Tuesday, March 10, 2009

CERITA CERITIT......

sebelum pegi sekolah, tengok2 salji dah agak banyak kat luar. Bukan selalu kat sheffield ni turun salji tebal.. selalu tu sampai ke tanah dah cair...


tgk ayah buat apa kat adik.. dia baling adik ngan snow ball pasal adik easy target. sian baby ibu kan... biasa dia ayah ni..


gambar seperti remaja2 di frenster. kuang3


our house backgraden view. Dalam gambar nampak cantik kan... yg sebenarnyer takde la cantek mana pun... tambah dengan sejuk beku... huhuhu.. sakit lutut acik ni haaa


tersangatlah perasan macho walaupun nan ado.. hahaha


adik with his angelic smile


ibu wif kakak.. pose dalam snow yg tgh turun... tersangatlah terasa obersea kan... hahaha

-----------------------end of snow pics---------------------



ni masa mula2 sampai kat auditorium di university of leeds. omak2 sumer tengah bz breakfast kot masa ni. anak2 buat aktiviti berlari2an sesedap rasa sebelum ditenangkan dengan crisps sorang satu



lagu first, palestina tercinta.. towards the end of the song, anak2 masuk bawak bendera palestine. Terus je dapat tepukan gemuruh.. terus je omaknyer pulak yang terasa artis gitu.. hahaha..



b4 our second song, theres a dialogue bet. shafiyyah and me... shafiyyah punya la steady, ibunya maintain nerbes la kan.. tak nerbes kang, tak ibu la pulak... masa ni adik masih dalam barisan, afterwards masa kakak tgh nyanyi, dia pegi kat tepi kakak buat2 muka blur dan terus dgn selamba badaknya bergerak keluar pentas dan duduk kat kerusi... apa laa adik.



shafiyyah dengan gaya tersendiri. That pink anak tudung was specially bought for this event ok... tudung pink tu ibu punya la. yes! girl power! Everyone thought our performance was sweet, hence the 'best performance award'.. hehehehe... I'm pretty sure most of the votes came bcoz of the kids, plus we're the only postgrad group in the competition. suara memang la ala2 jer pun.. tapi semangat yg penting. Dan yang lebih penting, sambil menyanyi, sambil menyampaikan mesej yg baik ke arah membentuk individu islam yg mantap... inshaAllah

---------------------------end of nasheed pics----------------------------

there it is.. part of our many activities here. I owe this post to my parents. Mama and papa, sorilah gambar seciput je, ni pun cilok dari facebook member (credit to Jan).

Sibuk jugak sekarang ni.. study pun tgh bz jugak, dengan ada alat yg on loan pastu dah kena jual nyer.. adussss! terpaksa la berkejaran dan berebutan bersama yg lain utk perabih test sample2 yg ada. Ditambah pulak dengan keadaan sekarang yg asek loya jer.. opppppssss!

But on top of it all, life is good.. Alhamdulillah. Sometimes tight, sometimes under pressure, sometimes depressing... but all in all its still much better compared to those who are less fortunate. All the obstacle makes me 'a stronger and with more perseverence' me. Yang penting SABAR. InshaAllah, Allah plans is the best.

Dekat sini ramai jugak antara kami yg diuji dengan dugaan dari segi kesihatan, kematian dan sebagainya. But of course along with that, there are bundles of joy too.. ramai woooo yg dapat baby semenjak tahun lepas, berderet-deret tak putus lagik nih... hujung tahun ni pun dah ada sorang booking, inshaAllah. opppppppsssssss lagiiiiiiiiiiiiiii!
Cuma kita ni sebagai hambaNya, bila ditimpa musibah atau diberi ujian, janganlah cepat melatah, pastu tgk kiri kanan mencari org lain utk dipersalahkan. Apatah lagi kalau sehingga boleh membawa fitnah kepada org yg tak bersalah...huhuhu.. tak betul tu. Kita cermin2 diri kita dulu lah. Apa salah aku? dimana kurangnya iman aku? kalau ada benda yg orang lain buat tak betul sekalipun, kita atasilah dengan berhemah... nak berdakwah dan berbuat baik pun kena ada akhlaknya. Tak boleh main hentam keromo saje... tak gitu?
InshaAllah kalau hati kita ikhlas, tentulah Allah akan permudahkan. Dalam kita nak memberi teguran, jangan sampai mengaibkan orang. Perhalusilah... kenalilah... wallahualam.


owhhhh.. ada je lagi benda nak tulih sebenarnya, tapi seriussss sudah tersangat sleepy head. But at least I do make another post with pics to quench all the 'rindu dendam' atok and uwan. This weekend ada sheffield games, our usrah group is going to open a stall with mouth watering authenthic delicacies... most originated from pantai timur: nasi dagang, nasi kerabu, laksam, rojak buah, cendol pulut and lots of kuih muih. But mama dearie, don't panic ok, coz' I will only be the tukang tunjuk2 je sebab tgh meloya skrg nih.. hehehe walaupun still in charge of nasi dagang as usual.. tp kali ni ada ramai assistants. :D

okeylah, before I slump on this keyboard and doze off, better go now. Katil sudah memanggil.. daa.

wassalam