Thursday, August 28, 2008

RAMADHAN MUBARAK

InshaAllah, Ramadhan akan datang lagi... semuga kita dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg baik utk beribadah kepada Allah, lebih2 lagi di bulan Ramadhan yg mulia ini.


Just want to share some info on SOLAT TARAWIH. Source from www.jais.gov.my.

InshaAllah semuga membantu.



PENGERTIAN SOLAT TARAWIH

  • TARAWIH ertinya beristirehat. Ia dikerjakan selepas solat isyak sehingga menjelang fajar.
  • Solat tarawih ini hanya dilakukan pada bulan Ramadhan dan boleh dilakukan sama ada secara individu atau secara berjamaah.
  • Bilangan rakaat yang dilakukan biasanya 8 rakaat dengan 3 witir atau 20 rakaat dengan 3 witir.
Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:

" Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadhan tetapi tidak mewajibkannya. Baginda bersabda barang siapa bangun pada bulan Ramadhan (mengerjakan solat tarawih) dengan rasa iman dan mengharapkan keredhaan Allah maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu" (sources tak dinyatakan)



HUKUM SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH


  • Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malan bulan Ramadhan sama ada secara berseorangan atau berjamaah.
  • Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang islam.



WAKTU SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH

Ialah selepas menunaikan sembahyang fardhu Isyak dan sunat ba'diah isyak sebanyak dua rakaat.



RAKAAT SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH

Pada umumnya masyarakat islam di Malaysia mendirikan sembahyang sunat tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.

Pada zaman Rasulullah s.a.w sembahyang tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yg meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.

Pada zaman khalifah Omar bin Al-Khattab r.a pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang islam pada zamannya tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sunat tarawih sebanyak itu.

Sembahyang sunat tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yg dikehendaki.

Lafaz niat sembahyang sunat tarawih: ertinya; "sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat kerana Allah taala"

8 comments:

Abahnajwa said...

terima kasih sebab kongsi maklumat yaa...Salam ramadhan dari abah sekeluarga

Suzi said...

salam nita,
selamat menjalani ibadat puasa...semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yg terbaik buat kita semua insyaAllah...

aNIe said...

Salam Anita...

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak...

Terima kasih kerana berkongsi...

Sastri said...

selamat menyambut ramadhan al mubarak... selamat berpuasa dan bersolat terawih nita...

Hikayat Putra Ahmad said...

selamat hari merdeka, selamat menyambut ramadhan dan selamat hari raya (in advance) =>

nor an said...

Assalamualaikum

Kak Nita nak ucapkan salam Ramadhan Al-Mubarak:-)

cikdinz said...

tahnks for the info sharing.

salam ramadhan anita and family...

Anonymous said...

Dear Blogger,

We will pay your review in your blog;
* Earn cash by writing honest reviews about our advertiser's products and services.
* Write reviews in your own tone and style, and gear them to your audience's interest.
* You will be pay 6$ - $300 /reviews.
* Pays via Paypal

Join with us and get money with your blog
www.smorty.com
www.sponsorreviews.com