kisah minggu lepas
a little learning is a dangerous thing.
"kitaorg gempak you all... grant research we all bersepah. Kitaorg naik kapal terbang pegi oversea ala2 selang sehari gitu! Ko ada namecard? bak la sini boleh we all buat networking. Balik nnt jgn lupa jd vast mcm we all tau. kalau boleh jadik la prof. madya termuda... yessss.. kelasss!!!"
"ko buat phd research pasal apa? euwww! pasal benda senang mcm tu jer? laku ke balik nnt. we all buat semua yg nano-nano tau. hebat sangat kan? ala2 kompleks sgt sampai we all je yang paham sensorang."
macam tu la exaggarate version bila para cerdik pandai berkumpul di satu makan malam sambil org lain blink blink tak paham.
ooh, btw, impian aku dari dulu masih sama wpun dengan izin Allah, satu hari nnt aku pulang dengan scroll yg diusahakan. Dan bukan, impian kita ternyata tidak sama. Banyak yg aku bayangkan dan fikirkan tentang masa depan, but still, masih tidak sama dengan impian kamu. So go on, be as great as you guys yelling about, just don't ever assume that i'm leading the same path.
kisah semalam
Hari keluarga masyarakat Malaysia sheffield. Ada kek bendera Malaysia pelbagai perisa. Ada ayam bakar, ikan bakar, nenas masak lemak ikan masin (perghhh!!).. ada pelbagai juadah yg dibawa secara pot luck. Dan aku, setelah bertungkus lumus dari pagi ( sbb tu la pukul 12 baru boleh gerak) sempat la menyiapkan mee goreng dan kuih lopes (mama, amar tau buat kuih lopes dah skrg... dulu jgn kan nak melopes, nak buat cekodok pun tak lepas). Sebab dah kalut sgt sampai boleh terlupa nak bawak nasik putih seperiuk besar. huhuhu..
Tinggal lagi semalam cuaca tak begitu memberansangkan, hujan jer all the way sampai kitaorg nak balik pun masih hujan. Tapi disebbkan kegigihan yg tinggi, lepas tu boleh lagi pegi meadowhall jalan2 dengan baju yg bau asap bbq.
kisah hari ini
Pergi library hantar buku2 yg dah berzaman buat harta, siap kena denda lagi. Padan muka. Lain kali, LU PIKIRLAH SENDIRIIIIIII.. hahahaha.
kisah hari esok
semoga dipermudahkan olehNya segala urusan kita. semoga diterangkan mata hati. Semoga semuanya yg baik2 saja.
nota:
1. membiarkan org lain menderita atas kebahagiaan kita bukankah sgt tidak adil? bukankah?
2. papa and mama, balik dari rembau nnt cepat2 buat passport ok. Nnt datang jgn lupa bawak keropok lekor losong rm20. hihihi.. tak kira, nak jugak.
3. en. atalamat dan cik apin, raya tahun ni pandai2 la bawak diri ek. tahun ni mama ngan papa raya kat sini ok!
9 comments:
Takde kaitan dengan tajuk pun, hemmmmmmmm...
Salam nita,
Pedulikan apa kata org, diri kita adalah kita...buat ikut kemampuan kita..ye, tak?
Bila habis? Kita org akhir thn dpn kot...semoga semua berjalan seperti dirancangkan....
mcm-mcm citer bila dah berkumpul ngan orang kampung...
salam kak nita. Dah lama su mengikuti perkembangan blog kak nita nih..he he..!Tapi ari ni terpanggil nak nyibuk kat entry ni sbb hari ni sahaja dah 3 orang bincang topic yg sama mcm kak nita...phd.Semuanyer luahkan kat blog.
So...pekakkan telinga..buat sajerlah apa yang kita termampu.Go kak nita!
Sorry....terover panjang laks!
aduih... feveret saya tuuuuu nenas masak ikan masin
abang,
penting tuuuuuu tajuk tu. :P
suzi,
ye betul.. ye betul..
tatau lg bila balik nih. malas bebenor lately. :(
cikdinz,
huhuuhu.. lama tak singgah ke sini. amacam? sihat ka?
su,
hehe.. tak sangka plak su pun baca blog kak nita nih. keskeskes.. malu la pulak sbb kekadang byk merepek2 je pun. anyway, thanks for your support. ermmm... buat phd ni really drained me. huhuhu
king,
saya kan teringin bebenor nak makan gulai masak lemak tempoyak. perghhh!!! kecur tu air liur!
Anita...wah!! mesti tak sabar nak tunggu raya ni...sebab mak ayah nak raya sama...
Okay...Mak & ayah Anita...jgn lupa kepok losong...Anita dah winduuuuu!! ...hehehe
Akak doakan semoga apa yang Anita impikan selama ini akan tercapai...Insyaallah...Usaha Anita takkan dikecewakan ALLAh...seandainya Nita dah berusaha dan bertawakkal kepadanya...
dah ok lah sket anita. berat badan pun ada sket naik...hahahaaa...
bila habeh buat doc ni?
Thank you very much for the hospitality... nanti aku attach gambo2 kat multiply ku..before berlepas dr Shepil, sempat jenguk Kak Jerry- slim-melim je makcik tu... jgn lupa ye share2 lah ikan bilis yg ciput tu.. next time ada rezeki ku dtg n bwk lagi.. take care & all the best!
Post a Comment