hari ini aku katakan pada engkau; aku takut, diluar ribut..maka engkau kata pada aku "peduli apa aku dengan rasa takutmu"
hari ini aku katakan pada engkau; aku kecewa, hatiku menderita..maka engkau balas pada aku "peduli apa aku dengan derita hatimu, bila aku derita apa engkau tahu?"
hari ini aku katakan pada engkau; aku disakiti, lagi dan lagi..maka engkau terus kata pada aku "engkau memang tidak cukup bagus untuk disayangi, selayaknya saja disakiti
hari ini aku katakan pada engkau, aku dilukai, aku berdarah..maka engkau menempelak "aah,biar saja luka itu, lama nanti pasti sembuh, tidak perlu ubat, tidak perlu pelali, engkau sepatutnya sudah tahu mengubati diri sendiri.
israel serang lebanon. israel:serang, serang,serang. Lebanon: mati, mati, mati. Bayi2 mati. kanak2 mati. wanita2 mati. orang2 tua mati. aku:sedih.
hari ini aku kata pada engkau; apa engkau memang langsung tidak peduli?..maka engkau terangkan pada aku; selagi aku selesa, selagi aku gembira, selagi aku bahagia, kenapa apa perlu ambil tahu pasal kamu? kamu bukan siapa2...
israel serang lagi. dunia kata mesti ada genjatan senjata, tapi israel peduli apa.
aku: tunduk saja, diam saja..buat macam biasa. perlu apa lagi aku berkata2? kata2ku bukannya didengari kerana engkau tak pernah peduli.
p/s: luka kamu tidak menyebabkan kamu boleh menyakiti aku.
4 comments:
Anita...penat sudah mulut menyumpah...menyeranah kaum pemusnah zionis...tapi...apa penyudahnya...masih kabur...
Hanya satu pertanyaan...kenapa Islam tidak mahu bersatu...kenapa bangsa Arab terus membisu & memerhati...??
kak lady,
orang islam sedunia sibuk dengan agenda sendiri..tengok aje la kat malaysia..pasal politik pun nak mengkafirkan sesama islam..pak2 arab pulak lebih suka joli kat luar negara dari tolong saudara sendiri..
macamana nak memusnahkan zionis jika umat/negara Islam tak bersatu?
arab, satu bangsa yang boleh berkoloborasi untuk berkonfrontasi.
asabiyyah sangat kuat.
Post a Comment