Wednesday, August 30, 2006

AKU DAN SEMANGAT BARUKU..(walaupun bukan tahun baru..)

kakak and the gang at the park


aksi adik tengah buat apa tatau...

dua budak sedang asyik tengok t.v, layannnn....

adik makan aiskrim sambil berlatar belakangkan dugong tengah baring


kakak dan kengkawan dia kat sekolah. nama cikgu dia claire.
Nama bestpren dia safiyya. Geng2 dia yg lain ialah lutfi dan reese.


saya, anak saya dan fahmi a.k.a budak yg paling baik di dunia


saya dan kawan2 yg jika diperhatikan semuanya pakai spek mata kecuali
saya walaupun saya sebenarnya lebih rabun dari mereka semua
tapi coverline dengan memakai contact lens tidak berkaler.

adik a.k.a. baby besar yg dah pandai cakap sikit2 termasuk
bye bye dog walaupun kepada manusia.....


mama, jangan risau..ini baby org lain....he..he...


saya dan kawan2 yg terperangkap di sheffield


anak dara saya yg selalu berangan jadik princess bersama anak2 dara org lain


entry ini adalah bertujuan bagi membolehkan ibu, ayah, adik perempuan serta adik lelaki saya utk tengok gambar2 kitaorg kat sini (sebagai top up utk gambar2 yg telah dikirimkan) sebab hubby saya malas nak update fotopages kerana terlampau lembap tahap gaban katanya.

kepada dinderku ata lamat, sila lah belikan mama web cam satu supaya mudah atok dan uwan nak berkomunikasi dengan cucu2nya. oh, lagi satu..ada sumber2 yg boleh dipercayai(?) cakap ko 'baik' ngan seorang pelakon yg amat muda berbanding engkau yg sudah masuk usia 30 itu...betulkah itu?

kepada dinderku apin, rajin2lah bukakkan blog ni utk mama ngan papa...ko jangan la malas2 kerana wajiblah nanti baju abercormbie yg dipinta itu akan menjadi angan2 sahaja. Dan lagi satu, add maths adalah suatu subjek yg hanya boleh dikuasai dengan latihan yg banyak...unless ko super genius, staring at the pages for ages won't help at all.

kepada bestpren ku cik quena, terima kasihlah sebab bagitau umur datuk K sebenarnya 50, bukan 47 seperti yg diuar2kan di media..matilaaaaaaaa pecah lobang. Ampunnnnnn! tadi semasa aku menalipon awak, terputus pula tanpa sempat kita bergosip lebih lanjut, but don't worry, I'll be back.....ha..ha....jahatnya......begitu bersemangat sekali utk bergosipan..
aku juga suka ingin mengingatkan awak disini bahawasanya walaupun awak dah beli baju utk kemajlis persandingan siti, aku masih lagi memerlukan awak pegi shopping lagi sekali dan beli baju raya utk aku dan anak2. Utk hubby, biar dulu....ada budget lebih baru on utk dia. ha...ha...lagi sekali, kejamnya!!!!

ermm..semalam masa tgh makan2 sambil menunggu utk angkat barang dr. faez ke kontena, kami para ibu bergosipan lite-lite...antaranya kesah mawi-ina. Nampaknya ramai yg tak suka ina begitu expose sekarang, tapi saya rasa ok apa...dah alang-alang ditinggalkan elok juga dia dapat buat duit utk tolong keluarganya. Cuma saya harap dia pandai jaga diri dan jangan carik org tua macam siti..yg berharta ok, yg tua, no...no...no...

untuk mama dan papa..walaupun kepala amar tengah berserabut sebab report belum siap dan penyakit malas melanda dengan hebat, tetapi sekarang dengan tiba-tiba sudah rasa seperti dapat kekuatan extra walaupun tidak makan apa2 jamu. Mungkin ini berkat doa mama dan papa...nanti bila pegi tengok rumah amar kat melaka tu, tengok2la jugak rumah sebelah menyebelah...musti depa dah renovate kaw-kaw punya..takpe...biarkan rumahku menjadi rumah contoh utk sementara waktu..nanti bila dah abis belajor, buleh renovate sampai rapat ke jalan.....kuang...kuang...kuang....(kok ada duitnya...)

Mulai dari hari ini, saya tidak mahu lagi bersedih kerana terperangkap di sini....saya musti bersemangat utk habiskan study..selonot betul tengok org angkat barang masuk kontena pastu buleh balik malaysia...yes! anita boleh! chaiyo'! chaiyo'!

A FRIEND IN NEED IS A FRIEND INDEED

Keluarga Che Det


Harinya: Bank holiday dan Hari jadi suamiku (28/08/06)
Tujuan: nak merasa naik cable car di Height of Abraham
Masa perjalanan: sepatutnya dalam sejam suku saja
Jumlah rombongan: 2 kereta (keluarga raiedzall dan keluarga che det)

Ye, kita hanya merancang, tuhan yg menentukan.
Masa perjalanan yg sepatutnya sejam lebih sket tu telah menjadi 3 jam lebih disebabkan semua omputeh-omputeh pun sama naik dengan kitaorg berasak-asak nak pegi naik cable car.
Dan yg tidak kami ketahui dekat tempat tu ada jugak theme park..patutla jam sampai takde hengat..


Dan yg lebih tak disangka, lagi 500 meter nak sampai ke entrance tempat cable car tu, kereta kitaorg tiba-tiba tak buleh nak start pulak dah..ketik, ketik, ketik, tidak ada sebarang tindakbalas. Aku sudah mula cemas tapi cuba berlagak secool yg buleh utk tidak mengeruhkan suasana. Hasilnya kami terkandas disitu dari pukul 1 tghari sampai pukul 3 lebih...cable car pun dah nak tutup jadi melepaslah peluang nak merasa naik cable car walaupun selama hari ni cable car kat genting tak penah pulak teringin nak naik.


Walaupun badan penat, hati rasa kecewa, tapi rupanya sesuatu yg saya terlupa adalah things happen for a reason dan setiap yg berlaku ada hikmahnya. ye, tuhan menguji supaya kita dapat melihat dengan lebih jelas, dengan mata hati. Che det dan pn. Sal dan si kecik maisarah sedikitpun tidak menunjukkan rasa tidak puas hati atau bengang. Sudahlah pukul 9 paginya baru saya bagitau mereka nak ajak pegi naik cable car (sebab saya pun tak plan..), tersekat dalam jam dan akhirnya terkandas dan tak dapat pun pergi ke tempat yg dituju. Malah bersusah payah pula che det membantu mencarikan workshop di kawasan sekitar yg memang asing.


Allah maha besar. Last few months when I was asked for a favour from a friend to be their host, I don't even know their names. Who would know that such a small favour was rewarded by such a tremendous gift; our friendship. Terima kasih untuk che det, sal dan si comel maisarah.

After all these years, I've learnt something in a way from my papa...though back then when I was young I always get so cross whenever I thought that people treated him unfairly for his kindness. Yes, I do learn it by heart now..looking back at my own journey, I always blessed by so many kind and good people around me.


" Permudahkanlah hidup orang lain, insyaAllah hidup kita akan dipermudahkan in a way we can't even imagine"

Monday, August 28, 2006

hepi besday to ayah..we love u very, very much...muaahhhh!


SELAMAT HARI ULANG TAHUN YG KE- 30,
ye, 30 ye bang..bukan 17 lagi................(abang sudah tua)

SEMOGA CINTA ANTARA KITA SENTIASA ADA. InsyaAllah.

Saturday, August 26, 2006

Last nite I had a dream...

I dream about lots of things lately..
I dream about places, I dream about faces..
I guess this blog isn't the only way of escapism.

Long ago, in a far away land that I can only dream about now, somebody told me something that i'm holding on until today no matter what the circumstances are..

"you keep on coming into my dream lately, I wonder why?"

p/s: Is it true that what we dream of is something that is stored at the back of our mind?


DREAM, DREAM, DREAM (the everly brothers)

dream, dream, dream (2x)
when i want you
in my arms
when i want you
and all your charms
whenever i want you
all i have to do
is dream....

dream, dream, dream
when i feel blue
in the night
when i need you
to hold me tight
whenever i want you
all i have to do
is dream....

I can make you mine
taste your lips of wine
anytime night or day
the only trouble is, ghee weez
i'm dreaming my life away

I need you so
that I could die
I love you so
and that is why
whenever I want you
all I have to do
is dream....

(videonya ada dlm posting yg lepas2)

Wednesday, August 23, 2006

ADIK HILANG BARNEY............

saat-saat manis adik dan barney kepamnya

gambar kandid kat meadowhall (shopping mall ala2 mid valley)
adik tak kisah, adik tetap bawak barney...


adik memek sambil peluk barney


pegi picnic pun kepit barney...


santai2 kat rumah pun pegang barney..


ye...benar, walaupun aku harap bukan benar dan hanya mimpi.

Hari ahad yg lepas aku ke carboot sale..sebab dah dua minggu tak datang marsh lane, maka terus saja menjadi begitu excited sebaik saja sampai. Macam biasa, kakak jalan ngan aku, si adik pulak dok kat atas pram sambil ditolak ayahnya.

Hari tu aku memborong buku bebudak ni dengan agak banyak sambil membeli jugak baju baby..oohh...jgn salah sangka, baju baby tu bukan utk baby sendiri tapi utk anak sedara yg baru lahir minggu lepas. (syok oo beli baju baby kat carboot sebab cantik2 dan murah2...he..he..bukan apa ini sebagai terapi katanya...). Bila dah berat nak mengangkut barang2, aku pun calling-calling kekander utk dtg memberi bantuan.

jadinya beban bertukar tangan, sebagai ganti, aku kena pulak tolak pram adik sambil kakak mengekori...yg bestnya, tiap2 kali dtg carboot bila jalan ngan ayahnya, adik biasanya tido aje...tapi bila time aku tolak, tak mau pulak dia tido dan yg lagi best bertekak pulak budak dua beradik tuh berebut dari air ke keropok ke mainan....

Dan aku pulak, dengan semangat carboot tegar, berusaha jugak nak mengabihkan semua line yg ada walaupun kaki dah tak larat. Tiba-tiba hujan plak lite-lite, aku pun pasang rain cover adik. Masa tu aku tengok sebelah tangannya pegang barney, sebelah lagi pegang keropok..aku pulak nak cepat2 pegi ke kereta terus je tolak dia laju2 sket sambil kakak ikut kat belakang. pastu jumpa ayahnyer kat starting point, ayahnya pulak tolak adik sampai ke kereta.

SEKALI, SAMPAI KAT KERETA, AYAHNYA TANYA.."MANA BARNEY ADIK ?"
AKU PULAK, "EH, TAKDE KE KAT PRAM DIA TU?" ....sudahhhhhh, barney adik dah cicir!
aku terus lari balik ikut route kitaorg tadi sambil mata melilau mencari...habih satu carboot tu aku round balik dan masa tu hujan pun dah lebat...dah tak jumpa , aku pegi balik kat kereta dengan mata dah rasa panas2 macam nak menangis..

"ABANG, TAK JUMPA PUN BARNEY ADIK!!!!"
"BIAR ABANG PULAK PEGI CARIK................"
Udah....hubbyku pulak pegi meround carboot mencari...masa tu setengah penjual dah bungkus nak balik sebab hujan. Pastu aku pegi jugak mencari sama sambil bebudak tu ditengok dek che det dan sal...AAAAA.......SEDIHNYA....BARNEY ADIK DAH HILANG!!!!!!!!!!!!

Sekali hubbyku cakap ada sorang pompuan tu jual barney yg lembut tapi dia nak jual sekali ngan 2 ekor lagi kawan barney..mahal pulak tu sampai 5pound. Aku pun terus pegi kat pompuan tu...tanya dia berapa nak jual barney tu...pastu katanya tak leh beli sekor, kena beli ngan kengkawan nya sekali....aku pun terus buat muka sedey...cakap aku nak barney tu je utk anak aku yg dah kehilangan barneynya....pujuk punya pujuk dia kasi la beli sekor je, tapi nak nya 2pound. takde banyak cakap aku terus bayor je walaupun punya la mahal sekor barney tu sampai 2pound....tak penah aku beli soft toys mahal cenggitu kat carboot...adik punya pasal dan aku pun merasa bersalah, 2pound pun 2poundlah....

Dalam kereta adik tido, so balik rumah kitaorg pun perkenalkanla barney barunya pada adik...dia nak je tapi tak excited macam barney kepamnya...
Cuma yg tak tahannya setiap kali dia tengok gambar barney kepamnya tu, nanti dia cakap...NEY...NEY...uwaaaaaa, aku pulak yg rasa nak nangis.


p/s: adik sayang betul barney kepam dia tu....dari dia umur dalam 6 bulan lagi dia dah ada barney tu..masa nak datang sini dulu, berangkut barney tu naik kapal terbang. Hari tu dah nak putus tangannya, ibu jahitkan..pastu tangan yg lagi satu pulak terkulai, pun ibu jahitkan. Bila perut dia dah nak terburai, ibu terus masuk OT buat operation emergency.

Adik sayang barney, nak memek carik barney, nak main bawak barney, pegi jalan bawak barney, sudah mandi kepit barney....barney tu hanyalah seeokor barney siam sahaja...tapi nilainya tak ada galang ganti walaupun kat sini dah berekor-ekor kitaorg belikan barney yg ori....its the glow in his eyes whenever he see his barney that i miss.....



kepada adik, ibu nak cakap sori, ibu betul2 tak perasan bila pulak barney adik tu jatuh...ibu tau adik sayang barney adik...........

dan percayalah adik, walaupun ibu tak gembira disini, i never thought that the feeling of you losing your barney would be so unbearable coz the least I could do here is to keep you and kakak happy.

Monday, August 14, 2006

andai engkau menjadi aku, aku yakin engkau mengerti

hari ini aku katakan pada engkau; aku takut, diluar ribut..maka engkau kata pada aku "peduli apa aku dengan rasa takutmu"
hari ini aku katakan pada engkau; aku kecewa, hatiku menderita..maka engkau balas pada aku "peduli apa aku dengan derita hatimu, bila aku derita apa engkau tahu?"
hari ini aku katakan pada engkau; aku disakiti, lagi dan lagi..maka engkau terus kata pada aku "engkau memang tidak cukup bagus untuk disayangi, selayaknya saja disakiti
hari ini aku katakan pada engkau, aku dilukai, aku berdarah..maka engkau menempelak "aah,biar saja luka itu, lama nanti pasti sembuh, tidak perlu ubat, tidak perlu pelali, engkau sepatutnya sudah tahu mengubati diri sendiri.

israel serang lebanon. israel:serang, serang,serang. Lebanon: mati, mati, mati. Bayi2 mati. kanak2 mati. wanita2 mati. orang2 tua mati. aku:sedih.

hari ini aku kata pada engkau; apa engkau memang langsung tidak peduli?..maka engkau terangkan pada aku; selagi aku selesa, selagi aku gembira, selagi aku bahagia, kenapa apa perlu ambil tahu pasal kamu? kamu bukan siapa2...

israel serang lagi. dunia kata mesti ada genjatan senjata, tapi israel peduli apa.

aku: tunduk saja, diam saja..buat macam biasa. perlu apa lagi aku berkata2? kata2ku bukannya didengari kerana engkau tak pernah peduli.


p/s: luka kamu tidak menyebabkan kamu boleh menyakiti aku.

Wednesday, August 09, 2006

AKSI

AKSI 1
Bila ni ye, dalam 2 minggu lepas kot..suatu petang kami makan2 mee bandung (credit to pn. sal& che det) dekat playground (high hazel park namanya)..

aksi makan2 mee bandung pn.sal

si kakak dtg2 je tak sempat makan terus dapat kawan anak Paki mana ntah. Tinggal la si adik takde geng..pastu dia pun apa lagi, terus je la grumpy..lari2 dan jatuh tersembam atas rumput. Nasib atas rumput, kot tak sopek hidung anak aku.

grumpy little boy tersembam sambil nangis



AKSI 2
petang semalam (08/08/06), tengah aku syiok2 melepak kat luar sambil baca novel (rasanya last baca novel time belajor2 dulu je), si adik pulak terjerit2..ingatkan kena gigit semut sebab dia sukaaaa sangat berlari kat luar tak pakai selipar. Sekali rupanya kena kejar ngan kakak dengan batang penyapu buruk..
kakak menghampiri mangsa yg sedang asyik main2..

Apa lagi bukan main bising la budak dua beradik tu berlari..yg sorang terjerit2 mengejar, yg sorang lagi terpekik2 mintak tolong (dlm bahasa yg sukar difahami..)

adik dah lembik lutut, tak larat lari lagi.....


Mula2 rasa macam nak marah tengok si kakak macam nak menyodok adiknya dengan penyapu buruk tu, lepas tu kelakar pun ada..macam tu la jadiknya kalau dah asyik terperap je kat rumah..idea nak main pun dah jadik pelik2...
Lepas tu aku cakap kat kakak, kejar la sampai kakak penat, nanti malam cepat sket tidur..ha..ha..omaknyer pun dah tumbuh tanduk.....

bu..tolong adik bu...ada dinasour kejar adik


AKSI 3
pagi tadi (09/08/06), aku dah la dah lambat nak gi school, budak berdua tu pulak punya la liat nak mandi. Celik aje mata kol 6.30 pagi tadi, terus je ngadap nick jr. Last2 pertolongan hubby diminta utk memandikan depa..si adik pulak protes tak nak
masuk bilik air..siap tarik bakul laundry pegi depan pintu bilik air..sambil nangis (nangis lagi..), sambil tarik keluar baju2 yg ada dalam bakul campak ke lantai..adoooiii anak bertuah..

aku dah nak cepat, sempat la pujuk ala2 je..biasanya si kecik ni kejap je anginnya, bila org tak layan sangat macam tekan switch tetiba je buleh ok balik...macam magik!

tengah punggah hasil tangkapan hari ini....

Monday, August 07, 2006

HARI SABTU (05/08/06)

CERITA DI SUATU SABTU ITU..

hari sabtu yg lepas..(05/08/06), genap enam tahun usia perkahwinan..yezza..enam tahun yg lepas, aku masih muda remaja..pinggang pun 24" aje, ermm..sekarang, biarlah rahsia..........ha..ha...tak koser!

ni la dia permata hati ayah dan ibu...


empat tahun bershinta, enam tahun perkahwinan dan dua anak yg membahagiakan. bak kata amy mastura:'sederhana, tapi sempurna'. Walaupun banyak rintangan, suka dan duka..Alhamdulillah, semuanya mematangkan. Dan aku ini, walaupun kekadang bila datang angin timur laut dan barat daya jadik moody, tapi harapnya masih boleh menjadi anak yg baik, isteri yg baik, ibu yg baik (tapi kekadang jadik garang), kawan yg prihatin dan insan yg lebih baik dari sebelumnya. amin.

dan sempena hari ulangtahun perkahwinan kami, ada ramai yg berbesar hati jemput makan2 kat rumah depa...wah..terus feeling femes katanya..

1. acara bbq di rumah pn.kina
macam2 ado..bersusah payah pn.kina menjayakan sesi berbbq kali ni. tenkiu. Masa datang mmg tengah lapar, apa lagi tunggu...terus aje pekena rojak buah, nasik kerabu, kambing panggang, ikan bakar, buah2an, air sirap, rojak buah lagi sekali...fuh..banyak tu pn.nita..cover exercise 4 hari! bila nak kurus macam ni.....

2. birthday party anak kak jeri
dengan perut yg terik dan tegang, terus pulak pegi rumah kak jeri..sampai2 aje mmg org baru nak start makan..dlm hati berazam tak nak makan yg berat2, skali terpandang pulak mee kari..makan lagiiiiii.............tengok lompat tikam, makan lagiiiii.....argghhh...perut kata pegi, lemak kata mari...........

3. acara menonton wayang citer'cars'
hari tu, minggu lepas la..ingat nak tinggalkan bebudak ni kat rumah che det dan nak pegi bercinter ngan hubby tengok wayang citer pirate of caribbean 2. Dah terbayang dah ni...romantik habis la cekononnya..siap dah bawak bebudak ni tengok wayang minggu lepas citer 'over the hedge'. kira dah cover la... Tapi, bila tiba har
inya, tak sampai hati la pulak..aleh2 bawak la bebudak dua org tu tgk wayang dan terpaksa la nengok citer katun lagi sekali...habis la impian romantik aku...harap je la.. Si adik siap buat hal dlm wayang, berjalan sana sini, siap dicuit2nya org depan..air 'gas' satu cawan besar dia conquer..pastu tumpahkan pop corn atas carpet. Hubby aku kata, 'abis la, sure yg tukang bersihkan tu menyesal dilahirkan...' Memang habis atas carpet, aku try jugak kuis2 sket masuk bawak kerusi..malu.. Balik rumah, si adik melalak tengah malam, sakit perut la gamaknya sebab dah minum air sprite sampai satu gelas dalam wayang tadi. Berenyah la aku laki bini menenangkan si adik..memang takde can nak romantik...
'baby' besar yg manja amat..


tapi apapun, semalam tetap special dan aku sungguh gumbira....harapnya kegumbiraan dan kesejahteraan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

p/s: si kakak siap ajak lagi tengok wayang hari ni....oooo...tak buley la tetiap hari, bengkok la acik. "but i like watching movie very much" katanya..ad
usss!

kakak yg nak kena inject pre-school booster esok, tapi dah cemas siap2 hari ni