Ni gambar masa kitaorg tunggu bas kat depan usm tronoh yg panas gersang tu. Gila kau.. bas dia ala2 sejam seketul je lalu, tu pun kalu tak penuh. kalau penuh, selamba je dia lalu. Merasa la tunggu bas berjam2 adanya. kalau nak kuar dating, habis cair makeup lom dapat naik bas lagik. Tapi biasa la kan, kitaorg sbb muda remaja, tenaga pun byk.. bantai gak tunggu bas general warna hijau tu dtg. Dah dpt bas kang dia belasah plak masuk habis segala kampung. huhuhu.. bertahun gak le nak menyampai ke ipoh. Kalu nasib baik boleh le naik bas express apa ke nama dari lumut. Tu belum lagi time nak berebut balik. Kalu tara2 kederat skrg nih, mmg pengsan! oohh.. lupa plak nak perkenalkan, dari kiri; pijah, diriku sendiri, berpren ku cik kuna dan roomatenyer Jaa. Melihatkan diriku yg begitu innocent sekali rupanya, rasanye ni masa kitaorg first year. :D ( cik kuna pakai baju calvin & hobbes yg kitaorg beli kat yik foong plaza. Aku pun ada satu tp design lain. Aku suka betul katun tu..)
hohohoho.. ni aksi tonggeng paling dasat abad ini. sori ek abang. sapa soh bergambar ala2 goyang gerudi inul. Ni suami ku terchenta ngan bespren ku tersayang. Gambar ni diposingkan kat teluk batik, lumut. Hehehe.. masa ni dah final year, masa tu aku kena dok luar pasal tak dapat asrama. Jadinya mak aku kasik pakai keta.. makanya apa lagi, panjanglah langkah kan. Selalu gak aa kitaorg bertiga pegi berkelah kat situ. best ooooo.... makan2.. pastu makan2 lagi.. pastu makan2 lagi... kitaorg tak mandi pasal aku takmo sunburn pasal nnt aku jadik kelabu asap. lagipun sian aa bespren aku ngan hubbyku itu pasal dorang dah la tak berapa nak cerah.. hahahaha... ampun la cik kuna yer!
ni gambar kalu tak masa first year, habis2 pun masa 2nd yr kot. Ala, kat usm tronoh tu bukan byk sangat pun tempat2 menarik.. tu kira dah habis glamer la tu cekonon ada air terjun walaupun nan ado sebenarnya. Cuba lihat kitaorg nyer selipar tu. Mula2 aku la yg pakai selipar jenama Puma tu, pastu abis semua ikut sampai mcm jadik selipar uniform plak. hahahaha.. well.. biasa la kan.. katapun fashion ikon. Tapi kitaorg mmg hampir sepjg masa pakai selipar tu. Pegi kelas pun yg tu, pegi outing pun yg itu.. hatta nak pegi dating pun pakai selipar puma rm20 tu. pendek kata mmg berbaloi lah beli. pakai sampai redai, buang, beli yg lain.. sebijik cenggitu jugak, kaler je lain.
haaa.. ni masa first few weeks masuk 2nd yr. Masa ni usm tronoh buat ulang tahun ke 10, so ada mcm2 aktiviti. Aku ngan geng2 otaiku jadi ajk acara kanak2, masa ni la cik abang ku itu mengorat daku ini. hehehehehe....... yg dalam gmbr tu besren ku (dia pakai baju kurung aku... hahahaha..) dengan tutor kitaorg yg sporting habis, cikgu Sulutan. Hensem tu cikgu kitaorg.. aku ngan geng2 aku mgg baik ngan dia, siap boleh kuar makan lagi ngan cikgu kitaorg nih. Ada sekali tu kitaorg tolong dia buat apa ntah, dia siap belanja makan kenny rogers. Time kitaorg 3rd yr rasanya, dia berenti jd tutor sbb dapat keja kat kilang. Tatau la mana dia keja skrg. Cikgu, kalau la cikgu terjumpa blog saya ni.. contact la kitaorg yer. oohh.. cikgu sulutan pakai baju askar pasal dia Palapes. Kitaorg tak gemar sgt bebudak palapes masa tu psl dorang selalu mcm eksyen sikit. Tetapi utk cikgu, kitaorg buat pengecualian..hehehe. (wpun kitaorg baik giler ngan cikgu sulutan, tp kitaorg penah kena marah ngan dia psl meniru masa ujian statik mekanik. hohoho.. mmg patut pun. Padan muka kitaorg!)
alahai... ni la dia geng2 otai Bahan. (material engineering). Dari kiri; dayang, yam, diriku dan cik kuna. Gambar ni amek kat pulau pangkor masa minggu orientasi. Siap pegi pulau pangkor tu utk sesi ramah mesra under dept kitaorg. Tengok la rupa baju yg dorang paksa kitaorg pakai.. ntah sape la yg design. buruk giler! tp dah nama pun freshie, pakai la jugak kan. kang kena ragging plak ngan senior. Dah la masa tu kat USM tronoh rasanya budak pompuan ada lebih kurang 300 org je, budak lelaki sampai 1200. Jadik kitaorg mmg la kaum minoriti. Masa tu aku baru baik dari chicken pox. Boleh pulak hari nak mendaftar tu kena chicken pox, so aku masuk lewat seminggu. Siap tak pegi pun majlis angkat sumpah pelajar, pasal tu la kot result masa 1st yr teruk giler . (err.. ada kaitan ke sebenarnyer?)
sbb Tronoh tu takde mende selain dari pasir je banyak, Ni la aktiviti masa lapang kitaorg, bergambar dgn aksi ikut sesedap rasa. Banyak rasanya gambar2 mcm org meroyan cenggini. Tu budak yg baju hijau dgn aksi tak boleh belah tu bespren aku. Dia mmg suka time bergambar buat aksi2 pelik. Ada satu gambar tu masa kitaorg matrik 2, dia punya posing kalu teringat sampai skrg pun aku boleh gelak. ermm.. ingat nnt nak pesan aa kat mak aku masa nak dtg sini soh bwk album gmbr2 lama. hahahaha... cik kuna, awak ingat tak gambar kat atas pokok tu?
aduhai... sumer buat muka sehabis ayu tu. dari kiri; nisak (roomate yg paling best in d world), ainy, aku yg paut leher ainy, elya (deq, ko jgn ingat aku tak leh teka ko sapa kan.. walaupun tinggal komen tak taruk nama) dan cik kuna. Tgk la rupa usm tronoh ni, bangunan sumer ala2 susun je batu bata murah kaler kelabu tu pastu tak yah cat psl kononnyer artistik. huhuhu.. artistik la sangat. Tapi yg sedihnya dah tak wujud dah usm tronoh sekarang pasal UTP dah amek alih. Apahal yg dorang nak sgt tanah tapak USM tu pun aku tak paham. Politik la ni.. abis tempat aku belajar sampai dah takde. Mentang2la petronas byk duit.. byk duit pun, harga minyak naik jugak.. ermm.. kaitan!
ni dekat library. Aksi yg dilihat ialah 'mari buat library mcm rumah sendiri'. Ala.. library bukan ada sgt pun org pegi kecuali dekat2 nak exam. Kitaorg pun masuk tu semata2 nak bergambar. Nasib tak kena hambat dgn pak guard. Pak guard USM garang wooo.... dulu kan... cik abang ku itu penah sampai bertekak ngan pak guard. Pastu ada sorang pak guard ni siap tipu kitaorg. Dia kata nak tolong jualkan beskal kitaorg ( mahal tu kitaorg beli.. rm350 tu sebijik) tp alih2 dia jual beskal tu tapi duitnyer dia rembat. Eiii... geram betul tau. tp takpe la.. aku dah halalkan pun. ohh... aksi2 tido tu hanya lakonan semata2. Tu baru sikit, belum tgk kalu kitaorg beraksi posing kat bilik lagi... mmg sakit dada mak mertua kalu tgk. hahahahaha.....
*************************
Hari ni cuaca cantik betul. Panas elok jer... bukan selalu cuaca kat negeri yg biasanya sejuk beku nih nak panas ala2 kat msia. Balik2 je td, hubby ku ckp besprenku in the world dah upload gmbr2 lama kat facebook. hahahaha... lawak betol tgk gaya zaman2 muda remaja dulu. Main ikut sedap jer. Kalu bakal mak mertua tgk dulu tu, harusla sudah kena reject.
Pagi td pulak tetiba nampak sorang clique lama letak komen kat blog aku ni ha. puas jugak la pikir sapa la pulak minah nih. Tapi biasa la kan, dek kecekapan tahap gaban maka pompuan itu telah berjaya dijejaki. Adeq, merasa la ko aku terus tepek gmbr2 lama kita kat sini. Kalu ko malu, ko jgn la mengaku ko ada dalam gambar terbabit wpun aku mmg nak letak nama sorang2 kat bwh gmbr tu. hahahahaha.... jgn la kasik boss2 korang ke, mak2 mertua korang ke tgk betapa meroyan nyer korang zaman muda remaja dulu. mati la kena kutuk..
apapun, dapat menengok gambar2 zaman tok nadok' dulu ni betul2 buat aku gumbira hari ni. Habis hilang segala tensi semalam. Tima kacih to my bespren in the world psl tolong uploadkan gmbr2 ni. Aku sayang awak, muahhhhhhhhhh! Its good to feel like myself again.
10 comments:
Wah..Nostalgik nyer...rindu zaman2 belajar dulu yek?
nazali,
welkam to my blog. huhuhu.. zaman belaja dolu2 la paling syiok sekali. Sekarang ni blaja gak, tp ada senak otak sket aa. hihi...
Salam nita,
My hubby ngajar kat UTP Tronoh. Memang dah makin cantik dan canggih sekarang...
Dulu Tronoh memang takde apa tapi dengar cerita dah makin membangun...jln dah double line...harap2 balik nanti dah ada shopping kompleks hehehe...tak payah gi Ipoh nak shopping...
Nita, hahaha...
Hampeh betoi gambar purak purak tido kat library tuh..Pastu Kuna dengan aksi terencat tuh..hahaha...sebenarnya dia gelak tuh, dia kan suka gelak pegang pinggang..
Ada lagi oo gambo-gambo, nanti aku apdet, hambekla nanti, dengan semua2 muka budak2 ala-ala terlebih vitamin gitu.
Tapi kan, secara tiba-tiba tadi, masa tengok gambar, aku gembira, senyum-senyum, tapi dah habis tu, aku tersayu la pulak...
Terus tangkap lelehhhh...waaaaa...I miss those days!
-Adeq-
ibu tatkala kurus?opss..skrg pn masih maintain..hihihi
nieta n adeq...
bila tgk gambaq2 tu semua buat aku rindu termata zaman kita 'meroyan" dulu.sentiasa hepi..skrg pun happy tapi dgn cara yg berbeza..kalau la ada mesin Michael J.Fox tu mmg aku nak guna sekarang ni..
awak..
gila..buat apapmention aku pakai baju awak??ralat pulak p upload gambaq tu..
gambaq panjat pokok tu ka?maunya tak ingat..dok tunggu masa nak upload nih..
cikgu sulutan..di manakah dia??
-kuna
wey add facebook akulaa...elyayusri@yahoo.com
"Sometimes I think I'm just too soft hearted people take me for granted.
Sometimes its very hard for me to voice out my feeling without yelling and screaming.
Yes, when I get irritated, my voice usually gets to a higher pitch in order to refrain my self from crying.
The second option to that is just keep quiet and never say a thing.
huhuhu.. adult life sometimes can be very challenging, isn't it?"
I totally agree with you... We have so much in common... :D
Alhamdulillah, dah happy balik... *hugs*
i love calvin & hobbes too and i also have a few calvin & hobbes t-shirt... :)
suzi,
tu la aku ckp, petronas byk duit. the last time i heard the built kinda university town opposite tmn maju. habisla takde sapa nak pi tmn maju lg. hahaha.. aku pun telah berazam (siap berazam tu..) blk msia nnt nak pi bercuti kat ipoh.. mengenang nostalgia!
adeq,
woii.. upload aa.huhu.. meriah btol hidup aku sehari dua ni dgn keeping in touch with ol' frens. best! best! deq, nnt satu hari bila aku sudah berada di bumi msia itu semula, kita buat gathering ek. syioknyerrrrrrrrr!
pai,
ko jgn pai. ibu sudah tertekan dek kegemukkan sendiri skrg. ayahanda dah beli apa ke mende mp3 player ke apa tu.. lepas ni ibu nak rembat mende tu bwk pi gym. ibu mahu kurus!!
cik kuna dearie,
yes, masa kita mudo2 dulu mmg sgt menarik. aku bile teringat time kita bukak posa ramai2 kat bilik ngan budu tu pun aku rasa cam best giler.
ala... awak jgn aa malu aku tulis awak pakai baju aku, sbb awak mmg selalu pun rembat baju aku kan. hahaha... sayang awak laaaaa.
sas,
somehow I feel really close to someone i've never even met and that someone is you. we really should get to know each other personally.. tunggu saya balik msia ek sas... :D
Anita kema...anak kak lady Ude pun dok hari2 usya gambar kat kolej di Facebook geng TKC diorang...pastu dok gelak2 sensorang kat bilik...
Banyak kenangan bila dok asrama ye?
Post a Comment