Friday, November 21, 2008

ANTARA YG PERGI DAN YG DITINGGALKAN

PERIHAL SEMALAM...

Dalam entry yg lepas saya ada bercerita mengenai adik fahmi yg dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti meningitis. Ramai yg berdoa supaya adik fahmi sihat seperti sediakala, akan tetapi Allah lebih menyayanginya. Allahyarham adik fahmi telah meninggal dunia pada petang hari rabu dalam usianya 3 bulan. Allahyarham adik fahmi telah selamat dikebumikan kira-kira pukul 3.30 petang hari khamis. InshaAllah, dapat kita sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarham. AL-FATIHAH.




DAN HARI INI...

Hari ni pula, kedua ibu bapa saya telah berangkat pulang ke tanahair. Masa dekat airport tadi mmglah sedih, but not until we got back home that everything start sinking in. Sedih ada, sayu pun ada... dah 3 bulan mereka disini, I already get used to come back home with the sounds of adik 'pong pang' fighting with his atok and uwan calling kakak every evening for mengaji time.
Now its back to the four of us in this sejuk beku world. *sigh* 
Semoga perjalanan kedua ibu bapa saya sentiasa dibawah lindunganNya. 

I really need to drag myself to work as hard as I possibly could now... I really need to try and fall in love with this phd thing... *sigh..again* or maybe pretending to be madly in love would do?

I pray to Allah for the strength... please Allah, show us the way.



note: in search of equilibria, making mistakes are inevitable. To my surprise, after 3 years.. I think somehow I will miss this place one day. All the torns and sweet petals of journey of life, and how it makes me a better me...


Monday, November 17, 2008

ANTARA REZEKI DAN DUGAAN

ANTARA REZEKI DAN DUGAAN...


Beberapa hari yg lepas, ada satu family yg baru sahaja sampai ke bumi sheffield ini telah ditimpa dengan dugaan yg amat berat. Anak pasangan ini yg baru nak masuk usia 3 bulan telah dimasukkan ke ICU kerana dijangkiti meningitis. Bacteria yg menyebabkan penyakit berikut telah menyerang bahagian otak adik fahmi. Buat masa ini keadaan masih kritikal dan doktor sedang mencuba utk mencari jalan bagi merawat penyakit adik fahmi.


Terkini, adik fahmi akan menjalani ujian MRI setelah ujian2 lain seperti CAT scan gagal membantu para doktor dalam usaha memulihkan adik fahmi. Besar harapan kedua ibu bapa adik fahmi supaya kita dapat membantu mendoakan agar adik fahmi dapat sembuh dan sihat seperti sediakala.


Maka, saya dengan rasa rendah hati ingin meminta jasa baik sahabat2 semua supaya dapat bersama-sama mendoakan kesihatan adik fahmi pulih secepat mungkin. InshaAllah dapat kita doakan agar kedua ibu bapanya juga tabah menghadapi saat2 yg getir ini. Doakan yg terbaik utk mereka. Doakan yg terbaik utk kami semua disini yg jauh di perantauan. Ameen.


nota: Melihat keadaan adik fahmi sebentar tadi, luluh hati ini. Tak terbayangkan gelisah hati ibunya.