my grandma and she said that 'pocong' is the good one. I doubt if there is any. It was in the mid of the day. Scary.


I remember our house in kg. mengabang tengah had a swamp kinda area next to it. One day a boy called 'kaya' coz his name is zakaria called me and my brother and put a big fat leech in my brother's hand. I remember panting for breath as we ran home. We were no more than 7 yrs old kids.


I remember our 'ever a great cook' kak nik's delicious ikan singgang that makes me eat until the last tiny space in my tummy filled with it. I remember sleeping in the balcony like a fat lazy cat coz I can't resist the sea breeze. My mum recently told me they had refurbished and renovated their home and its a one big bungalow now. I wonder if the breeze is still the same, I even doubt if there is any sign of breeze at all.


I remember when I was 3 or 4 and I went to tanah pinggir a.k.a kebun getah with my late grandad and grandma ( ermm... that's sound so cheesy, lets called them atok and uwan as I remember it) and our lunch was hacked and smacked by a group of notty-notty monkeys. I'm sure many of our youngsters don't even know what a 'buah getah' looks like, let alone pegi menoreh kan...


I remember my late uwan's gulai masak lemak ikan semilang salai with unripe bananas. It is out of the world. perghhhh!. I can't forget the scrumptious taste of her masak lemak daging salai with pucuk pegaga. perghhh! perghhh! What a pity those days all I care about is to enjoy the food. I should at least show some interest on the preparation. Too late.


I remember my late moyang always give us 20 cent during hari raya, regardless of your age. I also clearly recalled their house have a 90 degree angle stairs made of rounded wood. Kalu terjatuh musti tergolek dok punya. They never fell down the stairs their entire life. Both of them live passed their 90's.


I remember when I was in kindergarten and my teachers were talking about rings during recess. I went home that day and come back to school the next day with a long candy stick that has a plastic ring attached to it. Guess what? yess.. I sheepishly gave it to my teacher as a gift and were so proud of it. I think that answers why I can never be a 'manikam'.


I remember the nearly drown experience when I was ten during a family picnic in Kapas island. That is why I don't like being in the water when we go to the beach, apart from I hate it when I got tanned. Swimming pool is fine, as long as I put the arm bands. hahahahaha....


I remember playing kawen-kawen back when we were 6 or 7 . I always get to play the groom and my friend Lie always be the bride though he is a boy, because he's so fair and cute while I'm the comot one. Huh! not fair. hehehe...


I remember the day I got married, I've been put on a heavy make up until my own dad didn't recognize me. I remember being so svelte and slim too.. ohh.. that was the good old days when fat and cholesterol didn't really affect me. huhuhu...


I remember that 2 of the most important day of my life, the day I gave birth to my both buah hati.. Nur Shafiyyah and Alif Ajmal. Though I've gone through those excruciating pain, it all washed away once I saw their tiny faces. It was a beautiful day.



"memories... all alone in the moon light, I can smile like the old days, life was beautiful then..."



note: Regarding the 'already deleted previous entry'... erm.. dah tua2 ni jadi lebih sensitif. Tapi org2 tua, kalau marah tu tanda sayang, tak gitu? :D







Wednesday, August 20, 2008

KESAH ITU INI

Kesah airport manchester.


Ahad lepas kitaorg sefamily pegi airport manchester, nak sambut kedatangan ayah dan bonda. Sampai kat airport dah pukul 12.30 lebih, flight had landed and we were there in front of the arrivals doors, waiting. Shafiyyah and me were standing with the crowds, ayah was sitting coz adik is sleeping. Almost 1.5 hrs passed, and no sign of them emerging from the anxiously waited arrival doors. I was overwhelmed, worried and panic stricken all at once. Shafiyyah was feeling rather tired and the crowds... were turning thin. huhuhuhu... 'mana mak ayah aku nih, kena tahan ngan kastam ke kat dalam tu...'

I was looking at those people who gets so excited when they see their loved ones.. and I can't help those tears, panas muka seiii tahan air mata...
With just a few more of the last people standing around the arrival area, at last they were there and I was jumping like small kid given sweets. I ran towards them, hugging and kissing them and start the drama of my own. After all these years and patiently waiting for my turn, they are here in this dunia sejuk beku and seems to adapting really well and I have all the rights within my veins and my bones to feel happy. yess, happy... even the word 'happy' seems lousy to describe my feeling. Alhamdulillah, praise to Allah.

p/s: it turn out that everything was okay and all the rempah ratus, keropok lekor, rendang daging, buah binjai, petai, dodol, lempuk, kuih baulu, serunding daging (and the list go on..) were safe and sound.


Kesah movie TAKEN


It was late last night and everybody already asleep. Mata aku pulak terjegil tak leh tido pasal petang balik dari jenjalan kat meadowhall dah tertido sampai kol 8.30 mlm. Lepas semayang isyak aku layan citer TAKEN. I didn't really know about the movie at the first place but since the review seems interesting and the votes was given 4 *, I gave it a go and its not that bad either.

Cerita tu mcm biasalah kan.. citer org 'uncle sam' jadik hero. But then the plot is what troubling me, its about human trafficking. Kesahnyer anak si hero ni pegi bercuti kat Paris dan lepas tu kena culik utk dijual. Btol lah kata saudagar citer P.Ramlee tu... meniaga org lagi untung dari meniaga unta.

The fact that those kind of things really happen in this world scares the heck out of me. Dekat Msia pun sudah menjadi tersangat scary... tgk la apa yg terjadi pada arwah Nurin dan juga adik Sharlinie.. those who are responsible didn't even get close to be caught. Who knows where those culprit might be today? Sanity seems too much for the brain to bear nowadays. Something need to be done. Fast.

Last month, one of my friend's house was burgled and they were so traumatised it took them few weeks more to even go back to their own house again. Luckily they had not been harmed and they even tightened the security system around their house and long gone was the 'acara santai2 kat rumah amek udara segar sambil bukak tingkap and pintu mcm kat kampung dolu2'.
Lama2 nanti semua org buat rumah ala2 alcatras... pakai guard yg pegang mesingun, sapa datang dekat kalu tak kenal je tembak. huhuhuhuhuhu....



Kesah artis (yesss... sempat lagi baca psl artis kat surat kabor online)



Alah.. cerita biasa tentang dunia artis yg kita selalu baca di akhbar. But then the truth is it can happen to anybody. Pasal sorang artis dah rampas suami orang lain. Katanya cinta... but I wonder if anybody who did that kind of thing really have their soul at ease knowing that whatever dream and so called 'love' they build, its been built on top of somebody else's shattered heart and soul. Seriously, could you really be happy if you know you are doing this to somebody of your own kind?

Mmg lah cinta tu boleh datang dengan tiba2, tanpa dipaksa.. tapi mana akal kita sebagai manusia? Mana hati kita sebagai kaum hawa? Ada dulu sorang kawan yg dah kematian suami pada usia yg sgt muda, dia dilamar oleh kawan sepejabat yg sudah punya keluarga. Memang lah ianya dibenarkan islam (dengan syarat yg rasanya tak ramai org sanggup comply to it), tp kawan saya itu memilih utk menolak dengan baik. Dia kasihan pada isteri org itu, dia tak sampai hati memikirkan anak2 org itu... dalam diam saya mengkagumi dia. Sesetengah orang, tega saja jadi perampas. Minta dijauhkan oleh Allah perkara2 sebegini dalam keluarga kita. Amiin.



Kesah Thomasland



InsyaAllah hujung minggu nnt nak bawak anak2 dan parents pegi jalan2 ke Drayton Manor Park. It has several theme park and a zoo and one of the park is Thomasland with all the thomas the tank engine characters in it. Since my little boy is obsessed with thomas, we plan to go there with a very dear friend and their little boy Hadi. Hopefully the weather is on our side and I'll post about it later.


notes:

Somebody's birthday is coming soon end of this month. Belanja kopi 'bakbintang' je skali lagi as a gift boleh? hehehe.


Btw, mine is next month... nak Bobbypin mcm yg dah 'dipersetujui' dan nak pilih sendiri. heheheheehe...................



Saturday, August 09, 2008

S ATU MINGGU LAGI...

Lagi seminggu....

yess.. lagi seminggu till my parents are coming, inshaAllah. After just a few months short from 3 years of being thousand miles away, at last somehow I feel close to home again... Its totally indescribable to be honest. I'm anxious, happy, excited and butterflies all over. O' Lord.. its been almost 3 years, need I say more? All of a sudden I'm a small kid again, crawling to the safety of my parents arms. And, to put the icing on the cake.. they'll be here for Ramadhan and Eid. Gosh! my frens will be frenzy with jealousy.
Mama, Papa... its not just shafiyyah who's been counting days!


Last Tuesday....
It was our 8th anniversary. I gave the man I love a card and a treat at kedai kopi *bakbintang* and he gave me a nice gorgeous handbag and a sandal that I personally picked.
Adil kan.. hahaha.
But one thing for sure, we love each other to bits on that day 8 yrs ago, we still soooo much in love after 8 yrs with 2 beautiful kids and we'll stay even more in love with each other till the end of time. InshaAllah. God willing.


Tomorrow...
For tomorrow we already have so many things in store. Esok kakak ada kem ibadah solah organize by the malay community. She even bought a nice tudung this afternoon. Will post her pic here soon. Esok jugak ada sesi berbbq org2 city centre dan firth park. I'll be preparing cendol upon special request from ibu2 mengandung. Since all of these start early in the morning, we'll miss our weekly must go carbooting, wpun ada suara2 di belakang yg mcm insists jugak nak pegi. huhuhu.. tak boleh, tak boleh. Kalau org tak pegi, abg tak boleh pegi sensorang. hehehe...





pre-note: people always think that with power comes respect. No, they are wrong... they're **** wrong.



notes:
In casting, an intricate shape needs a complicated mold design. Well.. some people might like challenges, but I still believe a few simple ones is not that bad either. Sometimes the solution can be as simple as widen the riser or making your sprue tapered just a little bit more...

Wednesday, July 30, 2008

yeayyyy... Anita gumbira hari ini

Ni gambar masa kitaorg tunggu bas kat depan usm tronoh yg panas gersang tu. Gila kau.. bas dia ala2 sejam seketul je lalu, tu pun kalu tak penuh. kalau penuh, selamba je dia lalu. Merasa la tunggu bas berjam2 adanya. kalau nak kuar dating, habis cair makeup lom dapat naik bas lagik. Tapi biasa la kan, kitaorg sbb muda remaja, tenaga pun byk.. bantai gak tunggu bas general warna hijau tu dtg. Dah dpt bas kang dia belasah plak masuk habis segala kampung. huhuhu.. bertahun gak le nak menyampai ke ipoh. Kalu nasib baik boleh le naik bas express apa ke nama dari lumut. Tu belum lagi time nak berebut balik. Kalu tara2 kederat skrg nih, mmg pengsan! oohh.. lupa plak nak perkenalkan, dari kiri; pijah, diriku sendiri, berpren ku cik kuna dan roomatenyer Jaa. Melihatkan diriku yg begitu innocent sekali rupanya, rasanye ni masa kitaorg first year. :D ( cik kuna pakai baju calvin & hobbes yg kitaorg beli kat yik foong plaza. Aku pun ada satu tp design lain. Aku suka betul katun tu..)


hohohoho.. ni aksi tonggeng paling dasat abad ini. sori ek abang. sapa soh bergambar ala2 goyang gerudi inul. Ni suami ku terchenta ngan bespren ku tersayang. Gambar ni diposingkan kat teluk batik, lumut. Hehehe.. masa ni dah final year, masa tu aku kena dok luar pasal tak dapat asrama. Jadinya mak aku kasik pakai keta.. makanya apa lagi, panjanglah langkah kan. Selalu gak aa kitaorg bertiga pegi berkelah kat situ. best ooooo.... makan2.. pastu makan2 lagi.. pastu makan2 lagi... kitaorg tak mandi pasal aku takmo sunburn pasal nnt aku jadik kelabu asap. lagipun sian aa bespren aku ngan hubbyku itu pasal dorang dah la tak berapa nak cerah.. hahahaha... ampun la cik kuna yer!


ni gambar kalu tak masa first year, habis2 pun masa 2nd yr kot. Ala, kat usm tronoh tu bukan byk sangat pun tempat2 menarik.. tu kira dah habis glamer la tu cekonon ada air terjun walaupun nan ado sebenarnya. Cuba lihat kitaorg nyer selipar tu. Mula2 aku la yg pakai selipar jenama Puma tu, pastu abis semua ikut sampai mcm jadik selipar uniform plak. hahahaha.. well.. biasa la kan.. katapun fashion ikon. Tapi kitaorg mmg hampir sepjg masa pakai selipar tu. Pegi kelas pun yg tu, pegi outing pun yg itu.. hatta nak pegi dating pun pakai selipar puma rm20 tu. pendek kata mmg berbaloi lah beli. pakai sampai redai, buang, beli yg lain.. sebijik cenggitu jugak, kaler je lain.


haaa.. ni masa first few weeks masuk 2nd yr. Masa ni usm tronoh buat ulang tahun ke 10, so ada mcm2 aktiviti. Aku ngan geng2 otaiku jadi ajk acara kanak2, masa ni la cik abang ku itu mengorat daku ini. hehehehehe....... yg dalam gmbr tu besren ku (dia pakai baju kurung aku... hahahaha..) dengan tutor kitaorg yg sporting habis, cikgu Sulutan. Hensem tu cikgu kitaorg.. aku ngan geng2 aku mgg baik ngan dia, siap boleh kuar makan lagi ngan cikgu kitaorg nih. Ada sekali tu kitaorg tolong dia buat apa ntah, dia siap belanja makan kenny rogers. Time kitaorg 3rd yr rasanya, dia berenti jd tutor sbb dapat keja kat kilang. Tatau la mana dia keja skrg. Cikgu, kalau la cikgu terjumpa blog saya ni.. contact la kitaorg yer. oohh.. cikgu sulutan pakai baju askar pasal dia Palapes. Kitaorg tak gemar sgt bebudak palapes masa tu psl dorang selalu mcm eksyen sikit. Tetapi utk cikgu, kitaorg buat pengecualian..hehehe. (wpun kitaorg baik giler ngan cikgu sulutan, tp kitaorg penah kena marah ngan dia psl meniru masa ujian statik mekanik. hohoho.. mmg patut pun. Padan muka kitaorg!)


alahai... ni la dia geng2 otai Bahan. (material engineering). Dari kiri; dayang, yam, diriku dan cik kuna. Gambar ni amek kat pulau pangkor masa minggu orientasi. Siap pegi pulau pangkor tu utk sesi ramah mesra under dept kitaorg. Tengok la rupa baju yg dorang paksa kitaorg pakai.. ntah sape la yg design. buruk giler! tp dah nama pun freshie, pakai la jugak kan. kang kena ragging plak ngan senior. Dah la masa tu kat USM tronoh rasanya budak pompuan ada lebih kurang 300 org je, budak lelaki sampai 1200. Jadik kitaorg mmg la kaum minoriti. Masa tu aku baru baik dari chicken pox. Boleh pulak hari nak mendaftar tu kena chicken pox, so aku masuk lewat seminggu. Siap tak pegi pun majlis angkat sumpah pelajar, pasal tu la kot result masa 1st yr teruk giler . (err.. ada kaitan ke sebenarnyer?)



sbb Tronoh tu takde mende selain dari pasir je banyak, Ni la aktiviti masa lapang kitaorg, bergambar dgn aksi ikut sesedap rasa. Banyak rasanya gambar2 mcm org meroyan cenggini. Tu budak yg baju hijau dgn aksi tak boleh belah tu bespren aku. Dia mmg suka time bergambar buat aksi2 pelik. Ada satu gambar tu masa kitaorg matrik 2, dia punya posing kalu teringat sampai skrg pun aku boleh gelak. ermm.. ingat nnt nak pesan aa kat mak aku masa nak dtg sini soh bwk album gmbr2 lama. hahahaha... cik kuna, awak ingat tak gambar kat atas pokok tu?


aduhai... sumer buat muka sehabis ayu tu. dari kiri; nisak (roomate yg paling best in d world), ainy, aku yg paut leher ainy, elya (deq, ko jgn ingat aku tak leh teka ko sapa kan.. walaupun tinggal komen tak taruk nama) dan cik kuna. Tgk la rupa usm tronoh ni, bangunan sumer ala2 susun je batu bata murah kaler kelabu tu pastu tak yah cat psl kononnyer artistik. huhuhu.. artistik la sangat. Tapi yg sedihnya dah tak wujud dah usm tronoh sekarang pasal UTP dah amek alih. Apahal yg dorang nak sgt tanah tapak USM tu pun aku tak paham. Politik la ni.. abis tempat aku belajar sampai dah takde. Mentang2la petronas byk duit.. byk duit pun, harga minyak naik jugak.. ermm.. kaitan!


ni dekat library. Aksi yg dilihat ialah 'mari buat library mcm rumah sendiri'. Ala.. library bukan ada sgt pun org pegi kecuali dekat2 nak exam. Kitaorg pun masuk tu semata2 nak bergambar. Nasib tak kena hambat dgn pak guard. Pak guard USM garang wooo.... dulu kan... cik abang ku itu penah sampai bertekak ngan pak guard. Pastu ada sorang pak guard ni siap tipu kitaorg. Dia kata nak tolong jualkan beskal kitaorg ( mahal tu kitaorg beli.. rm350 tu sebijik) tp alih2 dia jual beskal tu tapi duitnyer dia rembat. Eiii... geram betul tau. tp takpe la.. aku dah halalkan pun. ohh... aksi2 tido tu hanya lakonan semata2. Tu baru sikit, belum tgk kalu kitaorg beraksi posing kat bilik lagi... mmg sakit dada mak mertua kalu tgk. hahahahaha.....


*************************


Hari ni cuaca cantik betul. Panas elok jer... bukan selalu cuaca kat negeri yg biasanya sejuk beku nih nak panas ala2 kat msia. Balik2 je td, hubby ku ckp besprenku in the world dah upload gmbr2 lama kat facebook. hahahaha... lawak betol tgk gaya zaman2 muda remaja dulu. Main ikut sedap jer. Kalu bakal mak mertua tgk dulu tu, harusla sudah kena reject.

Pagi td pulak tetiba nampak sorang clique lama letak komen kat blog aku ni ha. puas jugak la pikir sapa la pulak minah nih. Tapi biasa la kan, dek kecekapan tahap gaban maka pompuan itu telah berjaya dijejaki. Adeq, merasa la ko aku terus tepek gmbr2 lama kita kat sini. Kalu ko malu, ko jgn la mengaku ko ada dalam gambar terbabit wpun aku mmg nak letak nama sorang2 kat bwh gmbr tu. hahahahaha.... jgn la kasik boss2 korang ke, mak2 mertua korang ke tgk betapa meroyan nyer korang zaman muda remaja dulu. mati la kena kutuk..

apapun, dapat menengok gambar2 zaman tok nadok' dulu ni betul2 buat aku gumbira hari ni. Habis hilang segala tensi semalam. Tima kacih to my bespren in the world psl tolong uploadkan gmbr2 ni. Aku sayang awak, muahhhhhhhhhh! Its good to feel like myself again.

Monday, July 28, 2008

TENZIONE

Tension.. yup, my mood today is pretty gloomy. *sigh*


Last saturday was the big event i.e Malam Warna Warni Muslimah held in vestry hall. It was a successful night apart from the not so 'profesionally mastered' sound system. huhuhu.. we'll make it better next time with sub woofer all around. hahahaha...
Food was great with superbly delicious nasik tomato (serius sedap). I did prepared some desserts (mango pudding and kek gula hangus) and it turned out well in spite being a first timer. That night, we've seen talents hidden well underneath many of us.. ada yg menari zapin, joget pahang la, bernasyid, and our group do a stunt on badinding where I got stage fright and start forgetting some of the moves and lyrics. huhuhuhu.. it must've been obvious.
All in all, it was a great day and experience for the sake of Allah to bind us with beautiful ukhwah. (not to mention chaos by our kids running around sampai fenin kepala mc... hehehe)
oh, the banner in my 'not so creative' hands also did catch attention with the help from my dear hubby... tenkiu yee bang.


Yesterday was a huge series of carbooting starting from a mere 7.30 in the morning at marshlane and then continue on in Hillborough despite the burning heat of summer. Panas giler semalam.. but then it doesn't inched my enthusiasm..not a bit! sangat la gigih walaupun berpeluh2... hahaha... banyak gak hasil tuaian semalam and we finish off the day with a nice lunch at an arabic restaurant with a dear friend, kina & family together with ida & hubby. Balik je, we dug into my shopping trolley, mess the house to the max with the kid's toys and fell asleep in the living room with our living room door ( facing our garden) wide open. fuhh! summer la katakan.. tak makan hati ke tu.. keskeskes.

It was late in the evening when I start getting back to my senses and start hovering the house. Well, I certainly cannot tolerate messiness that much longer.. so before my blood 'go upstairs', I'd better drag my *ss and starts doing what I did better if not best.. mengemas! Coz' its been too hot last nite, we end up sleeping in the living room, first time ever since we've been here.
fuhhhh.. what a weekend.


But then today I got heat up, this time it wasn't due to the weather. It was something else and I need to escape or rather go somewhere to cool it down b4 I turn sour for the rest of the day. huhuhu.. don't speculate, it has nothing to do with my dear hubby.. tp since dia takde hari ni sbb pegi practical class b4 his next exam, I figure out I need a shoulder. No, not to cry on... more like to ease whatever it is thats bothering me, I guess. So maybe later in the evening we'll be off to a dear friend's house and spend the evening smiling instead of geram sensorang. Hopefully tomorrow I'll get over it and starts the day fresh. yess, I need to be fresh.



notes:
Sometimes I think I'm just too soft hearted people take me for granted.
Sometimes its very hard for me to voice out my feeling without yelling and screaming.
Yes, when I get irritated, my voice usually gets to a higher pitch in order to refrain my self from crying.
The second option to that is just keep quiet and never say a thing.
huhuhu.. adult life sometimes can be very challenging, isn't it?

Monday, July 21, 2008

POEM IN THE WAITING ROOM



WHAT DO YOU SEE?


As time goes on
I realize
That what I see
Through my eyes


Is in my perspective
My personal view
And its probably different
Than whats seen by you


My feelings are altered
By the life that I've known
My opinions are tainted
Influenced as I've grown


So in this moment
That we share together
I may see a duck
While you spot a feather

(edie koch suarez)



note:
1. Sabtu minggu ni (26-07-08) ada Malam Warna Warni Muslimah di Vestry Hall, Sheffield. Akak kena buat banner...tapi lom siap2 lagi nih. huhuhu... tapi dah pikir baju apa nak pakai nanti. pompuan.. pompuan.. hihi.

2. Somebody adviced me to set a bite size goal each day. Something that I can chew and not going to choke. And somehow, I started believing in myself again. :D

3. My lil' sis is doing her diploma course in Hotel management right now but then it turned up that she's also been offered to go on an engineering course at the same time. I told her to follow her heart. I told her its okay eventhough she got 7As but end up doing a hotel course. I told her to think hard and choose whats best for her. I told her it doesn't matter what you do as long as you excel. I told her that engineering is not as 'glamer' as she might think it is. I told her if I can turn back time, I would never come close to anything 'engineering'. I told her not to end up like me. huhuhuhuhu....

4. I've just watched anwar vs. shabery on youtube ( so ketinggalan keretapi daa aku..). My response is, running around the bush, hitting people below the belt, how pathetic can one be? huhuhuhuu... mati la aku takmo komen lelebih nnt kena panggil balik. hahahaha... Tp serius dowh.. mangkuk giler.






Wednesday, July 16, 2008

the heart of a muslim must be strong



don't let me be misunderstood by Yusuf Islam


Decision making is inevitable in life and changes are one of the hardest thing to do. When both of it coincide, it makes it even more difficult to deal with.


I've took that BIG step in my life, those steps that i thought i could never pull myself to do. I'm not going to pretend its going to be easy. I'm not going to say i'm gonna sail thru it . I know the obstacles are there, I know the path is winding. But this time, I dare to take the challenge. InsyaAllah, this time I'll be strong.


Alhamdulillah. Thank you ALLAH. Thank you ALLAH.



note: There is always light at the end of the tunnel. All you have to do is look...

Monday, July 07, 2008

abang, jgn lupa "surprise" utk org tu.. hehehehe

kisah minggu lepas


a little learning is a dangerous thing.

"kitaorg gempak you all... grant research we all bersepah. Kitaorg naik kapal terbang pegi oversea ala2 selang sehari gitu! Ko ada namecard? bak la sini boleh we all buat networking. Balik nnt jgn lupa jd vast mcm we all tau. kalau boleh jadik la prof. madya termuda... yessss.. kelasss!!!"



"ko buat phd research pasal apa? euwww! pasal benda senang mcm tu jer? laku ke balik nnt. we all buat semua yg nano-nano tau. hebat sangat kan? ala2 kompleks sgt sampai we all je yang paham sensorang."

macam tu la exaggarate version bila para cerdik pandai berkumpul di satu makan malam sambil org lain blink blink tak paham.

ooh, btw, impian aku dari dulu masih sama wpun dengan izin Allah, satu hari nnt aku pulang dengan scroll yg diusahakan. Dan bukan, impian kita ternyata tidak sama. Banyak yg aku bayangkan dan fikirkan tentang masa depan, but still, masih tidak sama dengan impian kamu. So go on, be as great as you guys yelling about, just don't ever assume that i'm leading the same path.




kisah semalam

Hari keluarga masyarakat Malaysia sheffield. Ada kek bendera Malaysia pelbagai perisa. Ada ayam bakar, ikan bakar, nenas masak lemak ikan masin (perghhh!!).. ada pelbagai juadah yg dibawa secara pot luck. Dan aku, setelah bertungkus lumus dari pagi ( sbb tu la pukul 12 baru boleh gerak) sempat la menyiapkan mee goreng dan kuih lopes (mama, amar tau buat kuih lopes dah skrg... dulu jgn kan nak melopes, nak buat cekodok pun tak lepas). Sebab dah kalut sgt sampai boleh terlupa nak bawak nasik putih seperiuk besar. huhuhu..
Tinggal lagi semalam cuaca tak begitu memberansangkan, hujan jer all the way sampai kitaorg nak balik pun masih hujan. Tapi disebbkan kegigihan yg tinggi, lepas tu boleh lagi pegi meadowhall jalan2 dengan baju yg bau asap bbq.



kisah hari ini

Pergi library hantar buku2 yg dah berzaman buat harta, siap kena denda lagi. Padan muka. Lain kali, LU PIKIRLAH SENDIRIIIIIII.. hahahaha.




kisah hari esok

semoga dipermudahkan olehNya segala urusan kita. semoga diterangkan mata hati. Semoga semuanya yg baik2 saja.




nota:
1. membiarkan org lain menderita atas kebahagiaan kita bukankah sgt tidak adil? bukankah?

2. papa and mama, balik dari rembau nnt cepat2 buat passport ok. Nnt datang jgn lupa bawak keropok lekor losong rm20. hihihi.. tak kira, nak jugak.

3. en. atalamat dan cik apin, raya tahun ni pandai2 la bawak diri ek. tahun ni mama ngan papa raya kat sini ok!

Wednesday, June 18, 2008

EDEN OGHANG ROMBAU


This photo, makes Monalisa looks like a scribble and that of Van Gogh seems worthless.

Ini gambar years back (just look at how big my glasses are !) dekat rumah uwan kitaorg di kg. Astana Raja, Rembau. And that hari raya was the last one that we celebrated together as big family before my ever beloved uwan (wearing white dress and scarf) and my pak lang sidek (front, far right wearing glasses and kain pelikat) passed away.

After that year, hari raya is never the same again. No more ketupat and rendang from uwan. No more big family with kids creating chaos during raya eve, no more love on that red stone stairs.
Distance seems to drift us apart. Last time jumpa mak lang ngan anak2 arwah pak lang is during uwan's funeral, then that was it. It was 15 years ago. Today, we seem to keep in touch again, thru facebook! and even small yani (the one on my right) is married.

Gosh.. time do flies. Hopefully one day, we'll get back to the red stone stairs and captured those smiles again like the old days.
Al-Fatihah buat arwah uwan dan arwah pak lang.


note: credit to yani for the photo. When I got back to Msia (jgn tanya bila.. :P), I promise to dig under our stairs for some more memories.

Wednesday, June 11, 2008

MISS YOU ALREADY...



Sebelum ni kata nak update gmbr kat edinburgh, tp sampai skrg masih terbengkalai nampaknya.


hari jumaat baru ni adik masuk wad kat children hospital because of his eczema is getting worse. At first we were just having an appointment with our GP (general practice), but the Dr. seem content that adik needs immediate attention from a specialist. We were referred to the children hospital and off we go... tak tau plak nak kena admitted kan. And so it goes, we spent our weekend in the hospital while everyone else was enjoying summer, basking in the sun. huhuhuhu....
Adik was treated by a dermatologist Dr. and a skin specialist nurse on top of 2 paediatricians incharge.


Alhamdullilah, after 3 days he's getting much better. His skin is so supple now esp. on the face and I can't resist but keep admiring it while he's sleeping. ( ye, termasuk kena gomol jugak pipi tembam si kecik tu bila dia jaga..hehehe).
Pada semua yg datang melawat ajmal kat wad hari tu (sab, kai chiat, in, kawan in, sani, sapes, nuar, capau, far, abbad), tenkiu sangat2 sbb memeriahkan hari2nya kat hospital sementelah adik kena 'room resritriction'. Pada apin, dibah, pai dan min.. tima kasih sebab sudi bersusah payah membantu.
Ajmal is still under medication now, both oral and external to prevent it from flaring up and getting worse again. Apapun skrg, mandi time is something that he enjoys compared to last time when it was an ever challenging task. Lagipun, dia takut kalau dia scratching lagi nanti dia jadi tak hensem dah....


Semalam pulak pegi manchester, hantar adinderku apin balik msia. There's a sudden emptiness in my heart letting her go. InsyaAllah jika diizinkan olehNya, she has an interview to attend within this few days time to secure a place to pursue her degree.

We are so used having mak usu around us for almost 6 mnths now it feels incomplete without her. Apart from the cats and dogs , apart from our mere differences... you, my dear, will always be my lil' sis and I will always love you come what may.


So, mama and papa... boleh la get your passport ready ek. Apa kata raya kat sini je? ok jugak idea tu kan. boleh la.. boleh la.. boleh laaaaaaaaaaaa....................

apa? Atalamat? huhuhuu... dia kan dah tua bangka. suruh la dia masak rendang sendiri!!!!!!!



nota: kenapa tiba2 rasa mcm nak nangis jer... uwaaaaaaaaaaaaa.

Wednesday, May 21, 2008

ROMBONGAN CIK KIAH part I

disclaimer: gambar2 ni semua diupload sebab mak ayah saya nak tengok gambar anak cucu. since I didn't put any restriction on this blog, all my gentle readers are welcome to view and share the moments. But PLEASE, since all of these photos are personal, I didn't expect anybody to super analysed and scrutinized each and every moves that we captured in any of the photos. Any other than stalker type of comments, please feel free to enjoy it. tenkiu.


Percutian yg sangat best! We stayed at Berwick Holiday Park, approx. 1.5 hrs from Edinburgh.
Our first day was spent in Alnwick Garden, which was superb. Next to the Alnwick garden is Alnwick castle which is used in Harry Potter movie. But we're happy to view it from a distance since it cost more than 10 pound per person to get in. huhuhuhuhu... (coz we've spent more or less the same amount to get into alnwick garden).
Nevertheless, it didn't spoil anything.. we still had a brilliant day!




BERWICK HOLIDAY PARK, NORTHUMBERLAND. MAY 2008


asal nampak mcm ok je terus je meluru ambik gambar. tower apa tatau nih kat luar berwick holiday park tu...


aksi posinglah sesedap rasa....


adik nangis pasal baru tertido dah kena kejut nak bergambar pastu kena plak paksa panjat bukit sbb nak bergambar tu cam kat atas bukit sket.


yg nampak m cm rumah berderet2 kat belakang tu la caravan park tmpt kitaorg menginap. tempatnyer cantek banget kok!


aksi sapa terbang lagi tinggi; tuan ke selipar ke...


aksi kesengalan apakah ini?


ada yg makan2, ada yg tersandar kekenyangan...dan menunya adalah kari ikan salmon, ayam goreng berempah dan fruit cocktail (siap dengan ais ok...). manala tak menyandar kan.. kena plak mmg tgh lapar.


all 15 of us : capau, faty, minmin, apin, kai chiat, kakak, sab, ibu, dibah, adik, pai, abbad, sapes, nuar dan suami terchenta.



abang capau dan peminat2nya. hahahahahaha....
(capau, ni puji2 ada makna tau... nnt kalu kita bertarung di'tikar tari', sila buat2 kalah ok!)


gambar dekat atas tree house. the scenery was marvelous tp masa ni sumer dah penat agaknyer jd dah tak buat aksi2 stunt. kepenatan semua org telah dilakonkan dengan jayanya oleh adik alif ajmal kita.. ye, sila lihat aksi 'berjalan seharian sehingga tertido berdiri'.



hehehehehe... aksi menempek.


family photo ni bukan senang nak dapat ni pasal 2 org budak kecik itu selalu berlari2an sepanjang masa esp cik shafiyyah yg mcm tak reti penat. itu si kecik ajmal berlari jugak tp yg tak tahannyer bila dah penat mula la mintak dukung.



mula2 nak bergmbr romantik je ngan suamiku yg terchenta, tp biasa la ada je budak kecik interframe. huhuhuhu.


hari tu ada org kata aku ngan dibah kembar tu.. hehehe.. tak tercabar ke dibah. keskeskes. (kitaorg gap umur 11 thn ok). pai kata tatau la apa sebenarnya, aku ke yg nmpk muda, dibah ke yg nmpk TUE. larikkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!



ni aksi mari menerajang abbadun ke dalam semak. (sila teka yg mana satu abbad. hehehe..)



sorang anak kandung (yg tengah berlari2 manja tu), sorang anak angkat ( yg tengah buat aksi apa tatau tu), sorang lagi adik kandung (yg tgh posing jelita tu)... all of whom I love, very very much.



gals line up, well.. 4 dara pingitan dan sorang mak budak.


ajmal and shafiyyah; both buah hati ibu dan ayah.



depan fountain yg besar amat dalam alnwick garden, about 1.5 hr from berwick where we've stayed. 2 handsome looking guys is not in the picture sbb kena paksa jadi cameraman, the rest of the rombongan cik kiah was happily posing for the camera ; pai, adik, suamiku terchenta, dibah, diriku sendiri, apin, sab, kakak, kai chiat, sapes, abbad, nuax dan minmin.



adik dengan abg pai posing tepi pantai dekat caravan park yg kitaorg stay for 3 nights. Adik manja abang pai, bangun tido selalu tanya "where's abg pai?"


adik main jongkang jongkit. ada la bertahan dalam 2 minit, pastu dia dah berasak nak terjun.


kakak and mak usu . we conquered the playground and make it like our own until other kids start coming in.


one sunny day at the park dan adik... buat aksi sin chan!


one lucky bday gal with tones (well, almost..) of presents


ni posing beramai2; from left: ajmal, hadi, shafiyyah, maisarah, afif, lutfi dan fahmi


yess... aksi2 gaya bebas. Maisarah angkat tangan pasal dia tengok hadi angkat tangan. kakak macam biasa pose maintain, dan adik... well... dia kan selalu ada pose tersendiri. hehehe..


birthday gal yg pose habis dengan baju yg dibeli disponsor oleh kak dibah, siap dengan matching socks and necklace. tenkiu kak dibah! rambut pulak di'set'kan oleh mak usu... tenkiu mak usu!


cuaca baik masa bday shafiyyah hari tu, so we've been able to do it outdoor. Anak2 la gumbira after months of 'hibernation' during winter. :D


nota: mama, gambar2 dekat edinburgh nnt amar upload ek. oh, by the way.. the tide is quite low for the time being. There's been no hurricane, tornado or whatsoever.. only spring breeze, which is nice when the sun shines and a bit chilling sometimes during cloudy days. :D

Wednesday, May 14, 2008

HARI YG GUMBIRA....

ni gambar bunga yg dah diarrange atas meja. sayang jugak tak dapat letak dlm vase yg lagi cantek sbb sumer dah packing dlm kotak mase pindah hari tu. But anyway, those roses are still mencairkan hati on its own.




TERHARUNYA!!!!!!!!!!!!!

ANAK KASIK BUNGA.....



teima kasih ROY untuk bunga ros yg sampai dlm kotak pagi tadi. :D



That was beautifully unexpected.



akak suke.. akak suke...



nota: when somebody makes me feel at the lowest, there are dozen others open up their heart to offer me love, unconditionally. Allah's willing. Alhamdullilah.

Friday, May 09, 2008

UNTUK BONDA...


UNTUK BONDA KAMI YG TERCHENTA...

PN.ASMA LEBAI AZIS.


SELAMAT HARI IBU !!!

Semoga mama, papa dan kita sekeluarga sentiasa dibawah rahmatNya.

Doakan untuk kesejahteraan anak-anak mama ni......


SAYANG MAMA!!!!!!!!!!!!!!


nota:

ting mama de hua bie rang ta shou shang
listen to mother's words, don't let her get hurt

(ting mama de hua-jay chou-)




Monday, April 28, 2008

unspoken (inert mode)

MY GESTURES OF LOVE



aku lepaskan peganganku

dan biar kamu bertatih sendiri

kerana kamu bosan dan jelak dengan aku

tapi nanti

kalau kamu tersepak batu

kamu jatuh luka berdarah lututmu

kamu tolehlah kebelakang

aku akan tetap ada disitu

tunggu kamu

dengan ubat.



nota: just the other side of me I myself rarely seen. (sungguh aku tak pandai bermadah, tp saje tetiba ingin mencuba *wink*)