Monday, September 22, 2008

DAN SYAWAL YG BAKAL TIBA..

assalamualaikum semua...

aduhaiii.. lama btol tak update blog nih, cuma dapat kongsi sikit maklumat about sembahyang terawih on my last entry. Kalau berkelapangan, jemputlah dan sudi2kanlah menjenguk blog ini : halaqah-kita.blogspot.com
Disitu ada juga saya dan sahabat2 cuba memberikan maklumat2 yg baik utk kita kongsi bersama. Kira macam promosi raya jugaklah ni, tinggal lagi bukan lah promosi jualan murah aidilfitri...hihihi.. tapi promosi membaca sambil menambah ilmu serta saling ingat-mengingati.


errmmm... cerita pasal hari raya yg tinggal lagi seminggu je nih, tadi lepas lipat kain yg boleh tahan jugak banyaknya kat rumah tu.. kita try baju raya. yesss... tahun ni baju raya ditempah khas oleh bonda dan diterbangkan oleh emirates ke bumi sejuk beku nih. Tapi selai je la kan, tak macam si kakak yg dapat 3 pasang baju raya dari atok dan uwannya. huhuhu.. tak aci.. tak aci..
Dah le baju raya dia glamer pasal uwannya dah jahitkan embroidery ngan manik2. Kalu macam gini, nampak gaya ibu nak kena carik baju raya lagi satu ni. hehehehe... (mencari alasan utk shopping2)


Tapi tu la kan, baju raya sebok me'nerai' berulang kali. Ni ramadhan dah nak habis, byk mana dah amal ibadat kita buat? terawih pun selalu je sampai tersengguk pasal bukak posa makan banyak. hahahaha.. konon nak kurus dibulan puasa, ye la sangat! makin berlemak ada la. Tambah plak bonda asek masak yg sedap2.. alahai, tak terdaya nak melawan nafsu makan. Masa belum berbuka, bukan main berazam nak makan sikit je, masuk je waktu... makan takde toleh kiri kanan. :P


Ohhh.. sebelum buat-buat lupa, dinder nak ucapkan tenkiu yg teramat sangat kepada kekander ku atas hadiah bday yg dah dibeli lebih awal jumaat lepas dan siap boleh pilih sendiri sambil diberi consultation yg 'terbaik from ladang' dari bonda tershinter. Errr... lepas ni nak request baju raya pulak boleh ker? Nanti org picit kepala kalu abang pening. keskeskes... cubaan menggaru.


oklah2.. tak boleh tulis byk2, nanti cepat lapar ( hahahaha... kaitannya)
Apapun, dikesempatan ini... sempena bulan syawal yg bakal menjelma tak lama lagi, saya nak mengucapkan EID MUBARAK kepada semua yg singgah di blog saya yg tak seberapa ni. Kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa dimana2, mintalah dimaafkan. Bagi yg berada dibumi sejuk beku ni, jemputlah datang beraya ke rumah,kita bina dan erat2kan tali silaturrahim. InshaAllah.


note:
1. Blom tau lagi apa menu raya nih... dah 2 tahun berturut2 masak nasik Dagang, rasanya tahun ni kita tukar menu la pulak kan. Menu apa? hehehehe... yg tu hingga ke saat ini biarlah rahsia. hahaha..
2. kepada dinder2ku yg terbiar di tanahair, pandai2 la korang bawak diri yer. Korang balik la rembau kalu nak makan lemang ngan rendang. Dengar kabarnyer ada org nak pegi beraya ke port dickson..ehem..ehem
3. kepada en. atalamat, mama kata kalu ko ada cita2 nak bertunang hujung tahun ni ker, awal tahun depan ker, jgn malu2 kasi tau..hahahaha.. kitaorg nak belikan hadiah hantaran kat sini. Tapi kalu nak kawin, tunggu la amar balik, jgn cuba2 nak kawin tanpa kehadiran kekander mu ini. :P