Thursday, February 08, 2007

CERITA SAMPUL SURAT

Duluuuuu...masa muda remaja dulu, masa tu papa masih lagi belum pencen macam sekarang. Ada seorg jiran yg tinggal tak jauh dari rumah kami mintak tolong papa bagi tusyen personal untuk anaknya. Nak dijadikan cerita, org itu mcm tak berapa nak bertegur sapa sgt dgn keluarga kami, sebabnya tidaklah pasti. Rasanya pertama kali dia datang, papa kata papa dah tak mengajar tusyen lagi, tapi org itu datang memujuk supaya dapat juga papa tolong dia.



Dapat saja tau org itu dtg kerumah mintak tolong ajarkan anaknyer tusyen tu, saya yg berdarah muda lagi panas ini terus tak benarkan papa tolong org tu. Alasan saya selama hari dia bukan main sombong lagi dengan kita, kenapa bila susah carik papa utk ajar anak dia?? kata saya yg masih muda remaja. Tapi papa tenang saja, tak kata apa2. Tengok2 dah pun mula mengajar anak org itu, siap pergi ke rumah org itu lagi.



Maka begitu la seterusnya, papa meluangkan masa berjam2 seminggu selama at least sebulan. Bila dah habis tempoh yg dijanjikan, org itu datang kerumah bertanyakan ttg bayaran. Papa kata tak kesahlah berapa yg patut. Org itu pun hulur la sekeping sampul surat. Saya tak tengok isi sampul itu, tp mama kata org itu bayar rm30. hati saya terus membara, sudahlah merayu2 minta ditolong, pergi kerumah dia utk mengajar anaknya berpuluh2 jam, kenapa pulak kedekut sangat cuma bayar rm30 sedangkan org itu org berada.... Jadi saya ini, yg berdarah muda dan panas tadi, terus pergi pada papa dan bertanya.."kenapa org tu teruk sangat bayar papa rm30 saje? muka tak malu, masa nak datang mintak tolong terhegeh2 datang merayu. kenapa papa biar dia bayar penat lelah papa tu rm30 saje?" ermm...berapi2, bertubi2 soalan saya.



papa cuma diam, lepas tu dia berkata "tak apa lah duit tu. Hidup kita ni bukan utk duit saje. Biar org lain buat tak baik pada kita, kita jangan sekali2 buat tak baik pada org lain."
saya diam, dalam hati masih belum reda kemarahan. Tapi Allah itu maha Mengetahui, selepas drp tu, org itu yg dulunya bermasam muka sudah boleh bertegur sapa bila berjumpa, sudah boleh tersenyum dan angkat tangan bila berselisih kereta. Dalam hati saya yg sudah jadi sejuk, saya berkata"duit mmg boleh beli banyak benda tapi tidak boleh beli segala2nya."



Dan dalam hati juga saya berjanji utk cuba jadi sebaik papa. Tak pasti samada saya akan jadi sebaik itu, tapi percayalah papa, anak papa ini akan tetap mencuba setiap hari utk jadi manusia yg lebih baik dari sebelumnya. And one day, you can proudly say in your heart, "my girl, is just like me..."




notakaki:

1. amar ini mencari kekuatan dari kasih sayang dan doa mama, papa, ata dan apin..dari cinta raiedzall..dari sokongan mereka yg boleh dipanggil sahabat, dan dari sinar mata serta bening wajah shafiyyah dan ajmal.

2. kehidupan dinegeri yg sejuk dan kadang2 bersalji ini mengajar banyak perkara. Belajar hidup dinegara org, belajar memasak dgn lebih sedap dari dulu yg setahun 3-4 kali sajer masuk dapur, belajar menguruskan rumahtangga sambil belajar, belajar supaya dapat mengajar anak bangsa dengan lebih baik serta belajar menilai yg mana sahabat, yg mana kawan dan yg mana cuma 'seriawan' (ulcer mulut: yg selalu datang esp. time cuaca kering, walaupun sekejap tapi menyakitkan...)

18 comments:

Honey MJ said...

errm..salam perkenalan dari saya. selalu masuk sini tapi blom penah bagi komen..hehehe

citer kali ni mmg best. mesejnya, duit tidak boleh membeli segala2nya. yr father is truly one humble man.

cikdinz said...

biar orang buat kita, jgn kita buat orang....pesan atok satu ketika dahulu.

kira_yamato said...

betul tu.. one humble man. like my mom always says.. biar orang buat kita..jangan kita buat kat orang

anita kema said...

honey mj,
terima kasih sbb sudi menjenguk ke blog saya ni. Itu la, kadang2 kita melihat rezeki hanya dlm bentuk duit sedangkan Allah memberi rezeki dlm bentuk yg pelbagai. hehehe..lain kali jenguk lagi kesini yaa..

cikdinz,
ye cik dinz, kata2 tu kita pegang buat azimat menempuh kehidupan.

kira_yamato,
masa kita muda, darah masih panas dan bergelora..selalu kita melihat sesuatu perkara dari perpekstif yg kurang tepat. Sebab itu org2 tua selalu beri banyak petua, buat pedoman agar tak tersesat jalan.

Kak Lady said...

Arwah mak kak lady selalu pesan..

'Biarlah orang nak buat kita...kita jagan buat orang...jangan jadikan diri kita macam orang tu...'

Itulah yang kak lady pegang hingga sekarang...alhamdulillah...sehingga kini hati kak lady sentiasa tenang...

Sastri said...

pesanan ayah Nita sama seperti pesanan my grandma... org tua2 ni mmg a whole lot wiser than kite yg berdarah muda...

cikjee said...

hi nita,

aku la, izuzi marlia. tak sengaja terjumpa blog mung. Congratulations, moga2 dlm 3 thn ni siap smuanya, doa kawan2 sentiasa mengiringi anda.

blackpurple said...

Kebaikan bukan setakat yang tangible semata-mata... Kan..?

Rahmat itu sesuatu yang tak nampak.....

blackpurple said...

Kebaikan bukan setakat yang tangible semata-mata... Kan..?

Rahmat itu sesuatu yang tak nampak.....

blackpurple said...

Kebaikan bukan setakat yang tangible semata-mata... Kan..?

Rahmat itu sesuatu yang tak nampak.....

Mama Sarah said...

Banyak dah pengajaran from your blog ni. Thanks for sharing.

Bila program jalan-jalan lagi ni?

ninuk said...

saya dan adik-beradik saya pun anak murid tusyen papa awak. tak tau le pulak berapa pakde dan bude saya bayar papa awak yea ... awak ada buka amplop dari pakde/bude ke ? kalau kami adik-beradik ada berutang ngan papa awak cakap yea ... kita cubalah bayarkan ...

psst sebenarnya kecut perut baca budak muda tu naik darah !

kingbinjai said...

lifes like that

anita kema said...

kak lady,
betul tu kak, benda baik buat teladan, yg kurang baik buat sempadan.

sas,
hehehe....sama pulak pesanan nenek sas ngan ayah kite. org tue2 ni mmg banyak petuanya.

mek jee....opps, cikjee,
apa apa kabar ek? gile lama tak dgr berita. contact la aku weii...mtr05ak@shef.ac.uk

BP,
ye..saya setuju. sangat benar kata2 awak tu...hehehehe...sampai 3 kali ulang.

mamasarah,
bagusla begitu. yg mana boleh buat pengajaran, ambik lah. saya sebenarnya menulis dan bercerita utk mengingatkan diri sendiri agas tidak lupa.

mbak nuk,
saya tidak pernah buka envelop atau ambik tau sebenarnya. Dan intipati cerita ini pun bukanlah kerana saya hendakkan tambahan kepada rm30 itu. Tapi i get so irritated at that time sbb rasa mcm org itu menganiaya papa serta mengambil kesempatan. BUt then, now that i'm older I kinda look at things from different perspective so that if it ever happened to me, I dont have to be that org muda berdarah panas ever again.
dan saya percaya ayahandaku telah buat yg terbaik dlm membesarkan kami,mungkin tidak kaya harta, sederhana saja...tapi sempurna.

king,
yes king...life is like that. As long as we dont do any harm to other people, i think we are on the right track.

Kaklong said...

salam,

saya yakin nita warisi sifat ayah nita ni :D. bagusnya didikan seorang ayah secara halus kepada anak2nya.

cikdinz said...

nampak nye semua pihak bersetuju dgn ape yg kita bincangkan.

anita kema said...

kak long..
saya kira ia satu doa utk saya. tenkiu. hehehe..tu part yg secara halus, part yg pakai rotan ada gak.... :D

cikdinz,
semua setuju?
okeh..kita minum dulu...... :D

Honey MJ said...

anita, anda telah ditag. sila refer ke blog saya utk makluman lanjut