Monday, November 17, 2008

ANTARA REZEKI DAN DUGAAN

ANTARA REZEKI DAN DUGAAN...


Beberapa hari yg lepas, ada satu family yg baru sahaja sampai ke bumi sheffield ini telah ditimpa dengan dugaan yg amat berat. Anak pasangan ini yg baru nak masuk usia 3 bulan telah dimasukkan ke ICU kerana dijangkiti meningitis. Bacteria yg menyebabkan penyakit berikut telah menyerang bahagian otak adik fahmi. Buat masa ini keadaan masih kritikal dan doktor sedang mencuba utk mencari jalan bagi merawat penyakit adik fahmi.


Terkini, adik fahmi akan menjalani ujian MRI setelah ujian2 lain seperti CAT scan gagal membantu para doktor dalam usaha memulihkan adik fahmi. Besar harapan kedua ibu bapa adik fahmi supaya kita dapat membantu mendoakan agar adik fahmi dapat sembuh dan sihat seperti sediakala.


Maka, saya dengan rasa rendah hati ingin meminta jasa baik sahabat2 semua supaya dapat bersama-sama mendoakan kesihatan adik fahmi pulih secepat mungkin. InshaAllah dapat kita doakan agar kedua ibu bapanya juga tabah menghadapi saat2 yg getir ini. Doakan yg terbaik utk mereka. Doakan yg terbaik utk kami semua disini yg jauh di perantauan. Ameen.


nota: Melihat keadaan adik fahmi sebentar tadi, luluh hati ini. Tak terbayangkan gelisah hati ibunya.

2 comments:

Suzi said...

semoga adik fahmi cepat sembuh dan mak dan ayahnya tabah hadapi dugaan Allah ini....berat dugaan ni byk2lah bersabar dan berdoa....

Sastri said...

ya Allah... kesian adik fahmi... semoga dia cepat sembuh dan kedua orang tuanya diberikan ketabahan dan kesabaran untuk menghadapi ujian ini... I pray that everything will be alright for them... ameen...