Dah sumer org tgh sebok citer pasal SRK dapat datuk, nak la jugak tumpang semangkuk kan... bukan apa, sebab dia dapat Datuk dari Melaka, tempat kite bekerja maka kira2nye ada la kena tempias. hehehe....
Kesian jugak tengok artis2 Malaysia, ramai tu yg tak puas hati. ye la, kalau kita jadi deme pun kita rasa cuak. Apa cer kan tetiba Shah Rukh Khan la pulak...? Tapi sot kabar hari ni ada tulis sorang ahli politik kot, dia kata ate bior ler dah Melaka nak kasik SRK Datuk. Nnt boleh promote pelancongan kat Melaka...
Aduhai, sian org Melaka kan...
Tapi betul jugak, apa nak heran. Dkt Melaka bersepah apa Datuk2 nih. Tak caye cuba dtg tgk kat tmpt keja kite. Sana anak Datuk, sini anak sedara Datuk, situ menantu Datuk, sinun anak menakan sebelah mak Datuk, sinin ada lagi bau2 belacan ngan Datuk. Jadi, tidak le benda yg memeranjatkan sangat.
Lagipun, semua tu benda atas dunia jer pun. Esok2 bila kita meninggal dunia, bukan boleh bawak pun title. Yang kita nak bawak doa2 anak2 kita, amalan kita... makanya tak mengapalah kalau di dunia ni kita unrecognized, tak ngape, percayalah... InshaAllah ada lagi imbuhan yang lebih besar yang kita kena kejar. Yang itu kalu tak dapat baru kita patut nangis meraung melalak.
Cuma tinggal lagi, dah namanyer pun manusia kan, kekadang mmg la sedih kalu merasa diri tak dihargai. Tapi kita berserahlah padaNya, kerana janji Allah itu pasti dan seadil-adilnya!
Macam kita pendidik ni ha... jangan la pulak ada yg bekerja semata2 sebab nak cepat dapat Prof. Madya atau Prof. penuh... pulun buat research sana sini supaya nampak hebat. Cuba lah kita ikut resmi padi, makin tunduk bila makin menjadi. Kite bukan apa.. kite pesan untuk diri kite jugak, esok2 jgn sampai lupa diri. mintaklah dijauhkan...... ameen.
nota: with great power comes great responsibility, tak gitu encik labah2? ha lu pikirlah sendiri.
nota lagi: kadang2 aku heran, kenapa sesetengah manusia terlalu suka mencipta komplikasi dalam kehidupan mereka? akan ternampak seperti hebatkah? sungguh aku konpius.
nota lagi dan lagi: kesemua diatas adalah merujuk kepada tajuk kita iaitu SRK dapat Datuk dari Melaka sebab ianya kesah pelik tapi benar.
3 comments:
salam... first time singgah. salam tuan rumah dulu :)
die dah tua kot... mmg patot la panggil datuk :P
abelong,
welkam..welkam.. salam disambut, sila datang lagi :D
en. minmin,
amboiii... buat lawak ye en. minmin. amacam mesia? orait?
Post a Comment