Wednesday, October 24, 2007

MENCARI HATI EMAS BUKANNYA MUDAH...

SESI MARI BERKENALAN...

Lately, bermula ngan dibah lepak rumah kitaorg sementara dia nak masuk rumah hari tu sampai la dia ngan housemate2nyer sekali kena kerahan tenaga serta diuji fizikal dan mental dengan kena menjaga dua org budak yg sentiasa aktif dan kadang2 terlebih gula, kitaorg dah makin close dengan 'the wilkos'. What started as 3 org anak angkat... nampaknyer sudah bercambah menjadi begitu meriah. kami begitu berbesar hati to get to know all of you. Sejuk perut mak korang dapat anak2 yg begitu baik, pandai lagi cerdik. ye.. pandai je tapi kurang cerdik pun tak buleh jugak. hehehehe....



THE 10 WILKOs GALS

dari kiri:

1. yg bertudung merah tu kak ngah kitaorg, Cik dibah jiha. Allah Maha Kaya kan... disini, berpuluh ribu batu jauhnya dari kampung halaman, den jumpo org kampung den la pulak haaa. La... ekau org astano rajo ko? omak kau sapo namo eh? uwan kau kek mano rumah eh? tu la kisah kenapa dia ni buleh jadik anak angkat kitaorg. Kalau tak patutnya org lain, disaat2 terakhir seblm nama di'announce' aku pi tukar dgn pengerusi majlis. Itu kesah setahun dulu.. masa tu dia jadik anak pompuan angkat sorang dan masa tu aku belum kenakan kerahan tenaga lagi kat dia..hehehehehe... ampun ye dibah.

2. yg tersangat comel, dan sangat suka senyum dan sangat suka basuh pinggan + anak sulung yg ada 7 adik tp rupa dia pun cam kanak2 tu Cik lea. mula2 kenal lea ni masa smsa buat family day. Dlm ramai2 kawan dibah yg dikenalkan kat aku, nama lea yg aku ingat. Walaupun budak lea ni kecik molek je orgnya tp dia sgt berani sbb bilik dia kat tingkat atas sekali... kat attic! lea..lea.. budak2 mana boleh dok bilik besar sangat... lagi satu, aku suka sangat model frame spek mata dia sampai aku ambik gambar pasal nak mintak mak aku tolong belikan yg cenggitu jugak. Lea, agak2 kalau aku pakai spek cam lea, aku buleh jadik comel jugak tak? (hahahahahahaha...sudahlah, tua x sedar diri).

3. dan yg bertudung biru tersenyum manja tu Cik zatil. Masa dia mula2 dibawak dtg rumah aku oleh dibah dulu, roy selalu kata dia anak angkat tiri. Takpe zatil... yg pastinya sekarang zatil dah lulus ujian ptk dan dah boleh naik tangga gaji. siap melintang lagi....... hehehe.. kalau roy mengata lagi, nanti kak nita rotan dia. biasa ni.... wpun adik selalu jawap NO bila zatil tanya "suka kak zatil tak", tp sebenarnya adik suka. mestilah suka sebab kak zatil sangat lemah lembut orgnya. Betul tak shahril? eh.. shahril la pulak.... betul tak adik? "BETULLLLLLLLLLL" kata adik.




THE 15 WILKOs GUYS

dari kiri:

1. ini syafiz. Dia nampak cam pemalu sket. tak tau la kan betul2 pemalu atau malu2 bila berdepan dengan budak2 rumah depan je. keskeskes... tapi hari tu masa kitaorg semua berasak cucuk sate sampai seribu lebih tu, laju je dia keja.. sesekali ada gak dengar dia buat lawak. ermmm... ada bakat terpendam nih agaknya.

2. ini Min. bebudak ni ckp dia ni walaupun umur belum masuk 20 thn tapi dah masuk 3rd yr akibat dari ke'terer'an nyer. huhuhuhuhuhu... bila la aku nak buleh jadik terer cenggitu. Min ni pun sangat comel dan sangat suka tersenyum. eh..eh.. macam lea la pulak. tak tau la dia suka basuh pinggan ke tidak kan, tp lea kata min masak mee goreng sedap. hehehehe..


3.haaa.... ini abbad. tak tau kenapa dia sangat ditakuti oleh adik. sian abbad tau adik.. abg abbad hensem apa. apapun abbad sangat cool orgnya, sbb tu la bebudak ni suka sakat dia. kadang2 dibah n the gang ada gak guna nama abbad utk takut2kan adik. misteri betul la.. nape ek adik takut sangat. abbad, ko cubit anak aku ek?

4.ooo... yg baju merah tu jejaka pojaan hatiku.. yg tu bukan the wilkos.

5.yg ini M. dia sangat pandai memasak sebab dia ada pisau kaler biru yg ajaib tu. hahahahaha.. ampun M. tp serius, dia mmg pandai masak dan pandai buat kopi apa ke nama nyer... caramel mochiota? entah, lebih kurang gitu la... lepas tu lagi satu aku baru perasan dia mmg suka pakai robe dia yg kaler pun biru jugak, sedondon dgn pisau dia tu. ermm.. misteri..misteri...

6.seterusnya adalah sani. hari tu dia ada ckp mcm interested nak jadik lecturer bila dah habis belajar. bagus la tu... org baik2 mmg elok sgt jadik pendidik, baru la anak murid pun jadi baik2 kan... kecik je orgnyer sani ni, tp hari tu larat dia angkat ayam sampai 20 kg masa nak buat sate kat rumah dibah. ooo... tulang besi ek sani? kecik2 cili api.

7.yg bersimpuh ayu je tu nuar. nuar ni buleh tahan gak lawaknyer. Ada je idea nyer.. nuar kekadang ada gak kena sakat ngan bebudak ni, tp takde la seteruk abbad. tapi takpe... abbad cool kan bad... lagipun kitaorg takut ngan nuar pasal dia ada bodyguard. lariiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!

8.last but not least, anak angkat aku yg sangat baik hati ni. hari tu kakak mengadu adik tendang dia masa dorang pegi park. aku tanya la kakak, " did abg apai scolded adik for being naughty?". "No" kata kakak. pastu kakak ckp " how can he be angry? he's a very kind person". ye, mmg betul pun.. budak apai ni sangat baik orangnyer. penyabar pulak tu esp bila kena melayan kerenah anak2 aku yg kekadang aku sendiri pun hangin. and he always know a way to make others feel special. ermmm... untung la sapa jadik isteri dia nanti. dengar kabar, orgnya dah ada setia menanti di tanah air tercinta, sebab tu la kekadang bila apai jiwang dia dengar lagu aishah dari pagi sampai malam... keskeskeskes.

KEGEMUKAN INI MENYESAKKAN....

our extended BIG HAPPY family. "raya with the wilkos". oohh.. apam je tiada dlm gambar


kakak posing ngan the '15 wikos'. takmo sebut dulu nama abg2 'hensem' tu. nanti citer pasal dorang kat entry yg lain. hint: adik paling takut dgn yg baju hijau tu...hahahaha

yg hensem berbaju melayu merah tu suami saya yg ter'shinter'. hehehe... sayang abang.


with fadzlin n sal. mereka ini bukan setakat kawan,
mereka ini juga sahabat saya. I'm honoured to get to know them.


our BIG HAPPY family. abg apai, abg roy, ayah sambil dukung adik, ibu, kak dibah, kak shafiyyah, kak lea n kak zatil.


yea... adik dpt present. i want to open it.. i want to open it...


adik dgn penuh semangat dan penuh air liur tiup kek dia. Bagus jugak bebudak ni letak lilin tu kat tepi je, takde la tempias byk sgt kat kek.


4 dara dan 2 jejaka idaman malaya....dibah, lea, zatil, shafiyyah, ajmal n hadi.


menu masa bday adik... tak menangis korang tengok, makan bufet kat hotel pun belum tentu semeriah tu.. hahahahaha, saje je sedapkan hati sendiri pasal dah lama tak berpeluang pi makan bufet ramadhan.


yg ni time bday adik. Alas meja pun beli yg thomas.
decoration belon tu hasil sentuhan ibu..


bunga ni from zatil n roy. Terus letak dlm vase kristal ku yg paling cantik...


drake and josh... huhuhuhu.. apai ngan roy sebenarnya.
tengah bertungkus lumus menyiapkan decoration.


ibu tgh potong kek sambil tersengih kegembiraan. (besar sgt kek sampai kena letak atas talam)

'dah makan banyak, mmg la gemuk'; begitu kata suamiku. huh.. benci la!
ini kesah ramadhan baru2 ni. Banyak sungguh peristiwa yg membuatkan aku terharu. Things that make me realised more and more how much I am loved by people around me. I knew they love me (hehehehe), I just didn't know they love me as much as they do. Ye, betul.. kalian boleh mula berasa jeles sekarang! keskeskes...

1. Bday saya.
suamiku itu buat2 donno je. huhuhuhuhu... takde card pun. At least org belikan abg card tau masa bday abang wpun lmbt sehari. hehehehe... tapi Sal dah cover line dgn membeli sebiji kek coklat yg comel dan sedap. tenkiu Sal atas ingatan itu, in fact sangat2 tenkiu sebenarnya.


Sehari selepas tu, pegi keja macam biasa, balik dah dekat kol 6 tapi masih ada hati nak jemput platinum member bukak posa kat rumah. Maka cik dibah jiha yg bertugas menjaga adik dan kakak dah ditugaskan juga utk masak nasik lemak. Aku pulak siap balik awal sket pasal takut dibah masak sendiri sambal udang
(sori aaa... hehehehehe...).

On the way, masa kat atas bas nampak roy ngan zatil kat bus stop, dlm hati ku 'nak gi mana budak berdua tu?' ermmm....
sampai kat rumah, bila ketuk pintu si dibah bukak.. pastu dgn muka blur dia terpaku 5 saat. lepas terpaku...dummmmmm! dibah tutup pintu sambil jerit2. Aisehh, apahal budak ni.. ? Rupanya dorang sumer dah berpakat nak buat surprise utk bday aku. laaaaa.... awat tak habaq, kan dah surprise tak jadi.

Apapun, semuanya menjadi kembali ceria, dengan kek coklat yg sedap, dengan belon (tp adik kata abg pai beli utk dia..huhuhuhu), dengan jambangan bunga (abg, sila take note ok..), dgn hadiah rantai dan bracelet, dgn customize button, paper bag dan yg paling buat aku rasa bangga adalah pelekat 'best mum' tu.
(p/s: tenkiu jugak utk fadzlin yg kasik hadiah rantai yg terus aku pakai minggu depannya tu... hehehehe... tak sabor nak tunggu raya)



2. Bday adik.
Budak kecik yg sangat suka Thomas ni ada buat bday party kecil2an utk platinum member yg bertemakan 'serba serbi musti Thomas'. Kek Thomas yg harganya kalau convert duit RM dekat nak 70 hinggit tu ditaja oleh dibah, lea and zatil. Pastu adik pun dapat byk hadiah... abg apai kasik keta buleh lukis2 suka hati trek dia, abg roy kasik trek thomas dalam buku, hadi kasik jumper, maisarah yg comel kasik action man, adam pulak kasik 'spenda' thomas, pastu dapat pulak 3 bijik buku thomas dari zatil n the gang. meriah... meriah... tenkiu yg teramat pada semua sebab berjaya buat adik sangat2 gumbira malam tu. It means a lot to me.... Dan kredit utk apai yg belikan kakak hadiah jugak. The look in her eyes when she got it from apai is simply priceless, for everything else.. there's always natwest card; tu pun kalu tak terlebih overdraft. ahakssss!


3. Raya time..

Raya tahun ini came as a surprise for we didn't expect it would be on friday. yess.. terkejut badak juga la dibuatnya. Malam tu baru ingat nak angkut gadis2 manis 10 wilko utk buat kuih raya kat rumah, alih2 jadik mlm raya la pulak. Terus tukar plan dengan prepare utk hari raya. Malam tu kol 4.30 pagi baru tido. kesian dibah, zatil n lea... kena kerahan tenaga!.



paginya tu wpun ala2 tak cukup tido tp masih la tetap vogue kan nak beraya. cuma sekali lagi kesian kat 3 dara pingitan tu... borak2 dlm bas masa on the way nak pi semayang raya sampai terlepas ke city centre. aduhai.... cair mekap.
balik semayang raya, pi beraya rumah sal pastu balik tido mengumpul tenaga utk masak mlmnya sbb kitaorg di balfour rd ni sepakat nak buat rumah terbuka hari sabtu tu.


malamnye sempat lagi pegi beraya kat 15 wilko. 'M' yg ada org ckp dpt gelaran 'the most charming senior' tu mmg pandai masak. Balik tu baru la nak masuk dapur sambung masak yg tergendala coz pi beraya dulu kan. Menunya tak agak2 nih... nasik dagang tengganu ngan kuah kacang, nasik impit ngan sate. apa lagi....3 dara tu la yg dikerah mencucuk sate ngan membakar sate sampai kol 3 pagi. huhuhuhuhu... lepas masak jgn lupa carik kayu api!!!!!!



tetamu toksah citer la, punya la ramai sampai tak kering tangan dan tak menang tangan dibah n lea. Mmg takde can langsung nak pi beraya rumah tetangga. Nasib la sempat gak b4 diserbu tu kami pi makan nasik kerabu yg amat sedap kat rumah kina. sampai malam masih berduyun2 tetamu....perghh.... buleh tahan gak la letihnyer. last2 pukul 9 lebih kitaorg dah tutup rumah coz semua dah pengsan.


Letih mmg la letih, tapi membahagiakan. Bila tgk dibah n lea n zatil bertungkus lumus tolong kat dapur, sayu rasa hati. Ada juga org yg sanggup bersusah payah menolong sampai macam tu sekali. Pada korang bertiga, aku mmg rekemen la sapa2 nak buat korang jadik menantu.. hehehehehe.
Nak buat jadik adik ipar, adik aku tu mcm dah kertu sangat je nak dipadankan ngan korang.. hahahahahaha! ampun Ta! jgn sumpah kekander mu ini menjadi peti ais 3 pintu.

p/s: flowers that bloom in adversity is the most rare and precious of all. -MULAN-

Wednesday, October 10, 2007

ANAK BULAN DAH NAK NAMPAK ..YEAH..YEAH..

ni gambor masa pi zoo kat blackpool hari tu.. mmg susah nak dpt gambar yg semua org ready pasal tempoh bertenang adik cuma 3 saat sahaja....hahahaha


sorang jadik tiger, sorang lagik lion pastu yg paling cool sekali budak kecik yg jadi zirafah tu.... mari kita teka siapa mereka..... hehehehe, rasa nak cubit kan; pipi zirafah yg amat kiut itu.



SEMPENA HARI LEBARAN YG DAH TAK BERAPA HARI JE LAGI NI, KAMI SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA:

AYAHANDA DAN BONDA TERCINTA, EN. KAMAROLZAMAN DAN PN. ASMA; DINDER2 KU SEKELIAN, ATA & APIN YG SEDANG BERBAHAGIA DI NEGERI TERENGGANU YG KU RINDUI ITU;

MAK DAN AYAH, DANG & FAMILY, ATI, MAN, BIBI & DEDEK DI KUCHING;

PAK LONG & FAMILY KAT KELANA JAYA, UNCLE GEMUK & FAMILY KAT NILAI, SERTA SEMUA SEKALI SANAK SAUDARA SAMADA YG RAPAT, YG KENAL, YG AKU TAK BERAPA NAK KENAL...HEHEHEHE,bukan apa, ramai sangat sanak saudara bertebaran di seluruh malaya sana..dari utara sampai ke selatan, dan semenjak jadi isteri ni, dah menjangkau ke malaysia timur pula.

UTK BESPREN KU IN THE WORLD, CIK KUNA & FAMILY; FREN2 YG LAIN WHEREVER THEY ARE, yg masih K.I.T, yg dah tak tau mana pegi, dari sekolah rendah (SRTB rocks!!!), bebudak x-MRSM Kerteh, x-MRSM K.T, member2 kat USM (chen, somehow aku sokmo teringat ke mung...), pendek kata semua lah...nak sebut satu2 macam tak logik pulak;

DEAR AND 'UNDEAR' (huhuhuhuhu) COLLEAGUES kat UTEM, DEAREST AND COOLEST COLLEAGUES IN THE WORLD: SEPOL, UMA, IJA, KAK MIZAH, KHAZI, KAVITA, YAMUNA...;

FOR THOSE YG SELALU SUDI KESINI, yg tinggalkan comment, yg tak tinggalkan bukti...;
UTK KENGKAWAN SEPERJUANGAN DISINI, INSYAALLAH KITA RAYA SAKAN TAHUN NI SBB RAYA KENA TIME WEEKEND...menu dah ada dah ni, barang2 nak masak dah beli, assistant2 dah booking (bebudak 10 wilkinson st. yg baik hati dan comel2 belaka... keskeskes..), ANAK2 ANGKAT THAT MAKES US A BIG HAPPY FAMILY;

UTK SEMUA UMAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT..........


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


p/s- tahun ni tak hntr kad raya coz tulis dah last minute pastu royal mail mogok tak nak keja, huhuhuhuhuhu......................