Thursday, June 11, 2009

whats the story in Balamory?

Hari ni saya pegi hospital Jessop Wing utk 20 weeks scan. Minggu lepas dah tau dah baby adalah boy, minggu ni akak nurse tu tunjuk t*t*t baby. Ermm.. kompem lah anak bujang lagi sorang, inshaAllah. Adik adalah tersangat excited, tp kakak mula2 cam tak puas hati pasal dia nak baby gal. Abis tu camno? kakak kasik idea utk swap baby ngan kawan saya yg bakal dapat baby gal hatrik.... huhuhuhu.. tak dapek la kakak, lain kali lah kot2 ada rezeki dapat baby gal pulak ek? (eh, bukan planning nak stop sampai 3 je ke? uhuk..uhuk...)

*********************************end of story mory 1***************************

Minggu ni jugak planningnya nak buat bbq usrah secara agak besar2an. yess.... sate ayam, sate daging, sate perut, lamb, ayam, seafood dan macam2 mak nenek makanan lagi dah dirancang as menu. Tapiiiiiiiiiiiikan, minggu ni asek hujan lebat je, adakah harapan? Harap2 dipermudahkan olehNya. Kami semua berdoa agar cuaca baik utk berbbq. Saya incharge sukaneka, dah prepare baikkkk punya. Tak sabar dah nak makan2 secara massive. (tak baik la sebenarnya kalau makan sampai ketat perut) ooowwhhh.... sebab tu kita perlukan acara sukaneka, supaya ada tempoh bertenang. hehehehehe....


*******************************end of story mory 2 ****************************


Bulan ni, kebanyakan anak2 angkat saya yg agak ramai itu dah habis exam final year mereka. By the end of next month mereka akan convo,lepas tu semua akan pulang ke tanahair terchenta. Ramai yg dah pun ada kerjaya yg menunggu... ada yg jadik pencuci kapal terbang (eh? bukan pencuci ke capau? habis tu apa ek? hahahaha), ada yg bakal jd cikgi, ada yg bakal jd engineer, ada yg bakal jd boss terus kat company ayah dia (abbad, kak nita bukan kata psl ko tau.. hehehe). Dalam hati mmg la gumbira dorang sumer dah berjaya, tp sedih pun ada... lepas ni sapa nak tolong aku masak2 lagi bila korang dah takde? sapa yg nak tolong kemas2, vakum rumah aku lepas buat jamuan raya?sapa yg nak tolong amekkan bebudak ni kat sekolah kalau dorang ada aktiviti sampai lewat petang? sapa nak tolong jaga anak aku secara percuma? sapa? sapa? huhuhuhu.... hiba la pulak kan. Tak tau lah bila dah balik Malaysia nanti, bila masing2 dah jadi org besau2, ingat lagi tak dorang kat kami ni. Harap2nyer jgnlah lupa.



*********************************end of story mory 3 *************************


Saya kan nak cakap terima kasih yg amat sangat pada mak ayah saya pasal dorang kasik saya bantuan menggunakan talian hayat. Saya adalah amat terharu dengan pengorbanan mereka. Saya mahu mereka tahu saya sangat2 sayang mereka. Saya juga mahu beritahu bonda saya, jangan lupa bonda kena datang sini lepas raya nanti utk sambut kedatangan cucu baru ye... hehehe.. bertuah punya anak!


********************************* end of story mory 4 ********************************

Hari ni tetiba saya dengan ntah macamana boleh bercerita perihal sesuatu yg menyenakkan kepala saya pada seorang sahabat. Saya yang amat sangat terharu sebab dia tanpa diminta telah meng'offer'kan dirinya utk membantu. Saya kata nanti dulu, kalau saya benar2 perlukannya saya akan beritahu. Tapi sekurang2nya saya tahu,dalam dunia dimana manusia berlumba2 mengejar kebendaan utk diri sendiri, masih ada lagi yg meletakkan org lain dihadapan... seperti pengorbanan kaum Ansar terhadap kaum Muhajirin. Saya juga bersyukur pada Allah, walau begitu menggunung kekhilafan diri, Dia masih sayangkan saya. Dia gerakkan hati sahabat saya utk bertanya... sekurang2nya ia buat saya rasa sedikit lega. Alhamdulillah. (kenapa saya masih juga tetap selalunya alpa? kadang2 saya rasa macam nak marah dengan diri saya sendiri)


******************************* end of story mory 5**************************

anak bujang saya, Alif Ajmal selalu tanya soalan pelik2 @ tak relevan. COntohnya, tgh orang lain sumer dok diam2 dalam keta, tiba2 dia boleh tanya, "ayah, are u a fish?" lorrr

Penah jugak dia tgh poopoo, tiba2 dia jerit2 panggil saya. Ingatkan dah sudah berurusan, tp dia tiba2 plak cakap, "the cereal is 49p you know... its 49p." eh? apakah kaitannya?

ataupun tiba2 je dia bingkas bangun dari tido dan bagitau,"when I sleep just now, I had a dream you know". Bila ditanya mimpi pasal apa, dia cakap "cbeebies". Ntah betul ntah tidak adik mimpi.

ni ada lagi satu.. yg terbaru punya masa balik dari BBQ ptg tadi (ohh..btw, alhamdulillah... the weather was super nice today and we had lots of fun). Masa masuk je dalam keta, tiba2 adik bersuara.. "ayah, I know how to say Good Morning in FRENCH". Ayah pun tanya la balik, " ye ke? how?" Lepas tu adik ngan konfidennya jawap " SELAMAT PAGI" hahahahahaha... amek ko, french katanya.


********************************end of story mory 6**************************

eh..penat dah saya story mory. lain kali saya story mory lagiiiiiiiiiiiii.

4 comments:

Amy said...

kak anita...i like ur story no 6...hehe...ayah are u a fish?? hahaa dia paham ke dia tanye ape...hahahaa

anon suria said...

tahniah..insyaAllah baby boy. seronok baca story balamory kali ni.

Izhal said...

cerita 1, tahniah... nak massuk 3 dah... pergh...

zahrah said...

salam...

ajmal....tak boleh panggil 'adik' dah coz nak ader adik lagiiii.....citer balamory tu sayer suker SPENCER hihii.....