gambar kandid kat meadowhall (shopping mall ala2 mid valley)
adik tak kisah, adik tetap bawak barney...
adik tak kisah, adik tetap bawak barney...
ye...benar, walaupun aku harap bukan benar dan hanya mimpi.
Hari ahad yg lepas aku ke carboot sale..sebab dah dua minggu tak datang marsh lane, maka terus saja menjadi begitu excited sebaik saja sampai. Macam biasa, kakak jalan ngan aku, si adik pulak dok kat atas pram sambil ditolak ayahnya.
Hari tu aku memborong buku bebudak ni dengan agak banyak sambil membeli jugak baju baby..oohh...jgn salah sangka, baju baby tu bukan utk baby sendiri tapi utk anak sedara yg baru lahir minggu lepas. (syok oo beli baju baby kat carboot sebab cantik2 dan murah2...he..he..bukan apa ini sebagai terapi katanya...). Bila dah berat nak mengangkut barang2, aku pun calling-calling kekander utk dtg memberi bantuan.
jadinya beban bertukar tangan, sebagai ganti, aku kena pulak tolak pram adik sambil kakak mengekori...yg bestnya, tiap2 kali dtg carboot bila jalan ngan ayahnya, adik biasanya tido aje...tapi bila time aku tolak, tak mau pulak dia tido dan yg lagi best bertekak pulak budak dua beradik tuh berebut dari air ke keropok ke mainan....
Dan aku pulak, dengan semangat carboot tegar, berusaha jugak nak mengabihkan semua line yg ada walaupun kaki dah tak larat. Tiba-tiba hujan plak lite-lite, aku pun pasang rain cover adik. Masa tu aku tengok sebelah tangannya pegang barney, sebelah lagi pegang keropok..aku pulak nak cepat2 pegi ke kereta terus je tolak dia laju2 sket sambil kakak ikut kat belakang. pastu jumpa ayahnyer kat starting point, ayahnya pulak tolak adik sampai ke kereta.
SEKALI, SAMPAI KAT KERETA, AYAHNYA TANYA.."MANA BARNEY ADIK ?"
AKU PULAK, "EH, TAKDE KE KAT PRAM DIA TU?" ....sudahhhhhh, barney adik dah cicir!
aku terus lari balik ikut route kitaorg tadi sambil mata melilau mencari...habih satu carboot tu aku round balik dan masa tu hujan pun dah lebat...dah tak jumpa , aku pegi balik kat kereta dengan mata dah rasa panas2 macam nak menangis..
"ABANG, TAK JUMPA PUN BARNEY ADIK!!!!"
"BIAR ABANG PULAK PEGI CARIK................"
Udah....hubbyku pulak pegi meround carboot mencari...masa tu setengah penjual dah bungkus nak balik sebab hujan. Pastu aku pegi jugak mencari sama sambil bebudak tu ditengok dek che det dan sal...AAAAA.......SEDIHNYA....BARNEY ADIK DAH HILANG!!!!!!!!!!!!
Sekali hubbyku cakap ada sorang pompuan tu jual barney yg lembut tapi dia nak jual sekali ngan 2 ekor lagi kawan barney..mahal pulak tu sampai 5pound. Aku pun terus pegi kat pompuan tu...tanya dia berapa nak jual barney tu...pastu katanya tak leh beli sekor, kena beli ngan kengkawan nya sekali....aku pun terus buat muka sedey...cakap aku nak barney tu je utk anak aku yg dah kehilangan barneynya....pujuk punya pujuk dia kasi la beli sekor je, tapi nak nya 2pound. takde banyak cakap aku terus bayor je walaupun punya la mahal sekor barney tu sampai 2pound....tak penah aku beli soft toys mahal cenggitu kat carboot...adik punya pasal dan aku pun merasa bersalah, 2pound pun 2poundlah....
Dalam kereta adik tido, so balik rumah kitaorg pun perkenalkanla barney barunya pada adik...dia nak je tapi tak excited macam barney kepamnya...
Cuma yg tak tahannya setiap kali dia tengok gambar barney kepamnya tu, nanti dia cakap...NEY...NEY...uwaaaaaa, aku pulak yg rasa nak nangis.
p/s: adik sayang betul barney kepam dia tu....dari dia umur dalam 6 bulan lagi dia dah ada barney tu..masa nak datang sini dulu, berangkut barney tu naik kapal terbang. Hari tu dah nak putus tangannya, ibu jahitkan..pastu tangan yg lagi satu pulak terkulai, pun ibu jahitkan. Bila perut dia dah nak terburai, ibu terus masuk OT buat operation emergency.
Adik sayang barney, nak memek carik barney, nak main bawak barney, pegi jalan bawak barney, sudah mandi kepit barney....barney tu hanyalah seeokor barney siam sahaja...tapi nilainya tak ada galang ganti walaupun kat sini dah berekor-ekor kitaorg belikan barney yg ori....its the glow in his eyes whenever he see his barney that i miss.....
kepada adik, ibu nak cakap sori, ibu betul2 tak perasan bila pulak barney adik tu jatuh...ibu tau adik sayang barney adik...........
dan percayalah adik, walaupun ibu tak gembira disini, i never thought that the feeling of you losing your barney would be so unbearable coz the least I could do here is to keep you and kakak happy.
5 comments:
Sayang betul adik kat Barney tu ekk...
Begitulah..
Adik saya juga pun begitu..
Tak lekang dari 'Winnie the Pooh'nya..
Tak nak Pooh yang lain
Nak yang itu jugak...
hehehe..
blackpurple,
he..he...adik yg mana ni? adik yg pandai berblog jugak tu ker?
barang kepam le sedap... adik ni sure besar nanti pakai jeans sampai koyak dan suruh maknya tampal ;)
kesiannya adik....takpe nanti lama2 oklah tu. Mcm Aqil dulu mula2 dtg sini tak boleh lekang dari bantal busyuknya. Pas tu kami sorokkan, menahan diri ler juga dia menangis dok cari, lama2 ok. Laa ni tunjuk balik bantal busyuk tu...tak mau dia.
lleee kau ni anita kema, mujur hilang barney, kut hilang anak macam mana ! mari berguru dgn ku yang anak 4 ni.
Post a Comment