Monday, June 25, 2007

BESTPREN KU IN THE WORLD

Dah lama tak menulis disini. tak ada apa sangat benda menarik yg nak diceritakan except for the wet summer that we're having in this 'faraway from home' country. Hari ni pulak diberitakan sebagai the wettest day in 50 years.. boleh tahan gak la lencun sementara nak menyampai ke dept. pagi tadi.

But then, hey..there's always a silver lining. Sebentar tadi baru mendapat perkabaran yg kawanku yg terbaik didunia...cik kuna sorang, puteri pucuk kelompang dah pun selamat melahirkan anaknya yg kedua. nama pun siap dah ada : Danish imran, ermm..sedap nama tu, baik awak cepat2 patenkan....hehehehehehehe.

Cuma yg tak bestnya, aku sekarang jauh benar dari tanah air tercinta. Jadi terpaksa la berkongsi kegembiraan awak tu secara virtual je. Apapun, aku mmg sgt gembira awak dah selamat melahirkan serta sihat ibu dan anak. Tentulah lebih membahagiakan kalau aku dapat melawat awak kan.....

Apapun, aku pasti awak tau walaupun aku jauh tapi awak selalu dalam ingatan aku. That special place of yours in my heart could never be replaced. Bila dah besar2 cenggini ( lemak pun dah banyak..), I appreciate it more than ever. Ingat lagi dulu masa kita first year, cikgu sulutan ada kata.."budak pompuan kalau baik mcm ni biasanya kejap je, nanti naik 2nd year dah carik kawan lain". Kita tak mcm tu cik kuna kan... kita tetap bestpren in the world sampai sekarang. Walaupun dulu2 kita suka gaduh2 manja, tapi kita still boleh gi kelas, gi makan dan mcm2 aktiviti lain sesama. Kita tak carik kawan lain kan...kita sebenarnya ada X-Factor! aku rasa kita la patut jadi ikon Malaysia...kenapa dorang tak pilih kita ek?


Dekat sini, di bumi yg jauh banget dari tanah air ini, aku ada jugak beberapa org kawan yg aku boleh panggil sahabat. Tak ramai, tp ada... Yg ramainya manusia2 yg mengaku kawan bila mereka susah dan perlukan pertolongan kita. Bila depa dah senang...depa dah tak ingat kawan lagi dah, siap ada yg menyombong dan cuba nak berahsia bila depa dah senang. Takut kita nak menumpang senang depa agaknya.....
Tak apala kan, org yg mcm tu tak jadi kawan pun tak ngape. Alhamdulillah, masih ada je tapinya yg berhati mulia. Aku tak nak la sebut nama depa kat sini, they knew who they are. Lagipun I'm pretty sure depa nanti baca blog aku ni dan aku tak nak la depa kembang hidung, nanti bunyi pish..posh..pish..posh..mcm darth vader dlm citer star wars. Tapi ada sorang minah ni, dia member aku kat dept. dan dia org China jadi aku confident la dia tak paham apa yg aku tulis kan. Nama dia Le Ma, baik betul budaknya. Dia selalu tolong aku dan kekadang aku pun ada gak tolong dia sikit2. Kitaorg selalu berkongsi cerita pasal study, kongsi opinion serta berkongsi tangis dan ketawa. Sayang betul lah orang sebaik dia bukan saudara seagama dengan kita. Macamana pun, awak cik kuna, tetap bestpren ku in the world!!

ok la cik kuna. Awak selamat berpantang ek..jangan makan banyak sangat masa tgh berpantang ni, nanti lemak2 awak jadi lemak degil. Tapi jangan la diet sangat pulak, nanti awak kurus dari aku..aku tak suka..aku jeles.
ooohhhh...minggu depan aku nak pegi berpoya2 di paris... hehehehehe...awak dok rumah baik2 ek, biar aku je pegi berseronok. Nanti balik aku update citer bergambar supaya awak makan hati tengok. heheheheehe...best..best...