Wednesday, October 18, 2006

HOBI BARU ADIK

lama dah tak update blog...time2 posa ni very the busy one...balik dari school terus je letak beg dan masuk dapur..lepas bukak posa, kemas2...lepas semayang isyak, terus collapsed. NI raya dah dekat, kuih raya takde buat pun, rempah nak buat gulai nasik minyak tengganu yg mak kirim dari msia pun lom sampai...nak kena ada kontijensi plan nih..

kemarin dulu try masak nasik dagang..he..he...jadi la jugak. 8 pot aku masak, selesai.
semalam ajak adik2 angkat undergrad kami dtg bukak posa kat rumah...ermmm...meriah, tak penah yg tak meriah rumah kitaorg ni. in fact, sepanjang bulan posa ni, lum penah sekali pun kitaorg bukak posa sekeluarga je...begitu la adanya.

tapi kan aku dah beli baju raya satu kat sini, jubah lagi tu...he..he..back up plan musti ada.

ni nak citer pasal kegemaran terbaru si adik. aah, baby besar yg dah 2 tahun tu.
sekarang ni dia suka betul, dok saje2 bukak seluar, bukak baju, pastu bukak pampers. Ye, suka menogelkan diri...kejap-kejap togel..pakaikan balik, kejap lagi togel balik....ish! mcm tak reti nak sejuk budak sorang ni. yg bestnya dah la togel bulat je, dibantai nya menarik 'titit'nya sambil melompat-lompat. Makin dilarang, makin rancak pulak dia melompat. Lari pulak tu bila kena kejar....bertuah punya budak, ibu sunatkan baru dia tau nanti......

sekarang ni dah pandai cakap sikit2. karakter katun yg dia suka sumer dah tau sebut. first skali, peppa pig (byk2 kartun, kartun khinzir jugak yg diminat...), sekarang dah boleh sebut mr.bean, teletubbies, scooby doo, dora, barney...siap dah tau jugak pilih sendiri video mana dia nak tgk....ye, kat sini masih pakai video...kuno. tapi sebab kat carboot video tape 50p je satu...maka tak kisahlaaa...layan...kalau kat msia masih nak pakai video player lagi, haruslah kena gelak bergolek2!


7 comments:

Lan Rambai said...

hahaha.. bebudak ni memang suka menayangkan body! rimas berpampers kot... haha
Selamat Hari Raya.... err kat sana raya sakan ke tak ek?

Lan Rambai said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kingbinjai said...

ho ho ho pandainya. kene rajin borak2 ngan dia. makin pandai nanti. jangna cakap pelat ngan dia dah la kang tak pasla pasal dia plak pelat. ha ha

Sastri said...

ske bogel ek.... keskeskes... kelakar lak...tapi mesti comey jer dia nih...

Selamat Hari Raya Nita... Sas mohon maaf jika ada terkasar bahasa, gurauan terlampau mahupun posting2 yg mungkin ada menyinggung perasaan... Semoga happy di hari mulia nanti...

Aku Bukan Bidadari said...

selamat hari raya.. semoga ceria dan beroleh keberkatan di syawal yang mulia ini..


:)

anita kema said...

lan,
selamat beraya jugak..dengar citer raya kat sini meriah biasanya, tahun ni bertambah meriah laaaaaa sebab ada pak menteri nak dtg seminggu lps raya dan kami sumer kena paksa rela pegi dengar pembentangan kertas kerja apa ntah....

kingbinjai,
dia ok...takde pelat sgt..tapi tang nak panggil kakaknya aje yg pelik sikit...puas sebutkan, 'kakak'....dia dok jugak sebut,'yayak'.....hangin kakaknyer. apapun, selamat hari raya.

sas,
he..he...budak lelaki mmg lasak sikit. kite pun nak ucap selamat hari raya jugak kat awak. Tahun ni pegi raya rumah BP tak?

ABB,
selamat menyambut hari lebaran utk awak dan beckham. hi..hi...rambut awak tiru style terbaru posh tak? btw, kenapa saya tak boleh tinggalkan komen kat blog awak yer?

Fish said...

selemat hari raya...

maaf zahir dan batin, semoga gembira di hari raya.

Tak rindukan nasik minyak, ketupat daun palas dan satay ke? makanan asas raya di terengganu.

hik

Fiebie