ni gambar kat rumah dibah. adik ngan kakak ngan kak dibah ngan kak lea.
lama dah tak jumpa kak lea, rindu kak lea la kan...
bila la agaknyer kak lea nak datang jenjalan rumah kita ek?
kak lea, kak lea, nnt kalu senang dtg rumah kitaorg ok?
gambar aksi tatau apa. sorang macam blur, 2 org nmpk mcm tido,
dan lagi sorang tatau kenape nampak cam tido tp mulut ternganga. hahahaha....
masa tu kakak still skolah kat pipworth primary school.
sekarang dah tukar ke netherthorpe primary school.
adik dgn gumbiranya sedang bermain kat park.
sekarang ni nak main kat park pun blom sesuai sgt.
cuaca masih lagi sejuk gedi walaupun dah nak masuk bulan 5.
bila la agaknyer nak summer.. huhuhuhu...
kakak ngan adik posing atas slide. nasib slide tu kecik je, kalu tak ngan mak depa sekali join.
best gak kan main slide, aku selalu teringin nak main slide kat water park yg ala2 tinggi sayup gitu. tatau la berani ke tidak kan, pasal hari tu naik roller coaster pun rasa mcm nak tercabut gue nyer usus.
yessss, lama dah adik tak buat aksi spiderman ni sekarang. maklumla, dah besau... tak pesen la jadi spiderman ye tak. sekarang ni adik tgh suka bergaya cam main gitar pulak. nnt la satu hari aku bawak kamera pegi rumah pai pastu boleh amek gambar aksi2 hebat adik. hehehehe...
ni rasanya kat rumah gie. tak ingat dah buat apa masa tu. bukak posa agaknyer. gambar lama dah ni, ramadhan tahun lepas tak silap. sekarang si kecik maisarah pun dah masuk 2 tahun umur dia dan sudah menjadi semakin come lote.
eh.. eh.. aksi spiderman lagi. tapi ni pun gambar lama.
masa tu adik lom pandai main gitar lagi. hahahaha.....
entry takde keja carik keja.
Tgh godek2 komputer dibah tetiba terjumpa pulak gambar2 lama. Lama tak lama sangat la.. dalam akhir tahun lepas. Nasib baik masa godek2 komputer dibah tak terjumpa gambar2 censored mcm dekat komputer orang itu. Larikkkkkkkkkkkkkkkk!!!!! hehehehe...
Laptop kat dalam bilik kakak sekarang dah ada dua bijik. Satu laptop aku yg telah dipindah milik sepenuhnya pada adik pasal dia nak main GTA sampai org lain langsung takde chance nak guna. Satu lagi laptop dibah pasal sekarang dibah dah jadi roomate kakak. hahahahaha.....
Dan kepada mereka2 yg suka sgt tertanya2 dan speku: tak, dibah tak balik msia kawen ngan abbad. Dibah ada kat rumah kitaorg ni. *wink*
Entry yg lepas saya ada ckp ada second cousin nak kawin bulan ogos nnt, tak lama lps tu dapat plak berita sepupu pun nak kawin jugak akhir tahun ni. Dan macam penyakit berjangkit, minggu lepas mak cakap anak sepupu pun nak kawin jugak julai nnt. huhuhuu.. apa la dorang ni kan. Hari tu masa aku tersadai je kat msia takde pun sesapa teringin nak kawin. Aku bukan apa, teringin nak makan kat meja pengantin pasal lauk pauk dia sedap2. Pengantin kan ke kena makan ala2 je pasal kena control ayu. Tapi kecuali ler pengantin tu aku, pasal masa kawin dulu si photographer tu siap amek gambar aku tgh tadah doa masa nak makan beradap, tp mata pengantin tgh terbeliak tgk lauk. boleh? si jurugmbr pun satu, cover line la sikit kan. Ni siap tinggal bahan bukti tu...... ermm, nampaknyer terpaksa la tunggu adinder2 sendiri kawin baru berpeluang makan ngan pengantin kan. Tapi adinder ku yg seorg itu takde nmpk tanda2 nak kawin pun. tatau la kalu apin nak langkah bendul pulak. hahahahahaha.......... ampun pin, speku semata2.
sehari dua ni eczema adik kat tangan ngan kaki dia nmpk mcm makin ok, tapi dekat muka pulak makin parah. semalam tido asek je dia menggaru muka. bangun pagi dah rupe apa... abih bengkak2 muka sampai pegi skolah pun cikgu tanya. Nasib la kat sini budak eczema kira common, takde la cikgu dia ingat kitaorg dera anak ke apa kan. cikgu dia suggest try letak evening primrose oil pulak kat muka. sat gi nak pi carik kat pharmacy. mana la tau kot2 berkesan, try je la kan...
oooo... kitaorg ada booking utk pegi bercuti ke scotland awal bulan mei nnt. tunggu apin datang. Tapi kalau apin tak datang pun kitaorg pegi jugak pasal dah bayar. Kali ni siap tempah minibus lagi. Abang sapez yg gagah perkasa akan jadik driver pasal dia je yg ada valid lisence. Lesen mesia tak laku kat sini bila dah lebih dari setahun. tu pun satu, ntah apa2 kan.. org putih ni mmg, suke paranoid. tapi takpe lah, dah negeri dia; dia punya pasal la kan. Org mesia sendiri bukannyer semua betul sangat pon. So, cik apin.. cepat2 ek datang sini balik. Kalau boleh sebelum 27 april pasal nak buat bday kakak. Baju bday yg glamer habis dibah dah beli masa balik mesia hari tu, siap dgn matching socks ngan necklace lagi. oh btw, dibah ada jugak belikan aku baju sutera yg ala2 selalu mak datin pakai tu. well.. terpaksa la kuruskan badan secepat mungkin nampaknya. kot tak, tak vogue la nnt. hahahahaha.....
itu saje entry takde keja carik keja buat kali ini.
nota: ada org cakap tak lama lagi tokey calling card akan menjadi lebih kaya raya. hehehehe....
8 comments:
Selamt bercuti ke Scotland...
Jgn lupa letak gambar2 di Scotland nanti
Salam
Ajzie
Seronok tengok gamba budak2 ni... Lama dh x nampak k nita..henfon k nita rosak ke?
Dang... mcm nak kenekan saya je ni. (guess who)
haaaa... pipi adik yang tembam tu memang menggeramkan... nak ke Scotland? aduh... jeles weh, jeles...
blog berkesan, teruslah menulis.
salam dari gambar rumah idaman
kak amar, baliklah malaysia kawin adik nanti. boleh makan gulai kobau pesyen masak rombau!
Kak Nita... nape tak ckp nak pi jenjalan? sejak angah balik last year, tak pegi jalan pun. windu nak jalan2 skali... nak hikutttttttttttt!
WepkninuEnins
[url=http://healthplusrx.com/side-effects-of-kava]side effects of kava[/url] Mabattema
Post a Comment