Wednesday, October 04, 2006

SELAMAT ULANG TAHUN PAPA


KAMI SEKELUARGA NAK MENGUCAPKAN SELAMAT ULANG TAHUN KE-58 KEPADA ATOK YANG SANGAT KAMI SAYANGI....... SEMOGA ATOK SIHAT SEJAHTERA, DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI. NANTI TUNGGU UWAN PENCEN, BULEH DATANG MELAWAT KITAORG KAT SINI...... KAMI SEMUA RINDUKAN ATOK, UWAN, MAK USU DAN JUGA PAK NGAH.

HAPPY BIRTHDAY ATOK !!!!!!!!!



baby besar ibu tiup lilin, tapi lom sempat tiup lilin dah padam, buleh?


birthday boy dah 2 tahun


ermm...lambat la tunggu diaorg ni, cucuk la dulu sket..


he...he....dah dapat. cepat sket kalau cutting turn....


Hari ahad yg lepas kami disini buat kenduri kecil2lan utk bday alif ajmal...ada la jemput kengkawan terdekat. Kanak-kanak makan dulu lepas potong kek..mak ayah tunggu berbuka baru menjamu selera. Ibu masakkan menu nasi impit, kuah kacang, sambal tumis dan kuah masak lodeh. Walaupun sibuk nak memasak utk petangnya, pagi tu masih boleh lagi pegi carboot, maintain.......

bulan puasa disini, rumah kami sepanjang berbuka posa, tak penah yg tak meriah....kekadang tu makanan punya banyak sampai kalah time kat malaysia. Hari yg terlebih murah rezeki, sampai 3-4 jenis kuih ada. Selalunya buka ramai2 ngan keluarga zubir dan juga kekadang cik maisarah ngan umi dan ayahnya. Sebab tu la meriah macam hari raya, jadik takde la rasa sedih sangat puasa dan berbuka jauh dari keluarga.

tiap hari sabtu pulak persatuan melayu sheffield anjurkan majlis buka puasa dan terawih ramai2...masak dah dibahagikan ikut group dan depa sewa dewan yg agak boleh tahan la besarnya. minggu lepas menunya nasik hujan panas (walaupun kat sini hujan tapi tak panas), ayam masak merah dan kurma kambing.
minggu ni giliran kumpulan saya pulak yg masak...menunya jangan 'celen' la, canggih. nasik briyani, ayam rendang, lamb kuzi, sambal bilis dan macam2 lagi.....macam ni punya menu, bila la nak kurus.......(nak kena order sendayu tinggi mcm ada orang itu...........)
tapi, apa2pun..walaupun hujan emas ke, apa ke di negeri org....lebih baik lagi negeri sendiri walaupun lee kuan yew yg tua ganyut itu selalu dengki! ye, memang la lebih baik kutip batu dinegeri sendiri...................selamat berbuka puasa semua. Semoga anda semua ceria2 selalu sambil berbuka puasa dan jangan makan sampai perut anda terik dan naik 'hongeh'.

1 comment:

ninuk said...

Happy Birthday Oom. Alamak kite kat KeyEll le. Kalau kite kat KT sah-sah kite gi A&W celebrate. Pas tu mesti Papa awak gelakkk besar kuat-kuat.
Ayaaa beriya nye awak punya menu berbuka ... melayu habis. Kami kat sini e/ Tuesday berbuka kat Masjid Bukit Jelutong ... menunya ... jangan tak percaya ... DOMINO PIZZA you !