Wednesday, May 27, 2009

Cerita sempena layout baru

kakak baru bangun titon. Wiken ni kakak dah nak kena pindah kat top bunk sebab nak kasik adik tido kat katil bawah. Ini semua persediaan utk menerima 'adik' terbaru. hehehe...
mula2 adik offer diri nak tido katil atas, tp cam tak caya jer, takut melingkup ke bawah tgh2 malam. lagipun adik selalu bangun malam and self servis naik atas katil ibu.



Ini adik (yg tak lama lg akan jadi abg ajmal). Bangun pagi dia terus mengadap komputer sambil mimik dan setia ditemani oleh barney busuknya. sila lihat betapa khusuknya barney tgk masterji main bobinogs.


entri ni sengaja dibuat sempena layout baru blog anitakema nih. Penukaran layout nih abangde yg buat (tp saya yg pilih sendiri) sebab saya mmg lembab tahap cipan kalu bab2 cenggini.
Ada byk benda nak citer, citer sedih, citer suka, citer biasa2.. citer rasa nak marah pun ada, tp takmo lah citer yg tak best. Nanti kalu tensen2, boleh depress plak.

eh jap, comel kan layout baru blog saya... adalah begitu anita sekali. Comel dan ceria. (ok..ok.. tak comel sgt pasal dah tua, tp tetap ceria kannnn... wpun kekadang menangis didalam hati...)

Morning sickness saya dah ok skrg, at least takde la melepek je. Jadinya rumah saya pun dah tak berapa tongkang pecah sgt dah. keadaan semakin terkawal nampaknya. Tapi belum lagi kembali seperti sediakala, esp tang bab kain baju yg mmglah sentiasa melambak2 kan. Ditambah pulak ngan anak teruna saya tu asek je nak tukar seluar baju tanpa sebab. sikit2 cakap dia tak cool, pastu senyap2 pi tukaq baju. Ntah cemana yg cool pun ibu tak tau.

Si anak dara plak, terlebih kreatif. Dia mmg suka amat gunting2 kertas, buat mcm2 projek craft. Tapi yg hanginnya segala sampah sarap tinggal je bergolek atas lantai. Aduhai.. tak bagi kang, menyekat kreativiti plak, dibiarkan boleh buntang bijik mata ibu.

owhh.. tiba2 hilang idea.

Hari ahad lepas adalah sangat best. Cuaca panas cam kat Msia ok.. pagi2 kitaorg pegi carboot jap. siap jam tu b4 masuk entrance carboot tu. Ada la beli baju baby sikit2 pasal tak tau lagi baby boy ke gal. Minggu depan baru nak pegi scan. Bali dari carboot singgah morrison sat beli ikan mackerel beberapa ekor. Sampai rumah terus je operasi "Nyah Baju". hahaha.. banyak giler dowh baju tak basuh. Jadi kami laki bini sibuk la menyidai baju2 yg terbelangkai sampai tengahari. Cadangnye lepas jemur baju nak bakar ikan, tapi... keletihan la pulak. Terus je bentang carpet kat luar dan tidor dibawah cahaya matahari. Ala2 sub bathing gitu... haha. Tapi yg bebenornya siap pasang apa ke nama payung besor tu sebab tak tahan la panas sangat.. (ahh.. mengadanya bunyi..)

Bangun tido pakat makan buah melikai. Tak potong, main korek2 pakai sudu jer.. fuhhh, heaven tau. Dah puas tido, makan buah, sidai kain, kemas rumah sket... dah petang dalam kol 6 baru la kitaorg start bakar ikan. Yang fabulus nya, siap ada budu cap keterehhhhhhhhhhh. Ya Allah, mmg sedap banget sih makan budu. (budu adalah ihsan dari zana and sob). Perghhh, tak Msia lagi ke tu.. bersila kat luar rumah makan nasik ngan ikan bakar cicah budu. Tinggal lagi mmg bukan kat Msia la..huhuhu.

oklah, tu jer la nak cerita. Nak siap2 gi school plak ni. Lambat dah ni. Salam.


note: Cik Kuna, aku sgt rindu dekat awak. Tahukah awak aku amat tersiksa adanya hidup diperantauan ini? Tahukah awak...