Wednesday, October 24, 2007

MENCARI HATI EMAS BUKANNYA MUDAH...

SESI MARI BERKENALAN...

Lately, bermula ngan dibah lepak rumah kitaorg sementara dia nak masuk rumah hari tu sampai la dia ngan housemate2nyer sekali kena kerahan tenaga serta diuji fizikal dan mental dengan kena menjaga dua org budak yg sentiasa aktif dan kadang2 terlebih gula, kitaorg dah makin close dengan 'the wilkos'. What started as 3 org anak angkat... nampaknyer sudah bercambah menjadi begitu meriah. kami begitu berbesar hati to get to know all of you. Sejuk perut mak korang dapat anak2 yg begitu baik, pandai lagi cerdik. ye.. pandai je tapi kurang cerdik pun tak buleh jugak. hehehehe....



THE 10 WILKOs GALS

dari kiri:

1. yg bertudung merah tu kak ngah kitaorg, Cik dibah jiha. Allah Maha Kaya kan... disini, berpuluh ribu batu jauhnya dari kampung halaman, den jumpo org kampung den la pulak haaa. La... ekau org astano rajo ko? omak kau sapo namo eh? uwan kau kek mano rumah eh? tu la kisah kenapa dia ni buleh jadik anak angkat kitaorg. Kalau tak patutnya org lain, disaat2 terakhir seblm nama di'announce' aku pi tukar dgn pengerusi majlis. Itu kesah setahun dulu.. masa tu dia jadik anak pompuan angkat sorang dan masa tu aku belum kenakan kerahan tenaga lagi kat dia..hehehehehe... ampun ye dibah.

2. yg tersangat comel, dan sangat suka senyum dan sangat suka basuh pinggan + anak sulung yg ada 7 adik tp rupa dia pun cam kanak2 tu Cik lea. mula2 kenal lea ni masa smsa buat family day. Dlm ramai2 kawan dibah yg dikenalkan kat aku, nama lea yg aku ingat. Walaupun budak lea ni kecik molek je orgnya tp dia sgt berani sbb bilik dia kat tingkat atas sekali... kat attic! lea..lea.. budak2 mana boleh dok bilik besar sangat... lagi satu, aku suka sangat model frame spek mata dia sampai aku ambik gambar pasal nak mintak mak aku tolong belikan yg cenggitu jugak. Lea, agak2 kalau aku pakai spek cam lea, aku buleh jadik comel jugak tak? (hahahahahahaha...sudahlah, tua x sedar diri).

3. dan yg bertudung biru tersenyum manja tu Cik zatil. Masa dia mula2 dibawak dtg rumah aku oleh dibah dulu, roy selalu kata dia anak angkat tiri. Takpe zatil... yg pastinya sekarang zatil dah lulus ujian ptk dan dah boleh naik tangga gaji. siap melintang lagi....... hehehe.. kalau roy mengata lagi, nanti kak nita rotan dia. biasa ni.... wpun adik selalu jawap NO bila zatil tanya "suka kak zatil tak", tp sebenarnya adik suka. mestilah suka sebab kak zatil sangat lemah lembut orgnya. Betul tak shahril? eh.. shahril la pulak.... betul tak adik? "BETULLLLLLLLLLL" kata adik.




THE 15 WILKOs GUYS

dari kiri:

1. ini syafiz. Dia nampak cam pemalu sket. tak tau la kan betul2 pemalu atau malu2 bila berdepan dengan budak2 rumah depan je. keskeskes... tapi hari tu masa kitaorg semua berasak cucuk sate sampai seribu lebih tu, laju je dia keja.. sesekali ada gak dengar dia buat lawak. ermmm... ada bakat terpendam nih agaknya.

2. ini Min. bebudak ni ckp dia ni walaupun umur belum masuk 20 thn tapi dah masuk 3rd yr akibat dari ke'terer'an nyer. huhuhuhuhuhu... bila la aku nak buleh jadik terer cenggitu. Min ni pun sangat comel dan sangat suka tersenyum. eh..eh.. macam lea la pulak. tak tau la dia suka basuh pinggan ke tidak kan, tp lea kata min masak mee goreng sedap. hehehehe..


3.haaa.... ini abbad. tak tau kenapa dia sangat ditakuti oleh adik. sian abbad tau adik.. abg abbad hensem apa. apapun abbad sangat cool orgnya, sbb tu la bebudak ni suka sakat dia. kadang2 dibah n the gang ada gak guna nama abbad utk takut2kan adik. misteri betul la.. nape ek adik takut sangat. abbad, ko cubit anak aku ek?

4.ooo... yg baju merah tu jejaka pojaan hatiku.. yg tu bukan the wilkos.

5.yg ini M. dia sangat pandai memasak sebab dia ada pisau kaler biru yg ajaib tu. hahahahaha.. ampun M. tp serius, dia mmg pandai masak dan pandai buat kopi apa ke nama nyer... caramel mochiota? entah, lebih kurang gitu la... lepas tu lagi satu aku baru perasan dia mmg suka pakai robe dia yg kaler pun biru jugak, sedondon dgn pisau dia tu. ermm.. misteri..misteri...

6.seterusnya adalah sani. hari tu dia ada ckp mcm interested nak jadik lecturer bila dah habis belajar. bagus la tu... org baik2 mmg elok sgt jadik pendidik, baru la anak murid pun jadi baik2 kan... kecik je orgnyer sani ni, tp hari tu larat dia angkat ayam sampai 20 kg masa nak buat sate kat rumah dibah. ooo... tulang besi ek sani? kecik2 cili api.

7.yg bersimpuh ayu je tu nuar. nuar ni buleh tahan gak lawaknyer. Ada je idea nyer.. nuar kekadang ada gak kena sakat ngan bebudak ni, tp takde la seteruk abbad. tapi takpe... abbad cool kan bad... lagipun kitaorg takut ngan nuar pasal dia ada bodyguard. lariiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!

8.last but not least, anak angkat aku yg sangat baik hati ni. hari tu kakak mengadu adik tendang dia masa dorang pegi park. aku tanya la kakak, " did abg apai scolded adik for being naughty?". "No" kata kakak. pastu kakak ckp " how can he be angry? he's a very kind person". ye, mmg betul pun.. budak apai ni sangat baik orangnyer. penyabar pulak tu esp bila kena melayan kerenah anak2 aku yg kekadang aku sendiri pun hangin. and he always know a way to make others feel special. ermmm... untung la sapa jadik isteri dia nanti. dengar kabar, orgnya dah ada setia menanti di tanah air tercinta, sebab tu la kekadang bila apai jiwang dia dengar lagu aishah dari pagi sampai malam... keskeskeskes.

10 comments:

Anonymous said...

nita... extended family awk kat sheffield ni rasanya boleh masuk malay sheffield record...meriah!

Anonymous said...

ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku..
bila ku berduka..engkau hiburkan hatiku..
ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku...(bace blog kak nita smbil nyanyi lagu ibu oh ibu..hihi)

Anonymous said...

hoho siap ade sesi mari berkenalan lagi. dasyat tu ibu :D saya pun amatla bersyukur lagi berbangga mendapat ibu angkat yg sungguh baik hati lagi cute mcm ni. hehehe.

cikdinz said...

seronok nya ramai anak angkat ye.
bertuah bebudak tu. dah lah pandai, cerdik plak tuh. mak bapak jadi bangga yeik....

p/s:budak mano dari rombau. cakap kek den...

Anonymous said...

Selamat Hari Raya... seronok sakan ye..

Anyway, terasa weird je bila you refer to 'anak angkat'.. r we that old? ;) adik angkat tu orait le... hehehe...

--Chal

atalamat al wasim said...

sila hubungi keluarga sebenar dengan segera berhubungan dengan projek spek mata.. kerana ibu sebenar sudah mula kalut kalut, harap maklum.

Sastri said...

wow... walaupun di negara orang, memang meriah nampaknya... beruntung dapat famili besar di sana... :D

anita kema said...

kina,
budak2 ni selain dari menceriakan suasana banyak juga berjasa utk kami sekeluarga. :D

en pai,
ermm.. bagus anak ibu. sekarang cepat nyanyi yg versi bahasa cina pulak.

dibah,
kita bukan setakat family angkat, kita juga sama2 org rombau tau.. dan kita sebenarnya dari kecil telah dihubungi (bonded?) oleh sungai itu.

cikdinz,
eh, ekau org rombau yo ko? nmpk rmh mcm kek gunung angsi, dokek bonar dah tu...

chal,
yg bunyi mcm tua tu panggilan je.. dlm hati tetap muda remaja.. hahahahaha!

atalamat ,
ye.. kander tau. tindakan sewajarnya sudah diambil.

sas,
mcmana meriah pun ttp la kami rindukan kg. halaman.. elok juga ada extended family kami ni.. raya tahun ini dah jd sgt meriah adanya..

cikdinz said...

hehehheee... takdo lah rombau. kek rantau jo....

WaNNi said...

Alooo kak nita...