Dah lama tak menulis disini. tak ada apa sangat benda menarik yg nak diceritakan except for the wet summer that we're having in this 'faraway from home' country. Hari ni pulak diberitakan sebagai the wettest day in 50 years.. boleh tahan gak la lencun sementara nak menyampai ke dept. pagi tadi.
But then, hey..there's always a silver lining. Sebentar tadi baru mendapat perkabaran yg kawanku yg terbaik didunia...cik kuna sorang, puteri pucuk kelompang dah pun selamat melahirkan anaknya yg kedua. nama pun siap dah ada : Danish imran, ermm..sedap nama tu, baik awak cepat2 patenkan....hehehehehehehe.
Cuma yg tak bestnya, aku sekarang jauh benar dari tanah air tercinta. Jadi terpaksa la berkongsi kegembiraan awak tu secara virtual je. Apapun, aku mmg sgt gembira awak dah selamat melahirkan serta sihat ibu dan anak. Tentulah lebih membahagiakan kalau aku dapat melawat awak kan.....
Apapun, aku pasti awak tau walaupun aku jauh tapi awak selalu dalam ingatan aku. That special place of yours in my heart could never be replaced. Bila dah besar2 cenggini ( lemak pun dah banyak..), I appreciate it more than ever. Ingat lagi dulu masa kita first year, cikgu sulutan ada kata.."budak pompuan kalau baik mcm ni biasanya kejap je, nanti naik 2nd year dah carik kawan lain". Kita tak mcm tu cik kuna kan... kita tetap bestpren in the world sampai sekarang. Walaupun dulu2 kita suka gaduh2 manja, tapi kita still boleh gi kelas, gi makan dan mcm2 aktiviti lain sesama. Kita tak carik kawan lain kan...kita sebenarnya ada X-Factor! aku rasa kita la patut jadi ikon Malaysia...kenapa dorang tak pilih kita ek?
Dekat sini, di bumi yg jauh banget dari tanah air ini, aku ada jugak beberapa org kawan yg aku boleh panggil sahabat. Tak ramai, tp ada... Yg ramainya manusia2 yg mengaku kawan bila mereka susah dan perlukan pertolongan kita. Bila depa dah senang...depa dah tak ingat kawan lagi dah, siap ada yg menyombong dan cuba nak berahsia bila depa dah senang. Takut kita nak menumpang senang depa agaknya.....
Tak apala kan, org yg mcm tu tak jadi kawan pun tak ngape. Alhamdulillah, masih ada je tapinya yg berhati mulia. Aku tak nak la sebut nama depa kat sini, they knew who they are. Lagipun I'm pretty sure depa nanti baca blog aku ni dan aku tak nak la depa kembang hidung, nanti bunyi pish..posh..pish..posh..mcm darth vader dlm citer star wars. Tapi ada sorang minah ni, dia member aku kat dept. dan dia org China jadi aku confident la dia tak paham apa yg aku tulis kan. Nama dia Le Ma, baik betul budaknya. Dia selalu tolong aku dan kekadang aku pun ada gak tolong dia sikit2. Kitaorg selalu berkongsi cerita pasal study, kongsi opinion serta berkongsi tangis dan ketawa. Sayang betul lah orang sebaik dia bukan saudara seagama dengan kita. Macamana pun, awak cik kuna, tetap bestpren ku in the world!!
ok la cik kuna. Awak selamat berpantang ek..jangan makan banyak sangat masa tgh berpantang ni, nanti lemak2 awak jadi lemak degil. Tapi jangan la diet sangat pulak, nanti awak kurus dari aku..aku tak suka..aku jeles.
ooohhhh...minggu depan aku nak pegi berpoya2 di paris... hehehehehe...awak dok rumah baik2 ek, biar aku je pegi berseronok. Nanti balik aku update citer bergambar supaya awak makan hati tengok. heheheheehe...best..best...
Monday, June 25, 2007
Monday, May 14, 2007
selamat hari ibu
AYAH DAN IBU, AYAH DAN IBU...........ITULAH PERMULAAN KAMI,
DAPAT MELIHAT BULAN DAN MATAHARI;
DAPAT MELIHAT BULAN DAN MATAHARI;
SELAMAT HARI IBU mama, tidak pernah sehari berlalu tanpa amar mengingati mama, papa, apin dan ata.
ucapan ini mungkin dah lewat sehari sebab dari hari jumaat lepas amar demam sampai tak boleh bangun, semalam baru ok sikit. Semalam jugak amar ada buat yong tau fu sebab anak2 angkat nak datang. Depa mai siap bawak bunga dan kek coklat besar gedabak lagi utk amar sempena hari ibu. Ermmm....sejuk hati dapat anak2 angkat yg baik mcm dorang tu.
Walaupun amar jauh di mata, tapi doa amar akan sentiasa ada utk mama dan papa. Semoga mama dan papa dikurniakan kesihatan yg baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan anak mama ini. InsyaAllah nanti amar akan dapat cium tangan mama dan papa lagi.
Tuesday, May 08, 2007
SHAFIYYAH IS 6 YEARS OLD NOW...
untuk mendapatkan sequence cerita yg betul, sila lihat gambar dari bawah ke atas. kesilapan adalah disengajakan dalam tak sengaja. harap maklum. tenkiu.
ni bbq kat notthingham, about an hour from sheffield.tak beriya lagi tak tau la..
sikit hari lagi mau sampai ke london nih buat bbq!
masa swimming pool nye tgh dipam, si adik dah berlari2 pakai swimming suit dia..kelaka betul rupanya, bulat je si adik. hadi kurus...takde la sendat2 cam adik...nampak je kitaorg nak pam pool tu, terus dia londehkan seluar ngan pampers nyer kat situ jugak...sempat la dia lari seround dua 'boleng' gitu je.
ni acara splashing2 kat belakang rumah..swimming pool besar takde,yg kecik pun kira ok la buat lepas gian.
tak sabar2 dah memasing nak bukak hadiah...hah, gasak la.bukak dulu hadiah..kang ibu ngan auntie kina sambung balik gonyoh periuk. pengsan!
ini la dia hero2 idaman balfour road... apa? Dafi? ooooo...bukan.yg ni boleh menyanyi tanpa masalah pitching. hihihihi...
para bapa lepak kat belakang sambil bakar sate ngan ayam.sambil kipas, sambil makan, sebab tu la lamb chop tak sempat sampai ke depan. hhehehehe...
masa tgh nak potong kek. takde nyanyi2, ustaz hasri tolong bacakan doa selamat.sila lihat ada sorang budak tgh cuba nak korek kek..
Meriah bday party kakak dan hadi minggu lepas (28/04/07). Ala2 garden party gitu....
Menunya nasi impit, sate, kuah kacang, nasik kerabu, bbq ayam dan cocktail serta mcm2 dessert. Fuhhhh...berasak jugak ibu ngan auntie kina masak sampai tak tido malam. Tapi takpelah, asalkan anak2 ibu riang dan gumbira, ibu sudah puas hati. Tapi yg kelakarnya sebab byk sangat benda nak disediakan, dan kakitangan yg ada cuma 2 org je...sampai tetamu dah start datang pun belum betul2 ready. Terpaksa la ibu balik tukar baju dlm keadaan tergesa2, ermmmm....tak sempat la ibu nak glamer2 sket. hahahahahahaha....ni sape punya bday nih?
Ramai jugak tetamu yg dapat datang, byk jugak la kakak dan hadi dapat hadiah...bukan main seronok lagi diaorang. hehehehehe...adik tumpang sibuk jer. sian adik, nanti bday adik kita buat jugak ok...tapi adik dah dapat korek2 kakak punya kek kan...sampai berlubang2 kek tu adik kerjakan.
anak2 angkat pun datang jugak, tapi sebab depa sampai lambat...nasib la kena tolong kemas. hehehehe...bila lagi nak tunjuk bakat jadik anak mithali kan... malam tu mmg letih yg amat sangat dah..ntah masa bila anak2 angkat ku balik pun dah tak sedar. mula2 lepak2 ngan depa tgk tv...pastu tv tengok orang dah.
weekend baru nih pergi bbq kat nottingham pulak. kemaruk betul...... selagi boleh nak berbbq nih. bukan apa sementelah panas kan, rasa rugi wooooo kalu duduk je kat dalam rumah. kitaorg tgh2 minggu lagi dah tgk weather forecast utk weekend, kalau panas...ceria la, carboot pun besar!
minggu ni tatau lagi apa planning. ermmm...pikir..pikir...
p/s: TING MA MA DE HUA...BIE RANG TA SHOU SHANG.
Monday, April 23, 2007
MUSIM BUNGA SUDAH TIBA...
bebudak sumer berkumpul tgk org main jet ski...jadik penonton.nanti la kita carik kot2 ada jual kat carboot..hahahahahaha!
Balik kerja sekitar pukul 6 lebih tak lagi rasa mcm keja sampai pukul 9 mlm. Bila hari sudah semakin panas... in contra with what is commonly practice in Malaysia, sumer orang sangat suka berada diluar rumah.
Aktiviti luaran sudah makin rancak sekarang, in fact sejak 2 minggu yg lepas kitaorg dah start berbbq. Last week anak2 angkat datang, dah bbq kat belakang rumah.. dorang kata letih buat assignment, jadik balik kampung bersukaria. huhuhuhuhuhuhu....dah rasa mcm nenek2 la pulak, anak cucu balik menziarah. Apapun, mmg selonot... bagus anak2 ibu, selalu datang menziarah kami.
Last saturday plak, geng2 mengaji pulak ajak berbbq, kali ni kat Rother River, lebih kurang 20 minit perjalanan dari darnall. Sakan nih masing2, ada yg bawak daging kambing, lembu ada, ayam ada, udang ada, sate ada..... hahahahaha..org malaysia pun buleh menangis tengok kitaorg punya menu yg beriya. Tempat tu cantik jugak, tepi tasik.. kat gigi air nya cetek saja, jadi budak2 mmg tak buleh nak larang macam mana laaa....asal lepa mak ayah je depa nak masuk dalam air. Tapi yg champion stuntman nyer adik la...sebab org lain tengok dari atas tebing je mula2 tu...hehehehehe....adik siap terjun!
Hari ahad pulak, mcm biasa..aktiviti wajib pagi hari minggu, carboot! balik carboot pegi pulak western park kat city centre sbb budak2 undergrad ada buat hari keluarga dan depa ajak sekali postgrad utk join. kat sana sempat la jugak join bebudak ni main games..seronok...seronok... rasa macam muda2 dulu pulak. *sigh*
Dah habih main games, acara makan .. nasik putih dengan coleslaw dan..... ayam bbq. hahahaha...tak pening ko makan ayam bbq tiap2 hari.
Dan...guess what? yess... minggu depan nak bbq lagi. Kali ni utk birthday shafiyyah pulak, share party ngan hadi, buat ala2 garden party gitu. Menunya pun meletop nih...tapi tak leh reveal dulu... nanti dah sudah partynya baru cerita. kalau tu tak cukup menyentuh kalbu, next 2 week insyaAllah nak berbbq kat nottingham pulak. Tu dia... tak pengsan lagi mendengornya tak tau la!
Friday, March 30, 2007
I'M UTTERLY ANNOYED...
there are few things in life that happened along the path which is really annoying sometimes.. oohh, it might just be me being so emotionally unstable once in a while though....
1. apa sebenarnya?
tiap2 hari cerita perang, org bunuh org, penuh didada akhbar. The equilibria is shaking violently. it really disturbed me thinking that there are children, women, older people stucked in the middle of those greedy, hatred world. Duduk baik-baik saja tak boleh kah? Tidak bom sana sini kau jadi naik sawan kah? yg jadi mangsa anak2 kecil....kasihan mereka.
Semalam akhbar disini sibuk menceritakan pasal sorang polis marin wanita warganegara british yg ditahan oleh iran. Saya pun tak pasti sgt apa kesahnya, tp tak silap saya wanita tu ada keluarkan kenyataan kat TV iran yg org2 yg menahan mereka semuanya baik2 dan mereka yg ditahan (14 org semuanya) juga dlm keadaan baik. Tapi akhbar disini tentulah kutuk takde hengat kan..sebab dah kenyataan tu mcm memberi impak positif kepada iran, maka terus tak betul je kenyataan tu serta dituduh palsu. Tapi kalaau ada footage org pakai selubung muka nak tembak org, terus org islam laaaa...suka ati depa saja nak buat cenggana...nanti kalau iran pulak berperang..lagi ramaila org awam yg menjadi mangsa. Anak2 muda kita pulak sibuk nak merempit dan berpoya2...huhhhh...apa la nak jadi agaknya dunia ni.
2. apakah?
yesterday my kids and me were catching a bus home from the university. Half way through a young guy hooped in with a girl. That guy is a muslim a reckoned, and the gal is a local. But thats not the issue...yg menjengkelkan nya si mamat tu pegang dua mobile phone, satu buat talipon, yg satu lagi utk dgr lagu. yg tambah hanginnya depa berdiri almost next to us dgn lagu dipasang sekuat2 hati..tak reti pulak nak pakai earphone ke apa. wahh...habis bangga la gayanya, aku laaaa ada hp buleh dgr lagu nih..punya la sakit telinga tp malas nak kata apa, kang kot didebiknya susah la pulak.
Agaknya dah tak tahan dgr lagu hip hop dia, ada sorang pompuan tegur suruh slowkan sikit volume phone tu...dan si mamat ini dgn muka selamba sadinnya gelakkan je org tu. huhuhuhu......aku yg tengok rasa nak penampau je. kakak dah start feeling uneasy, she even said that it makes her feel dizzy. Dlm hati aku, patutla org2 non muslim ni makin lama makin menyampah tgk org islam...budaya dan imej yg dibawak 'mereka2' ini amatlah menggelupurnya. Belum lagi tgk depa membesit bawak kereta mcm depa la saja yg mampu pakai keta atas muka dunia ni.
Nak salahkan sapa kalau org lain melihat islam dari perspektif yg salah? Dah la dorang mmg sceptical about us muslims with all those terrorist things going on, haaaaaiiiiiiiii...yg aku ni pun setakat melarang dlm hati jer. (*sigh*)
3. kenapa sebenarnya? you story me......
sefahaman saya, konsep bersyukur itu antaranya dgn kita berusaha bersungguh2, berdoa serta tawakkal kepada Allah, maka dengan apa nikmat yg dikurniakan pada kita, wajib keatas kita supaya bersyukur. Tapi tidak bermakna bila kita bersyukur kita tidak boleh berusaha utk sesuatu yg lebih baik. Jadi kenapa bila ada seseorg yg ingin mengusahakan sesuatu yg lebih baik serta boleh memberi manfaat bukan utk dirinya saja malah utk ramai lagi orang seakan dikecam seolah2 tidak bersyukur dgn apa yg ada? pelik juga....
kalau begitu kenapa pula manusia bekerja keras, berhempas pulas supaya dapat beli kereta yg lebih mewah dan selesa dari sebelumnya, dapat beli perabot yg lebih mahal serta lebih bergaya, dapat beli pinggan yg RM ribu riban harganya, dapat melancong kesana sini adanya...kenapa? Adakah ini bermakna bila kita berusaha utk dapatkan sesuatu yg lebih baik maka kita tidak bersyukur? rasanya semua tu tak salah kan...sebab kita boleh usaha for something better and at the same time bersyukur pada Allah.
Maka kalau org itu ingin berusaha demi kebaikan org lain juga, biarkanlah dia. Kalau tak mahu memberi sokongan sekalipun, apa salahnya senyap saja. Sekurang2nya mahu juga dia mencuba, kita ini belum tentu lagi ada berbuat apa2 utk org lain melainkan sibuk mengisi tembolok sendiri saja. Jadi biarkanlah dia..kecuali la kamu ada udang disebalik batu. errmmmmmm, sesuatuuuuuuuuuu.......................

Wednesday, February 28, 2007
6 THINGS YOU NEVER HEARD ABOUT ME...
saya sudah kena tag pulak dengan cik honeymj. Maka dgn itu nak kena tulis 6 perkara yg org tak tau pasal kita. Tadi sambil lipat kain yg ala2 gunung tahan (tak sampai gunung everest lagi..), berpikirlah saya...apa kebenda nak tulih ni??? pikior punya pikior, begini la adanya..........
1. dari kecik2 dulu...which starts around 30 yrs back kot, saya ada bantal busuk. ye, cliche bunyinya kan..tapi betul you all.. dan bantal busuk saya ni, mcm namanya, mmg la busuk..takde sape pun lalu nak cium melainkan saya sorang sajork. Lepas tu masa time sekolah rendah dulu, b4 pegi skolah, saya sorok dulu bantal tu bawah bantal lain...sebab nanti bila balik sekolah, ambik je bantal tu terus cium...hehehe...sejuk2 jer, dia punya bau, perghhhhhh!!!! (dan bantal itu saya guna sampaila lepas kawin, sebab lepas tu tak yah bantal busuk lagi.)
nota kaki: saya penah sampai cekonon nak terjun balkoni pasal mak saya nak buat sarung lain utk bantal busuk tu...apa punya horror daaa...)
2. masa kecik2 dulu, saya sangat manja dengan arwah atok dan uwan saya sebab saya ni cucu sulung dan cucu pompuan sorang (sehinggalah budak apin itu lahir masa saya umur 15 tahun). Tiap kali balik kampung musti nak tido celah ketiak atok ngan uwan. dan masa umur lebih kurang tiga tahun kot, saya tinggal ngan mereka sekejap. Pada satu hari yg hening, uwan saya angkat bantal yg baru dijemur dan letak atas rangka katil kat depan pintu. dan saya, yg ketika itu comel dan tak reti duduk diam telah naik atas bantal tu dan meloncat2. loncat punya loncat, jatuh berdentum kat atas lantai simen sampai terteleng kepala, lekat cenggitu je tak leh nak pusing sampai beberapa hari sehinggalah atok bawak pegi jumpa tabib singse tolong urutkan.
lagi satu, kat dinding bilik dorang, saya ada tulis...."atok dan uwan, amar sayang atok dan uwan dan rasa tak nak balik". Sekarang mereka telah tiada, tapi kenangan2 manis masa kecik2 dulu tetap sentiasa segar dlm ingatan.
nota kaki: Al-Fatihah utk mereka yg telah pergi terlebih dahulu meninggalkan kita. Amin.
3. Disebabkan sepupu sepapat semuanya hero2 aje, termasuk adik saya yg no.2, jadi bila balik kampung kitaorg punya lasak..mmg ya rabbi. Panjat pokok la, main letup2 pakai buluh la, main benteng la, main kat empangan la... dekat rumah atok ngan uwan ada sawah. Tgh2 kawasan sawah tu ada benteng a.k.a tali air dan dihujung sawah ada hutan2 sikit. satu hari, lepas dah penat main kat sawah, kitaorg pegi kat kawasan sempadan sawah ngan hutan tu, tgk2 ada pagar kawat. Dek kerana curiosity yg agak melampau, kitaorg bukak pagar kawat tu dan masuk. Tgk2 sungai yg kat empangan tu mengalir kat dlm hutan tersebut. Apa lagi, kami berlima terus le cenpelum cenpelum kat dlm sungai tu sebab kat tepi2 air nya cetek jer. Dah puas mandi manda segala, kami balik la rumah. Bila uwan dapat tau kitaorg pegi main sungai, terus kena marah...ingat kan kenapa. Rupa2nya sungai tu ada buaya...bukan buaya darat, tapi buaya betul you all, yg buleh makan org tu...yg kitaorg selamba badak je mandi manda............
nota kaki: bebudak sekarang tak merasa la nak buat tu semua.. masing2 sibuk gameboy la, playstation la...ermm, tak meriah langsung!
4. Masa kecik2 jugak, lebih kurang 6-8 tahun, kitaorg duduk menyewa kat satu kampung dan saya ada 2 org kawan. Sorang pompuan yg saya tak ingat namanya, katakanlah namanya Ina utk memudahkan cerita. Yg sorang lain budak lelaki , namanya Li dan saya tak ingat nama penuh dia. Budak2, biasalah kan..kekadang ada jugak kitaorg main kawin2...hehehe...bersanding2 gitu. Cuma masalahnya si Li ni orgnya putih melepak dan punya la gebu serta lemah lembut orgnya, saya pulak tak berapa nak putih, gebu jauh sekali laa..yg si Ina pun mcm tu jugak. Sudahnya bila nak bersanding tu, saya la pulak yg jadik pengantin lelaki, Li jadik pengantin pompuan dan si Ina jadik tukang kipas jer. Yg bestnya, bila dah kawin kena la beranak kan....bantai la si Li ni yg beranak, aku jadik ayah dan si Ina jadik bidan...buleh??
notakaki:zaman dolu-dolu, kita main acah2 je kawin2 ngan dapat anak, zaman sekarang bebudak remaja ni ada yg main beranak betul.!!
5. hehehehehehehe.......memula, abang jgn marah tau, ni cerita masa muda remaja dulu.
duluuuuuuuuuuuuuuuu...lama dulu......, masa saya dlm tingkatan satu kat sebuah mrsm yg dah tak wujud di negeri pantai timur, saya ada ter'crush' yg amat sangat kat sorang budak senior (senior tak senior mana la, budak form 2 je pun). Namanya dirahsiakan, tp dia budak ganu gok. Punya la minat, kalau ternampak dia lalu kat depan kelas, sampai nak terjatuh dari kerusi pun penah. Tapi setakat minat tang jauh je la, mamat tu tak tau kita minat dia (kalau dia tau pun, dia buat dek je pun..isk..isk..). Yg bestnya, bila time bebudak lelaki gi semayang jumaat, saya and the gang, diulangi, and the gang ok, pegi la ke kelas bebudak yg kitaorg minat, pastu curi2 tengok buku2 dia, tgk tulisan mcmana, pensel kaler apa, kotak pensel gambor apa... tu takpe lagi, disebabkan hostel kitaorg 6 tingkat, maka bila depa melintas kat bawah nak gi masjid, ada can la skodeng dari bilik....hehehehehe..tak senonoh punya anak dara. Tapi takat tu je la...lebih2 takde. Dan yg paling saya tak sangka sekali, sehingga sekarang..setelah hampir 20 tahun berlalu, saya bukan saje setakat masih ingat nama budak tu, tp saya masih ingat jugak no. maktab dia dan no. IC dia. Matila simpan data peribadi org dlm kepala berpuluh tahun katanya................
notakaki: hehehe..takde komen.
6. Masa belajor2 di peringkat yg lebih tinggi (i.e dari matrik sampai le habih unibersiti), saya selalu jatuh longkang. Tak tau kenapa...suka sangat jatuh longkang...
Dan ada sekali tu, masa tgh jalan ngan hubby ( pongpreng la masa tu...), saya terjatuh dlm longkang sampai ala2 tersembam...ye...tersembam. Bukan longkang dalam pun, longkang kecik sepotet tu jer...tu pun buleh menyembam. apa daa....tak romantik langsung.
notakaki: hubby kita tak gelak ok masa tu...siap cemas lagi. Tapi dah lepas tu setahun tak abis ungkit lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Itu la 6 perkara pasal saya secara esklusif utk blog ni...saya lom sempat pikior nak tag sape plak lepas ni. Nanti say aberhibernasi sambil mencari idea dulu...kita tengok sape yg kena............................

Thursday, February 08, 2007
CERITA SAMPUL SURAT
Duluuuuu...masa muda remaja dulu, masa tu papa masih lagi belum pencen macam sekarang. Ada seorg jiran yg tinggal tak jauh dari rumah kami mintak tolong papa bagi tusyen personal untuk anaknya. Nak dijadikan cerita, org itu mcm tak berapa nak bertegur sapa sgt dgn keluarga kami, sebabnya tidaklah pasti. Rasanya pertama kali dia datang, papa kata papa dah tak mengajar tusyen lagi, tapi org itu datang memujuk supaya dapat juga papa tolong dia.
Dapat saja tau org itu dtg kerumah mintak tolong ajarkan anaknyer tusyen tu, saya yg berdarah muda lagi panas ini terus tak benarkan papa tolong org tu. Alasan saya selama hari dia bukan main sombong lagi dengan kita, kenapa bila susah carik papa utk ajar anak dia?? kata saya yg masih muda remaja. Tapi papa tenang saja, tak kata apa2. Tengok2 dah pun mula mengajar anak org itu, siap pergi ke rumah org itu lagi.
Maka begitu la seterusnya, papa meluangkan masa berjam2 seminggu selama at least sebulan. Bila dah habis tempoh yg dijanjikan, org itu datang kerumah bertanyakan ttg bayaran. Papa kata tak kesahlah berapa yg patut. Org itu pun hulur la sekeping sampul surat. Saya tak tengok isi sampul itu, tp mama kata org itu bayar rm30. hati saya terus membara, sudahlah merayu2 minta ditolong, pergi kerumah dia utk mengajar anaknya berpuluh2 jam, kenapa pulak kedekut sangat cuma bayar rm30 sedangkan org itu org berada.... Jadi saya ini, yg berdarah muda dan panas tadi, terus pergi pada papa dan bertanya.."kenapa org tu teruk sangat bayar papa rm30 saje? muka tak malu, masa nak datang mintak tolong terhegeh2 datang merayu. kenapa papa biar dia bayar penat lelah papa tu rm30 saje?" ermm...berapi2, bertubi2 soalan saya.
papa cuma diam, lepas tu dia berkata "tak apa lah duit tu. Hidup kita ni bukan utk duit saje. Biar org lain buat tak baik pada kita, kita jangan sekali2 buat tak baik pada org lain."
saya diam, dalam hati masih belum reda kemarahan. Tapi Allah itu maha Mengetahui, selepas drp tu, org itu yg dulunya bermasam muka sudah boleh bertegur sapa bila berjumpa, sudah boleh tersenyum dan angkat tangan bila berselisih kereta. Dalam hati saya yg sudah jadi sejuk, saya berkata"duit mmg boleh beli banyak benda tapi tidak boleh beli segala2nya."
Dan dalam hati juga saya berjanji utk cuba jadi sebaik papa. Tak pasti samada saya akan jadi sebaik itu, tapi percayalah papa, anak papa ini akan tetap mencuba setiap hari utk jadi manusia yg lebih baik dari sebelumnya. And one day, you can proudly say in your heart, "my girl, is just like me..."
notakaki:
1. amar ini mencari kekuatan dari kasih sayang dan doa mama, papa, ata dan apin..dari cinta raiedzall..dari sokongan mereka yg boleh dipanggil sahabat, dan dari sinar mata serta bening wajah shafiyyah dan ajmal.
2. kehidupan dinegeri yg sejuk dan kadang2 bersalji ini mengajar banyak perkara. Belajar hidup dinegara org, belajar memasak dgn lebih sedap dari dulu yg setahun 3-4 kali sajer masuk dapur, belajar menguruskan rumahtangga sambil belajar, belajar supaya dapat mengajar anak bangsa dengan lebih baik serta belajar menilai yg mana sahabat, yg mana kawan dan yg mana cuma 'seriawan' (ulcer mulut: yg selalu datang esp. time cuaca kering, walaupun sekejap tapi menyakitkan...)

Wednesday, January 24, 2007
AKU INI MENCARI...

" There are so many expectations out of me, some of which I feel rather difficult to fulfill..."
Mengapa begitu sejuk negeri ini? hujung jari jadi kaku, hidung jadi beku, mata jadi layu, otakku bercelaru dan hati jadi sayu.....
Aku ingin ke pantai, dimana matahari memancar tapi bayunya menghembus nyaman, sambil makan keropok lekor....ermmm, membayangkannya saja sudah buat hati jadi damai.
Wednesday, January 10, 2007
THE END OF YEAR 2006, WELCOME 2007
yg ni gambar yg last sekali ditepek kat sini..takde kena mengena ngan citer pun..tapi ianya diambil 2-3 hari lepas, maka ia gambar terbaru ditahun 2007, yg selebihnya semua gambar ketika masih lagi 2006. Yg comel lote pakai tudung hitam tu, anak bujang saya sebenarnya, yg menangis nak semayang jugak mcm kakak dia....
London eye from the distance..nak naik tunggu lain kali la..ni kira sesi ambek gambor dari jauh je dulu.
big ben on the scene again..
ini la tempat bersemayamnya queen elizabeth yg sudah tua itu....
kat depan queen's gallery..tak masuk pun..takde masa.
jalan2 disheffield ngan dorang...sebelum dorang balik tinggalkan kami sunyi lagi dinegeri sejuk ini.
kakak ngan areefa ngan afiq dibelakang sebagai background.
kakak tetap tak kalah gaya, ni kat designer outlet...aktiviti kitaorg banyak makan2 je sbb tak mampu shopping (york)
ini tempat org2 jewish menyorok masa perang dulu (york). cantik tempatnyer diatas bukit..tapi nak naik kena menapak punya tinggi..tak kuasa akak memecahkan lemak terkumpulku.
ni kat garden yg ada museum didalamnya..tp museum tak masuk sbb kena byr....percutian berbuget ini..........(york)
one of the building in york, the inside is breathtakingly beautiful, tapi sbb tu church, kitaorg takde la masuk..setakat menjenguk kat foyer jer.
dekat restoran kebabish pun boleh lagi posing..ni sebelum kejadian ngeri tu..jadi senyum ku lebih lebar sedikit rasanya.
bawak apin jalan tgk sheffield university..gambar kat depan mappin buildingdimana ada dept mechanical , EEE and civil.
ermm...for the past one month, the last month of 2006..we've been thorugh lots of things. dinderku apin had stayed during the school holiday, menjadi tempat adik melepaskan geram seperti aktiviti menggigit peha mak usu. To make it more merrier, mirul, rosnita and two of their kids stayed over for 10 days b4 the went back to malaysia.
makanya, christmas break kali ni mmg amat meriah, apart from that sad darn thing, its been wonderful...full of laughs and warm love. we do enjoy each other company and the 'kekecohan' of being a big family.
Disebabkan keta dah takde, maka satu hari bebudak undergard ada organise a trip to york, about an hour from here, so kitaorg berbondong2 ( ada dlm kamus ke perkataan ni?) naik bas sekali ngan bebudak tu pegi la jenjalan ke york. its a beautiful town, with lots of magnificent buildings and fabulous sceneries. sebelah petang pegi retail outlet, but we came out with the least of bags from shopping since the price is still above the par than we can afford at the time being...wink.
pastu ada la jugak bawak dak apin pegi retail outlet kat doncaster...kat situ kitaorg agak sakan jugak merambangkan bijik mata sendiri...angkut sampai takde hengat..sampai abih dah duit dlm poket, baru balik....hahahahahahaha......akak suka terapi begini. refreshing..... :)
hari2 yg lain dipenuhi dgn acara menambah lemak serta spare tyre, termasuk aksi berperang seorg mak sedara dgn anak2 menakannya.
on boxing day, kami beramai2 ikut berboxing sama di meadowhall, dan lagi sekali...refreshing therapy takes place..on my side of course, leaving my hubby moncong mulutnyer sebab kena tunggu anak sementara ibu keluar masuk kedai....
kamirul ngan areefa ngan afiq balik on the 29th..perghhh..buleh tahan kecohnya malam tu..tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar..thanks to shah yg bagitau kes baggage yg tak boleh lebih dia punya allowance on each luggage..kot tak buleh panik jugak si mirul kat airport.
kesokannya, rosnita ngan apin plak balik. kitaorg hantar che ros gi rumah adik angkat dia mlm tu coz dia flight dari manchester, dan kitaorg pagi-pagi buta dah naik bas ke london nak hantar si apin...thanks to abe' shuk sebab sudi hantor ke stesen bas. sampai kat victoria coach station yg buruk dan tak lawa tu, baru kol 11 lebih..sempat la round2 london...he..he...ingat ziela jalil ngan azza elite je ke buleh sampai london?kuang..kuang...sempat la lagik.
dengan menapak, sampai la jugak kami ke buckingham palace, tp puteri diana dah takde, dia dah mati.....org punya la ramai..sumer pakat 'perak' mcm kami..queen victoria pun tak nampak, dia tgh letih, baru lepas layan anak cucu main. dari situ kitaorg pegi la pulak tgk big ben& parliament building, westminster building dan jugek london eye yg sekarang ni ada jugak sebijik kat KL tu..... tu je la pun yg sempat, pastu nak kena bergerak naik bas lagi utk ke heathrow.
sampai heathrow, akak terkujat lagi sekali............laaa.............apa punya cikai daaa airport. airport tengganu pun dah lagi cantek tau. kecik, buruk, tak convenient, orgnya tak ramah mesra dan jugak ada bapak polisi jalan2 bawak mesingun..ye...mesingun you all, suspen kan. mcm dalam citer perang la pulak. ermmm...akak tak dapat tahan, nak kata jugak...bangang punya omputeh, takut dgn bayang2 sendiri!
dah apin check in, kitaorg naik lagi bas balik ke VS, dari situ naik lagi bas ke sheffield...what a journey. sampai kat sheffield kol 12 mlm, diambik pulak oleh che det dan terus dibawak ke rumah depa dgn makanan dah siap terhidang. siap makan badan pun dah letih, maka terus je sleep over...he..he..tenkiu..tenkiu... gitu la citernya...kisah penutup 2006.
sekarang dah 2007...tahun ni ingat nak diet la...spare tyre akak dah banyak.........tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkk!
p/s: setiap yg berlaku ada hikmahnyer............................
1. kitaorg dah ada keta baru, beli keta mirul....dapat diskaun setelah kedua2 pihak malu2 kucing semasa sesi berurus niaga berlaku.
2. hari ni mak ayah kita balik dari mekah..lom sampai tengganu lagi, kejap lagi sampai kot ni, tak sabar nak tepon.rindu mak ayah kite.................
3. kejap tadi, ye, baru je kejap tadi kita dapat call....aku ini telah berjaya diterima bekerja... bukan jadik lawyer..bukan doktor..bukan jugak lecturer... tp jadi pencacai di student union building. keja 3 jam sehari dari kol 3 sampai 6 ptg. he..he..kakak selonot, dia kata nanti ibu ada duit buleh pegi disneyland.....hahahahah
Subscribe to:
Posts (Atom)