Tuesday, November 21, 2006

KENA MARAH...FOR GOOD.

abg: yang...dah siap ke belum?

dinder: ...............(buat dek)

abg: buat apa lagi tu tak siap2?

dinder: tgh nak siap la ni.

abg: buat menda lama sgt? dah nak ptg dah ni...!

dinder: mana ada petang..tadi org tepon mama.

abg: nak pegi school ke tak ni?

dinder: pegi..pegi...(sambil cepat2 masuk bilik air)

abg: dah skrg ni tiap2 hari balik lambat, 3 tahun musti siap tau..abg nak balik.

dinder: ye la org pun nak balik jugak..org tgh berusaha la ni.


Ye, hari ni aku lambat sket pegi sekolah...siap kena marah dengan warden asrama.....garang betul warden asrama itu sekarang.

Monday, November 20, 2006

MUNGKIN INILAH DIA KEBAHAGIAAN.....

KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN...ye, inilah kegembiraan dan kebahagiaan (part of).

1. Kedua ayahanda dan bonda (En. Kamarolzaman & Pn. Asma) serta pak long dan mak long (En. Rosman & Tg. Norzila), insyaAllah akan berangkat ke Tanah Suci utk menunaikan ibadat haji pada hujung minggu ini (26/11/06 & 28/11/06). Walaupun sedikit sedih sebab tak dapat nak bersama menghantar dan menjemput mereka di airport nanti, tapi doa saya tetap mengiringi mereka. Semoga mereka yang sangat saya sayangi ini sihat dan selamat dalam menyempurnakan ibadat haji serta mendapat haji yg mabrur.

2. Bespren ku Cik Quena sekarang is expecting her second baby...dengar citernya sudah mula morning sickness dgn teruknya....kesian kawan aku nih. Tapi, tentula sangat gumbira rasa dihati sebab si Dina pun dah besar, mmg patut sgt dah dapat adik..errmmm, patutnya dah 2-3 org dah adik..hik! Awak, aku doakan awak cepat2 tak morning sickness dah dan selamat semuanya, ibu dan anak. Walaupun aku tau musti awak buruk giler sekarang sebab tgh poning2 dan jugak meng'gemuk' (sebabnya awak mmg dah berlemak kan, walaupun masa tak mengandung hari tu....ampunnnnn!), tapi takpe, jgn susah hati..seri ibu mengandung musti ada punya.

3. Adinder ku yg tersayang, puteri pucuk kelompang sorang, akhirnya insyaAllah telah berjaya dicucuk2 utk dtg ke negeri sejuk banget ini. he..he..mrasa la kitaorg ada amah free sebulan lebih..opppss! tak, merasa la ada adik dtg boleh gentel2..lagipun ko patut berterima kasih kat kak mar sebab selamatkan ko dari kebosanan tahap terlampau nanti kat rumah pak long..bukan apa, takut ko main tarik rambut dgn si effa tu je..ko ada je bakat nak buat benda2 tragis cenggitu..hik!.

4. Adinder ku Ata Lamat sekarang dah bekerja di tempat baru, dimana tanggung jawap lebih telah diberikan kepadanya, which I took as an upgrade to his career..Go for it bro. You know what, few yrs back, someone almost put a bet that you'll never make it through all the obstacles..but i have faith in you. I just knew it that someday you'll come out big..huge...humongous! Why? because you're doing what you're best and love. I'll never come out big, so and so sajork! Jadi, bekerja keras ye dinder, kerana kekander telah ada berkenan kepada seseorg disini utk dikenen2kan.....kesss..kesss...


Itu sajork dulu perkembangan terhadap kebahagiaan ku...cerita yg bahagia2 saje baru la hati pun ceria...tak gitu?

Saturday, November 11, 2006

MARI BERAYA...(part 2)

Gambar sekeluarga; dari sheffield dengan cinta (from sheffield with love?)

para bapak2 bergambar selepas kekenyangan

eng. materials gals line up: pn.ros, pn. kina and pn.nita.
sorang dah nak balik bulan depan, sorang lagi dah tgh writing dan akan balik tahun depan, sorang lagi baru je submit report first year..uwaaaaaaaaaa! lambat lagi nak buleh balik nih.

bukan selalu dapat bergambar berdua......

shafiyyah and the gang....yg lebih banyak berlari dari makan.

para ibu di rumah terbuka firth park (semua tu bukan la pinggan yg pertama...)


couple mat saleh yg tambah rendang berkali-kali....(rumah terbuka firth park)

antara tetamu di subud...(ada plak mat saleh sorang pakai baju melayu, rasanya wife dia org melayu)

ibu posing ngan jubah yg dibeli dikedai arab yg di introducekan oleh kina yg kemudian diintroducekan kepada ros dan kemudian diintroducekan kepada sal.....semua pakai jubah made in kedai sama.

aksi rock kapak depan subud di hari raya..

baby besar posing lentok

ajmal posing lagi...kali ni ala2 model pulak.

ini masa kat subud..sesi bergambar hanya berjalan selepas perut dah kenyang, baru buleh senyum lebar..

Antara tetamu yg datang rumah terbuka kitaorg

bergambor ngan anak2 angkat...kali ni lengkap semua ada, termasuk la sikecik maisarah..kira angkat sekali.

kat subud, kakak makan mee sup yummy, yummy

kakak siap2 nak pegi beraya, posing dulu seround..

lagi citer raya..... masa hari sabtu minggu kedua raya, org2 di 'kampung' firth park pulak buat dewan terbuka.. kali ni lebih meriah dari masa kat subud sebab lebih ramai yg kongsi, maka juadah nya lebih beraneka macam, rambang mata....Ada nasik kerabu, rendang ayam, nasi impit, masak lodeh, curry kambing, mee rebus, pasembor, dan macam2 jenis kuih dan yg bestnya, semuanya saya berjaya try....kuang..kuang...ini pegi beraya ke, pegi mengetatkan perut??? Ramai betul org yg datang, ada se'couple' mat saleh tu makan kat sebelah saya, punya la beriya2 depa makan...siap bertambah. Baru dia tau, asyik makan roti ngan burger ajos diaorg ni...sekali kena rendang tak cukup sepinggan!. Time2 raya ni, bebudak undergrad pun dapat la menumpang kasih...ni la timenya depa nak makan mcm tanpa perlu memasak. Ada sorang mamat tu, punya la berselera saya tengok dia makan..agaknya cover dah lama tak merasa makanan melayu, ye la, bebudak lelaki ni takde la rajin masak sangat rasanya...kot ada pun sekadar yg simple2 je, jadi bila ada peluang, apa lagi...layannnnn. Agak lama jugak kitaorg kat sana, apa tak nya...sesi makan berkali-kali..bila perut pun dah ala2 kenyang sampai tak hengat, maka kitaorg pun bergerak pulak ke meadowhall sebab dah dekat ngan situ dan jugak sebab nak kasik makanan turun ke perut....he...he...kerana selepas tu ada lagi beberapa undangan yg akan dipenuhi.... Bila perut dah kurang tegang, bertolak pulak ke city centre utk ke rumah azam/dr.zura. Disebabkan masa yg suntuk ada satu rumah terpaksa diskipkan, samapi kat rumah zura org punya ramai....mmg dah cukup tmpat nak duduk...tapi kebetulan depa semua dah nak keluar beramai2 menyerbu ke rumah rosnita/mirul disebelah...ha..ha...berasak la ros ngan mirul pasal dorang pun lepak meadowhall gak tadi sebelum balik.....mrasa la gelabah kena serbu beramai2. kat rumah zura buat mee kari tomyam....first time tu makan mee kayam... bila keadaan dah tenang, baru la kitaorg beralih kerumah sebelah..kritikal hour dah lepas, maka kitaorg pun lepak2 la dulu situ sampai ngantuk..gile dasat beraya....! tapi macamana pun, tetap la tak sama beraya dikampung halaman sendiri...masa kitaorg meriah2 beraya kat subud tu, org2 pakistan disekeliling kawasan tu pun mcm pelik..ini beraya apa sampai berminggu2 ni...(kata mereka didalam hati..) kat sini, ada jugak yg buat lemang, tapi main gulung dlm aluminium foil aje la...takde la dlm buluh, mana nak carik buluh kat sini..tapi rebung dlm tin ada la jual kat kedai siam..(apa pulak kena mengenanya)
kepada mereka yg beraya di malaysia dan dikampung halaman masing2, syok la korang...doa2kan la saya ini tamat belajar tepat masanya...nak balik!!!!! sekarang musim sejuk dah tiba, makin terseksa jiwa dan raga. saya rindukan panas di malaysia...isk...isk...masa kat msia dulu selalu melawak ngan hubby cakap 'its so hot here in malaysia' sambil lidah ala2 tergeliat. Sekarang ni ha, ambik kau....SEJUK SAMPAI KE TULANG SUM-SUM...! cuba la cakap mcm tu lagi kalau berani.....he..he.......


this week feature: MARI BERAYA DI RUMAH CHE DET.... gambar2 dan ulasan akan dikeluarkan sebaik saja ada masa..katanya menu nasik briyani dgn bihun tomyam.....tunggu.....!

Wednesday, November 01, 2006

SELAMAT BERHARI RAYA....(part 1)

he..he..hero cilik tgh kiss2 baby maisarah...


gambar bebudak kat rumah marina

sesi bergambor ngan tetamu seblm berarak kerumah pn.yus


ni gambar lepas dah balik semayang raya..sementara tunggu tetamu sampai. Pagi sebelum sembahyang tak sempat bergambar....maintain la kelam kelibut di pagi syawal.

gambar ngan 'anak2' angkat kitaorg..ada lagi sorang, tapi dia pegi beraya kat newcastle. Yg paling kiri nama apai dan yg comel tu nama manjanya Roi


masa hari raya pertama cik abang kita kena 'bertugas' dulu pagi tu...dekat kol 8 pg baru balik..terus je kelam kabut bersiap nak pegi semayang raya. Semayang raya buat kat PMC ( hall kepunyaan persatuan org pakistan rasanya nih..). Saya ditugaskan utk bawak pot luck bihun goreng..he..he..kuih raya takde, tak reti nak buat. Tapi utk juadah kat rumah ada sediakan nasik minyak terengganu dan juga nasik impit+kuah kacang....berasak memasak malamnya tu...first time kena masak sendiri time raya....merasa!


Gambar disebelah ni gambar shafiyyah masa pagi raya....puas pujuk tu nak kasik pakai tudung..




Baju kurung raya yg atok dan uwannya kirim terbesar pulak, baik juga ada baju spare yg bawak dari msia tahun lepas lom pakai lagi, so baju yg baru tu kira carry forward. Baju adik ok...baju omak adik lagiiii ok. Tima kasih atok dan uwan!
Raya kat sheffield ni mmg meriah amat, tinggal lagi yg tak berapa best tu sebab kena hari kerja...maka cik abang kita petangnya nak kena keja lagi..apa pun lepas semayang dan jamuan raya di pmc tu, kitaorg terus balik rumah sebab ada kengkawan yg nak dtg beraya..sempat la melayan tetamu sampai petang. bila suamiku balik keja, kitaorg plak pegi beraya, dapat la dua bijik rumah pastu sumer dah melentok tak larat lagi....


Adik tgh gembira dipakaikan socks tapi seminit kemudian dah dicabutnya...

kakak dan bespren nya areefa


Malam tu sebelum tido dah kunci jam ni kol 12tgh mlm sebab nak tepon msia masa kat sana pagi raya...ingat nak beraya ngan mak ayah + adik2 sambil syahdu2 laa...sekali tak sedar pun jam bunyi...dah pagi baru terjaga, letih beraya punya pasal. Hari raya kedua tu ingat dah nak pegi school mcm biasa, takde maknenya......sejam sekali aku tepon msia. setiap kali aku tepon hangin je dengar dorang tgh berseronok kat rumah sedara mara...ooo...tidak......aku ingin pulangggg! Dorang pun naik pelik agaknya..apa ke menda budak sorang ni, selang setengah jam sekali menalipon?? he..he...tak kisahla, tak dapat beraya bersama, dapat dengar suasana raya dlm talipon pun kira ok apa...dasat betul desperadonya.

dah alang2 tak pegi school tu, sambung lagi beraya...sampai kemalam jugak..malamnya tu pegi rumah rosnita kat city center..fuh! kat situ lagi dasat punya meriah..siap kena serang ngan bebudak undergrad sampai tak muat rumah..he..he..

hari rabu ngan khamis ngan jumaat pegi sekolah...cover balik...dalam pada tu sempat lagi mencelah pegi raya sebelah malamnya, semangat...!

Hari sabtu, kitaorg kat balfour road buat rumah terbuka..menunya kat rumah kitaorg nasik dagang ngan laksa penang. Dengar citer pn.yus buat mee kari tomyam..pn kina kat sebelah buat nasik kerabu ngan laksa terengganu dan pn marina disebelah kiri buat bihun sup..fuh! menangis kalau org kat msia tgk....Tetamu kitaorg dari pukul 12thari sampai kol 11 malam...mmg meriah, tinggal lagi tak pasang pelita je kat luar rumah. Hari ahadnya, aktiviti routine tetap maintain...pegi carboot. Balik je dari carboot terus siap2 pegi rumah terbuka kak mas & the gang yg dibuat di subud centre..makan lagiii.... keluar dari subud, sempat lagi beraya 2 rumah yg berdekatan. Lepas maghrib, keluar pulak beraya lagi 3 bijik rumah...wuiyoo...mmg selagi terdaya. Tu pun balik sebab masing2 dah tak larat bukak bijik mata, dan esoknya pulak keja..aiyooooo! terus monday blues ini.

Utk minggu ni, jadual beraya dah penuh....sabtu ni jugak ada pak2 menteri nak datang nottingham...nak dengar org2 kat sini membentangkan kertas keja secara paksa rela...katanya kedatangan postgrad pun ala2 paksa rela jugak....ermmm...takdenye aku nak pegi. dari menghabihkan duit pegi tido sambil org berceramah, baik pegi beraya sambil makan2 dan bergumbira, ada jugak paedahnya. Dah mak2 datin tu nak dtg UK shopping, datang je la,,,yg nak paksa org terlibat sama buat bentang kertas kerja segala time2 raya ni buat apa???? motifffffff...!


p/s : 1. gambar is not in order of time and event..main belasah je letak. malas nak rearrange.
2. gambar2 masa kat subud dgn yg minggu ni punya nanti update...sekarang dah
lenguh..nak tido.

KEDAI POPEYE

insiden kebakaran kat rumah kedai popeye (The star, 01/11/06)


ingatkan nak update cerita gembira di hari raya, tiba2 terbaca pulak kisah sedih kat surat kabor...masa tengok gambar ni, dah terdetik dah dlm hati...mcm kenal tempat ni, rupanya mmg kenal sangat. Rumah kedai ni dekat sangat ngan rumah mak ayah saya, lebih kurang dlm 20-30 meter aje jaraknya. Kitaorg panggil kedai (ground floor) ni, kedai popeye sebab suami akak tu suka duduk kat atas beranda rumah depa sambil hisap paip. Dulu masa kecik2, kedai tu akak tu yg punya..tapi sekarang dia dah sewakan kat org lain. Kesian akak tu...kecik2 lagi anaknya... Lagi satu, akak ni buat nasik lemak bukan main sedaapppp daaa...nasik lemak tengganu yg special punya. Tak sama mcm nasik lemak kat negeri lain sebab dia punya sambal dia lain sket. Lagipun lauk dia pakai ikan tongkol...kalau korang tak percaya, korang cuba laa....terngiang2 woooo!

Bila tengok gambar ni, teringat kat rumah sendiri, dekat aje dah...kat belakang kedai tu aje lagi...ala....rindu la pulakkkkkkkkkk!!!!!!