Wednesday, December 09, 2009

RINDU

PERNAH TAK TIBA-TIBA RASA RINDU?

Saya rindu nak pulang ke tanah air tershenta... (tp belajau belom habis lagik)

Saya rindu nak bersantai di pantai sambil makan sotong dan ikan goreng tepung... (tp saya masih terperangkap dlm kesejukan di negeri sejuk beku ini)

Saya rindu pada arwah papa saya... (tp arwah sudah tiada, saya tidak boleh mengada-ngada mcm dulu lagi; Al-fatihah utk arwah)

Saya rindu nak berkelah bawah pokok belakang masjid terapung... (tp things would never be the same again... walaupun pokok dan masjid itu masih tetap disitu)

Saya rindu nak outing berdua je dgn my other half... (tp skrg anak saya sudah berderet, nak makan kat rumah sama-sama pun payah... mcmana nak keluar dating)

Saya rindu nak golek2 dengan bespren saya in the world... (tp dia tgh sibuk disana, saya tgh pening disini; berckp kat telefon pun jarang... mcmana nak pegi shopping2)


SAYA RINDU PADA BANYAK ORANG, SAYA RINDU PADA MACAM-MACAM BENDA... MAKA KERINDUAN INI SAYA KUMPUL DAN ADUN MENJADI KEKUATAN YANG SANGAT-SANGAT SAYA PERLUKAN. INSHAALLAH. DOAKAN SAYA.



note: I may not be wealthy, but I'm blessed with so many people who love me, who stay with me thru thick and thin. For that, I'm forever thankful to the Al-Mighty.