Monday, December 01, 2008

BILA POKOK SUDAH TIDAK ADA DAUN...

Musim sejuk datang lagi...

ye, musim sejuk beku sudah datang lagi. Katanya sana sini sudah ada snow.. nampaknya bumi sheffield ni belum lagi. Tapi sejuknya sudah sampai ke tulang. Saya sudah siap beli winter coat yg ala-ala abominable snowman. Memang la tak hip dan stylo... tapi dari sakit habis tulang temulang saya ni , gasak la tak stylo pun. Lemak banyak pun tak jalan kalu sejuk cenggini...

Sudah la sejuk sampai rasa kebas jari jemari, cik abang pulak kerja shift malam. Tiap-tiap hari pulak tu. 5 hari seminggu, 6 petang sampai 6 pagi. Tinggal la saya dgn anak-anak mengharungi malam yg panjang. Betul... panjang ok malam sekarang. Belum pukul 6 petang sudah masuk waktu ishak. By the time pukul 9 malam sudah rasa mcm pukul 2 pagi. Tapi cik abang saya lagi kesian, kena keja sedangkan saya masih boleh layan sejuk dengan bergulung dalam duvet. Takpe bang, berusaha! hehehe....

Setiap kali mengharungi sejuk keding-ding ni (istilah ni saya reka sendiri, maknanya boleh berubah sesedap hati), saya mesti berharap dan berdoa.."Ya Allah; mintak2lah summer tahun depan menjadi, ameen"
Cuma tinggal lagi kena tabah hati la nak tunggu summer, makan setengah tahun jugak tu. Harap dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, ameen.

ermm..begitulah. Org nak datang sambung belajar kat UK, awak nak jugek. Masa lom sampai hari tu bukan main menggelitik tak sabor nak datang. Ate orang lain boleh tahan sejuk , awak menggelitik lagi sakit lutut, sakit urat. Bebudak ni jer yg macam tak tau sejuk. Entah macamana boleh jadik kebal sangat tak tau le...


Tapi apapun, tak sabar gak tunggu kot2 snow . Ye lah.. barulah senang hati saya nak bergolek2 dlm snow pasal dah ada coat baru saya tu. Tgk forecast kata lusa diramalkan heavy snow. Kena la pakai coat tebal saya tu tiap2 hari gitu, kang terlepas pulak kalau tiba2 snow masa saya kat school. Takkan nak berlari balik ambik pulak kan.. tak logik la pulak. hahaha..
ermm.. nak kuarkan siap2 lah... hahahahahaha. Gilo.



nota:
kepada adinder saya yang saya sayangi walaupun dia suka bertekak ngan saya pasal kadang2 dia takmo dengar cakap , cik Atika Wafin; SELAMAT ULANG TAHUN KE-18
Semoga apa yg terbaik saja utk kamu wahai dinder, in this life and hereafter.Kekander mu ini, memanglah kadang2 cengir tetapi sentiasa mengharapkan yg terbaik utk adik2nya.

oh, utk en. Muhaimin; SELAMAT ULANG TAHUN KE-21 walaupun dh terlambat beberapa hari. Utk en. muhaimin pun kami doakan yg terbaik juga, in this life and hereafter.
ehh.. tersama pulak wishes. Takpelah, sekalilah.

8 comments:

aNIe said...

Salam anita...wah!! kat sana dah mula snow ke?...Anak kecik akak ni selalu merengek nak tengok snow...nak main2 snow...abih kalau pegi tengok wayang kene aircond sikit dah tak tahan sejuk...camaner tu?

Selamat Hari Ulangtahun buat Atikah...

Anita...jgn lupa amik gambar tgh golek2 kat snow nanti ye...heheheh

Anonymous said...

wah wah wah..
ada orang tak tahn sejuk,maklumla lemaknya sikit.kalau aku gamaknya..tak payah beli coat le..rileks je golek golek dalam snow sebab lemak bergantang-gantang...

cikdinz said...

tak sabar nak jumpa snow ye.
nak jadi snow white ke hapa...hehehe...

anita kema said...

kak anie,
awal pagi td snow dah pun turun...p by the time pukul 9 pg semua snow dh cair psl hujan turun. yg tinggal cuma dia punya sejuk jer...
kak, kalau teringin nk main snow, meh ler dtg sini. kita pegi golek2 atas snow... tengok sapa beku dulu. hahaha..

awak,
kalau lemak aku ni seciput jer, takde la aku tertekan cenggini! lgpun byk mana sgt la lemak awak tu.. lain la kalu sama tebal ngan lemak walrus..hahahahahaha...

cik dinz,
ada gak teringin nak jd snow white.. tang bila ada prince dtg rescue tu..hehe..

Min said...

hoho... nampaknye kak nita dah ade plan nak golek2 sampai jadik snow woman... :P

Sastri said...

takleh imagine kalau sas kat sana musim sejuk... sedangkan kat Oz sekejap baru nak masuk musim sejuk, suhu 14 celcius pun dah tak tahan... err... sekarang ni pun kat ofis, e-kon dia pun sas tak tahan... camana la nak sambung belajar kat negeri omputeh nih... huhuhu...

kingbinjai said...

bessla

Anonymous said...

I founded your post on other lang

פסיכומטרי
קורס פסיכומטרי
לימודי פסיכומטרי