Wednesday, October 04, 2006

STAR OF THE WEEK


kat sekolah kakak, dia ada sticker chart. Jadinyer, setiap kali buat apa2 yg baik macam tolong cikgu ke, mengemas kelas ke, makan baik2 ker..apa2 la yg patut diberi pujian, nanti dia dapat satu sticker. Bila dah cukup 15 sticker boleh dapat satu lolly. Dekat sini kalau dapat lolly tu kira glamer habis la kat dalam kelas....

lepas tu kat sekolah diaorg ada gelaran 'STAR OF THE WEEK' kepada sesapa yg buat extra baik sikit utk minggu itu. Minggu lepas kakak dapat 1 lolly sebab dah ada 15 sticker, dan jugak dapat jadi star sebab tolong tengokkan si nurul...kawan dia yg baru dtg dari malaysia. Maka sebagai hadiahnya dia dapat lagi satu lolly. Bukan main seronok lagi dia...omak nyer pun tumpang kembang hidung ini...tapi yang paling mengharukan saya bila dia dapat 2 lolly, dia share lolly tu dan bagi satu dekat lutfi, anak shah yg sekelas jugak dengan kakak. Baik jugak hati kakak ni, sejuk perut ibu sayang............

7 comments:

kingbinjai said...

alhamdulillah

Izhal said...

syok juga sistem bintang cam ni kannn... kalo le opis saya pun buat gini, alangkah seronoknya... mungkin pekerja2 menjadi semakin rajin neee...

ps-kedai mamak kat bangi ada bagi loly free kat anak saya minggu lepas... MAMAK RULES!!! heheh...

Mama Sarah said...

nita! tak sangka jumpa kat sini! Yam khabaq Nita Kema ada kat Sheffield. Memula takut salah rumah ni. TApi bila tengok ada nama Izhal (kat comment) rasa dah betul dah ni.

Wah besar2 dah anak2 ya? And meriah betul orang Sheffield. Dengki pulak rasa. Weekend ni, kita nak pi naik Sheffield lah. nak makan nasi beryani. Apamacam? (gurau je)

K'ron(G)

anita kema said...

kingbinjai..
terima kasih...anak2 mmg sentiasa membahagiakan.

izhal,
uhuuu...jelesla awak dah boleh makan kat kedai mamak segala ini...mesti la meriah amat ramadhan dan raya awak kali nih. Tapi betul, agaknya kalau ada sistem bintang kat opis..laju sket org buat keja, jgn nak kasik bintang pun pakai kroni dah laaa...

mama sarah..
why do u sound so familiar but i still haven't got a clue? apapun, memang meriah kat sini....datang la ke sheffield, buleh singgah ke rumah. raya ni saya dah plan nak masak macam2..

Kak Lady said...

Tentu seronok kakak masa dpt lolly tu...Sejuk perut ibunya...

Alhamdulillah...

Sastri said...

wah... bestnyer... tingat zaman2 kindy dulu...

Mama Sarah said...

Haha... may be rs familiar sbb sama dorm lah satu ketika dahulu. Tp mmg i tak famaous pun for anyone to remember.

I roommate Sherin ms form 4. (Masa form 5, I jaga budak2 form 4 pulak)

I was in 5I, same class as Sal, Naya and CikJee.

p/s: you makin vogue lah sekarang. cantik jelita gitu. And your girl - she's gorgeous! and well done to her.