CERITA DI SUATU SABTU ITU..
hari sabtu yg lepas..(05/08/06), genap enam tahun usia perkahwinan..yezza..enam tahun yg lepas, aku masih muda remaja..pinggang pun 24" aje, ermm..sekarang, biarlah rahsia..........ha..ha...tak koser!
empat tahun bershinta, enam tahun perkahwinan dan dua anak yg membahagiakan. bak kata amy mastura:'sederhana, tapi sempurna'. Walaupun banyak rintangan, suka dan duka..Alhamdulillah, semuanya mematangkan. Dan aku ini, walaupun kekadang bila datang angin timur laut dan barat daya jadik moody, tapi harapnya masih boleh menjadi anak yg baik, isteri yg baik, ibu yg baik (tapi kekadang jadik garang), kawan yg prihatin dan insan yg lebih baik dari sebelumnya. amin.
dan sempena hari ulangtahun perkahwinan kami, ada ramai yg berbesar hati jemput makan2 kat rumah depa...wah..terus feeling femes katanya..
1. acara bbq di rumah pn.kina
macam2 ado..bersusah payah pn.kina menjayakan sesi berbbq kali ni. tenkiu. Masa datang mmg tengah lapar, apa lagi tunggu...terus aje pekena rojak buah, nasik kerabu, kambing panggang, ikan bakar, buah2an, air sirap, rojak buah lagi sekali...fuh..banyak tu pn.nita..cover exercise 4 hari! bila nak kurus macam ni.....
2. birthday party anak kak jeri
dengan perut yg terik dan tegang, terus pulak pegi rumah kak jeri..sampai2 aje mmg org baru nak start makan..dlm hati berazam tak nak makan yg berat2, skali terpandang pulak mee kari..makan lagiiiiii.............tengok lompat tikam, makan lagiiiii.....argghhh...perut kata pegi, lemak kata mari...........
3. acara menonton wayang citer'cars'
hari tu, minggu lepas la..ingat nak tinggalkan bebudak ni kat rumah che det dan nak pegi bercinter ngan hubby tengok wayang citer pirate of caribbean 2. Dah terbayang dah ni...romantik habis la cekononnya..siap dah bawak bebudak ni tengok wayang minggu lepas citer 'over the hedge'. kira dah cover la... Tapi, bila tiba harinya, tak sampai hati la pulak..aleh2 bawak la bebudak dua org tu tgk wayang dan terpaksa la nengok citer katun lagi sekali...habis la impian romantik aku...harap je la.. Si adik siap buat hal dlm wayang, berjalan sana sini, siap dicuit2nya org depan..air 'gas' satu cawan besar dia conquer..pastu tumpahkan pop corn atas carpet. Hubby aku kata, 'abis la, sure yg tukang bersihkan tu menyesal dilahirkan...' Memang habis atas carpet, aku try jugak kuis2 sket masuk bawak kerusi..malu.. Balik rumah, si adik melalak tengah malam, sakit perut la gamaknya sebab dah minum air sprite sampai satu gelas dalam wayang tadi. Berenyah la aku laki bini menenangkan si adik..memang takde can nak romantik...
tapi apapun, semalam tetap special dan aku sungguh gumbira....harapnya kegumbiraan dan kesejahteraan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
p/s: si kakak siap ajak lagi tengok wayang hari ni....oooo...tak buley la tetiap hari, bengkok la acik. "but i like watching movie very much" katanya..adusss!
13 comments:
heh... ini anak2 raiedzall ni... heheh
salam kenal..lompat dari blog yus.. jiran yea dengan Yus..wahhh seronok lah eik..saya tak de jiran2 Msia disini..
Comey anak2 awak...Kirim salam pada kakak tuh..
opsssss nak tanya lagi..yg ada perkataan "update" tuh ambil dari mana link mana eik?
Tq
ohhh kak anita ni wife abg raiedzall...patut blog title nyer lebih kurang...hehehe....happy wedding anniversary iyer
Happy anniversary buat Pn Anita dan saudara Raiedzall. Semoga terus kekal bahagia hingga ke anak cucu.
Bestnya tgk wayang, yus tak berani bawak bebudak ni tgk wayang. Dah terkena sekali first year kat sini dulu, Aqil dok bising satu panggung tu, sampai kena marah dgn penonton lain..huhu.
izhal,
tu la dia budak berdua permata hati kitaorg..belum ada perancangan nak menambah..tunggu abih belajor la kot..
wilhelm,
ya, saya mmg jiran ngan yus..dekat2 aje rumah kami ni. time summer nampak la batang hidung memasing..winter hari tu sumer berhibernasi kat rumah je..lepas tu link 'update' tu hubby yg buatkan. dia yg rajin menggodek blog ni. saya tatau apa pun, tau posting saja...awak try tanya dia tengok..
amy,
tenkiu v.much..blog title tu hubby jugak yg buatkan..sehati sejiwa la cekononnya tu (ke dia takde idea, tatau la mana satu...)
yus,
tenkiu. kitaorg pun ada gak kena pandang2 suwey ngan mat2 saleh sebab adek tak leh dok diam dlm wayang..sabor je la aku.
tak patut kalau saya tak ucapkan happy wedding anniversary di sini juga :)
Sama lah mcm En. Izhal...lupa plak nak wish happi anniversary..
Moga berkekalan ke akhir hayat.
bak kat izhal.. tak patut kalau tak wish kat sini jugak.. so saya pun nak wish eppy annibersary kat sini jugak lahh
Wah wah kakak...ni darwish pun sibuk gak ajak2 tengok movie tapi mummy dia buat2 tak dengar...kakak nak gi dating dgn darwish? :D (sorry kakak, hari tu darwish buat deq kat kakak di BBQ tu, sebab dia dah jumper bestfren dia...)
anyway, to puan anita dan tuan reidzall, di ucapkan happy anniversary yg ke 6....semuga berkekalan hingga selamanya.
Suasana keceriaan........
psst...Nasi beryani yang best kat Mat Shah Batu Pahat....
oo, bini si rizal. oo, orang terengganu. oo, ulang tahun nikah. Selamat ulang tahun nikah.
izhal,wilhelm,amy,yus,kak faiz, lan rambai, blackpurple dan AJ,
Terima kasih atas ucap selamat dari anda semua. Moga jadi satu doa. Selamat utk anda semua juga, dimana saje berada.
Post a Comment