Monday, May 14, 2007

selamat hari ibu

AYAH DAN IBU, AYAH DAN IBU...........ITULAH PERMULAAN KAMI,
DAPAT MELIHAT BULAN DAN MATAHARI;


SELAMAT HARI IBU mama, tidak pernah sehari berlalu tanpa amar mengingati mama, papa, apin dan ata.

ucapan ini mungkin dah lewat sehari sebab dari hari jumaat lepas amar demam sampai tak boleh bangun, semalam baru ok sikit. Semalam jugak amar ada buat yong tau fu sebab anak2 angkat nak datang. Depa mai siap bawak bunga dan kek coklat besar gedabak lagi utk amar sempena hari ibu. Ermmm....sejuk hati dapat anak2 angkat yg baik mcm dorang tu.

Walaupun amar jauh di mata, tapi doa amar akan sentiasa ada utk mama dan papa. Semoga mama dan papa dikurniakan kesihatan yg baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan anak mama ini. InsyaAllah nanti amar akan dapat cium tangan mama dan papa lagi.

Tuesday, May 08, 2007

SHAFIYYAH IS 6 YEARS OLD NOW...


untuk mendapatkan sequence cerita yg betul, sila lihat gambar dari bawah ke atas. kesilapan adalah disengajakan dalam tak sengaja. harap maklum. tenkiu.


yg ni pulak rombongan pihak en. semeon ke notthingham...(hahahaha...semeon la pulak!)

haaaa... ni la dia rombongan cik senah ke nottingham

ibu, ayah, kakak and adik. senyum...senyum...loh adik, kok cengeng sekali kamu?

ni bbq kat notthingham, about an hour from sheffield.
tak beriya lagi tak tau la..
sikit hari lagi mau sampai ke london nih buat bbq!

masa swimming pool nye tgh dipam, si adik dah berlari2 pakai swimming suit dia..kelaka betul rupanya, bulat je si adik. hadi kurus...takde la sendat2 cam adik...nampak je kitaorg nak pam pool tu, terus dia londehkan seluar ngan pampers nyer kat situ jugak...sempat la dia lari seround dua 'boleng' gitu je.

ni acara splashing2 kat belakang rumah..swimming pool besar takde,
yg kecik pun kira ok la buat lepas gian.

kakak posing ngan hadiah beg dan topi dari hadi. tenkiu hadi !


tak sabar2 dah memasing nak bukak hadiah...hah, gasak la.
bukak dulu hadiah..kang ibu ngan auntie kina sambung balik gonyoh periuk. pengsan!

adik ngan abg2 angkatnya..abang apai and abang roy ( tp kenapa adik buat muka cemas?)

aaaa.... sikit punya manis ke dia punya senyuman tu.

dah penat main kat belakang rumah..melarat sampai ke depan pulak budak2 ni.

ini la dia hero2 idaman balfour road... apa? Dafi? ooooo...bukan.
yg ni boleh menyanyi tanpa masalah pitching. hihihihi...


yesss...bday girl posing

para bapa lepak kat belakang sambil bakar sate ngan ayam.
sambil kipas, sambil makan, sebab tu la lamb chop tak sempat sampai ke depan. hhehehehe...

antara tetamu yg hadir di depan barisan makanan...


masa tgh nak potong kek. takde nyanyi2, ustaz hasri tolong bacakan doa selamat.
sila lihat ada sorang budak tgh cuba nak korek kek..


belum sempat kakak tiup lilin, adik dah tiup dulu...siap dgn air liur sekali!!!

ni b4 baca doa selamat..semua get ready dekat kek


ooooohhhhhh.........anakku sudah 6 tahun umurnya. Selamat ulang tahun sayang ibu. Semoga sentiasa jadi anak yg baik, berjaya didunia dan akhirat.


Meriah bday party kakak dan hadi minggu lepas (28/04/07). Ala2 garden party gitu....
Menunya nasi impit, sate, kuah kacang, nasik kerabu, bbq ayam dan cocktail serta mcm2 dessert. Fuhhhh...berasak jugak ibu ngan auntie kina masak sampai tak tido malam. Tapi takpelah, asalkan anak2 ibu riang dan gumbira, ibu sudah puas hati. Tapi yg kelakarnya sebab byk sangat benda nak disediakan, dan kakitangan yg ada cuma 2 org je...sampai tetamu dah start datang pun belum betul2 ready. Terpaksa la ibu balik tukar baju dlm keadaan tergesa2, ermmmm....tak sempat la ibu nak glamer2 sket. hahahahahahaha....ni sape punya bday nih?


Ramai jugak tetamu yg dapat datang, byk jugak la kakak dan hadi dapat hadiah...bukan main seronok lagi diaorang. hehehehehe...adik tumpang sibuk jer. sian adik, nanti bday adik kita buat jugak ok...tapi adik dah dapat korek2 kakak punya kek kan...sampai berlubang2 kek tu adik kerjakan.


anak2 angkat pun datang jugak, tapi sebab depa sampai lambat...nasib la kena tolong kemas. hehehehe...bila lagi nak tunjuk bakat jadik anak mithali kan... malam tu mmg letih yg amat sangat dah..ntah masa bila anak2 angkat ku balik pun dah tak sedar. mula2 lepak2 ngan depa tgk tv...pastu tv tengok orang dah.


weekend baru nih pergi bbq kat nottingham pulak. kemaruk betul...... selagi boleh nak berbbq nih. bukan apa sementelah panas kan, rasa rugi wooooo kalu duduk je kat dalam rumah. kitaorg tgh2 minggu lagi dah tgk weather forecast utk weekend, kalau panas...ceria la, carboot pun besar!


minggu ni tatau lagi apa planning. ermmm...pikir..pikir...



p/s: TING MA MA DE HUA...BIE RANG TA SHOU SHANG.