Masa sekolah dulu, saya agak nakal. Waktu tu di MRSM Kerteh. Al-maklum saje, kecik2 lagi sudah masuk sekolah berasrama. Masa hari pertama pendaftaran kawan2 yg lain sedih hati melihat mak ayah masing2 pulang, tp saya bukan main excited lagi tak sabar2 nak suruh mak ayah pulang awal. Lagipun beberapa org roomate saya masa tu adalah kawan2 semasa sekolah rendah. (terus terasa otai..hahaha)
Warden masa tu ada dua orang, cikgu Maziah dan juga arwah ustazah Anisah. Dua2 memang warden yg sangat tegas. Kalau katil tak tegang mcm kulit kena botox, masuk bilik warden. Kalau tertinggal pen tepi katil pun masuk bilik warden, kalau kena kantoi tak pegi prep haruslah kena masuk mengadap, kalau locker tak kemas tersusun ala2 straight mcm pembaris pun kena jugak. Owhh.. kalaulah anda semua berpeluang tengok locker saya masa belajar dulu, haruslah anda semua kagum. hehehe....
Dan kesalahan yang paling common sekali ialah 'ter'miss sembahyang subuh di surau. Kalau waktu maghrib dan isyak biasanya takde masalah, tang subuh je yg selalu liat sikit. Arwah ustazah kami, senang saje method nya. Dia akan tampal notis dekat depan lif (ye, kitaorg dulu asrama pakai lif ok)
"Sesiapa yg tak pergi sembahyang berjemaah subuh di surau, sila datang ke bilik warden lepas prep malam ini". Takde senarai nama, takde sebarang indication yg dia tau siapa yg bersalah. Tapi tengoklah sebelah malamnya nanti, pastilah bilik warden penuh sesak. Sampai sekarang kadang2 saya masih terpikir, apa yg membuatkan kami menyerah diri begitu mudah? kalau tak pegi, bukan ada sapa tau pun. Dan kalau pegi, semua maklum akan hukuman yg akan diterima. Tapi kami tetap menyerah diri, dengan cerianya.
Pernah satu hari, agaknya masa tu arwah ustazah dah geram sgt dengan kami yg selalu ponteng jemaah subuh. Maka hari itu, hukumannya lain dari biasa. Kami kena jalan itik, atas tar, bawah terik matahari di bulan puasa. Ramai yang sampai menangis-nangis masa tu. Tapi masih juga, bila notis yg sama keluar lagi di lain hari, kami tetap berbondong2 pergi.
Pernah sekali, saya tertinggal cermin mata di lobby dekat dalam pigeon hole tempat surat. Dalam hati,
" alah, takkan la ada sapa2 perasan cermin mata tu kat situ". owhh, meleset. Bila balik kelas, cermin mata sudah tiada disitu. Saya pun terus saja naik ke bilik warden dan jangkaanku benar belaka. Cermin mata saya sudah disita. Dan untuk mendapatkannya semula, saya kena duduk 'steng' 10 kali. Tau duduk 'steng' tu mcm mana? mcm nak ketuk ketampi half way. Kena stay mcm tu. Dan ye, there's a catch. Satu round tu makan masa 3-5 minit. Nak tau sakit ke tidak, cuba la duduk steng tu dalam 5 minit, saya kena 10 kali. Untuk cermin mata saya yg besar gedabak tak cun langsung tu, saya kena bertahan sampai 30 minit. By the time saya selesai, kaki saya dah menggeletar rasa mcm nak merangkak je balik bilik. Memang sakit, tapi saya tak pernah serik. huhuhu..
Dek kerana kenakalan saya, seminggu 3-4 kali jugaklah saya kena masuk mengadap. Selalunya utk kesalahan persendirian, arwah ustazah akan cubit dekat lengan. Pernah satu ketika, sebelah lengan saya dah ada 3 tanda lebam. Ingatkan terlepas lah dari cubitan, tapi sekali arwah ustazah cakap,
" Dah, bak sini lengan yg satu lagi". Hahahaha... mimpilah nak terlepas kan.
Mcm tu lah sampai form 3, sebab masa form 4 dah pindah MRSM KT pulak. And all those years, tak pernah terlintas dihati utk berdendam apalagi membenci. Budak2 sekarang, pantang ditegur guru, mereka pula yang naik sepak terajang. Dalam diam, saya sebenarnya bersyukur pada Allah. Ketegasan mereka itulah yang banyak membentuk saya, dari sekecil hal seperti mengemas katil dan locker, sehinggalah ke bab agama. Kadang2 saya terfikir, kalau saya tak melalui semua tu, bagaimanakah saya sekarang?
Sekarang kami semua sudah besar panjang, cerita semasa kecil sudah jauh dan lama ditinggalkan.
Beberapa tahun yang lepas, arwah ustazah disahkan menghidap kanser payudara. Bila kami dapat tahu, ramai bekas anak2 murid arwah pergi melawat di hospital. Saya hanya mendengar kabar dari mereka, melihat gambar yg dititipkan. Mereka beritahu arwah begitu gembira dan terharu kerana bekas anak2 muridnya begitu ramai yg datang melawat. Arwah begitu berterima kasih atas ingatan mereka. Tapi balas kawan2 saya,
"kamilah yg patut berterima kasih pada ustazah, jasa ustazah pada kami tak mungkin mampu kami membalasnya". Arwah meninggal 2-3 bulan kemudian. Pergi sudah seorang guru yang kami kasihi, tapi jasa arwah akan kami kenang selagi hayat dikandung badan. Al-Fatihah buat Ustazah Anisah Awang. Doa saya, roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yg beriman. Ameen.