Wednesday, November 01, 2006

SELAMAT BERHARI RAYA....(part 1)

he..he..hero cilik tgh kiss2 baby maisarah...


gambar bebudak kat rumah marina

sesi bergambor ngan tetamu seblm berarak kerumah pn.yus


ni gambar lepas dah balik semayang raya..sementara tunggu tetamu sampai. Pagi sebelum sembahyang tak sempat bergambar....maintain la kelam kelibut di pagi syawal.

gambar ngan 'anak2' angkat kitaorg..ada lagi sorang, tapi dia pegi beraya kat newcastle. Yg paling kiri nama apai dan yg comel tu nama manjanya Roi


masa hari raya pertama cik abang kita kena 'bertugas' dulu pagi tu...dekat kol 8 pg baru balik..terus je kelam kabut bersiap nak pegi semayang raya. Semayang raya buat kat PMC ( hall kepunyaan persatuan org pakistan rasanya nih..). Saya ditugaskan utk bawak pot luck bihun goreng..he..he..kuih raya takde, tak reti nak buat. Tapi utk juadah kat rumah ada sediakan nasik minyak terengganu dan juga nasik impit+kuah kacang....berasak memasak malamnya tu...first time kena masak sendiri time raya....merasa!


Gambar disebelah ni gambar shafiyyah masa pagi raya....puas pujuk tu nak kasik pakai tudung..




Baju kurung raya yg atok dan uwannya kirim terbesar pulak, baik juga ada baju spare yg bawak dari msia tahun lepas lom pakai lagi, so baju yg baru tu kira carry forward. Baju adik ok...baju omak adik lagiiii ok. Tima kasih atok dan uwan!
Raya kat sheffield ni mmg meriah amat, tinggal lagi yg tak berapa best tu sebab kena hari kerja...maka cik abang kita petangnya nak kena keja lagi..apa pun lepas semayang dan jamuan raya di pmc tu, kitaorg terus balik rumah sebab ada kengkawan yg nak dtg beraya..sempat la melayan tetamu sampai petang. bila suamiku balik keja, kitaorg plak pegi beraya, dapat la dua bijik rumah pastu sumer dah melentok tak larat lagi....


Adik tgh gembira dipakaikan socks tapi seminit kemudian dah dicabutnya...

kakak dan bespren nya areefa


Malam tu sebelum tido dah kunci jam ni kol 12tgh mlm sebab nak tepon msia masa kat sana pagi raya...ingat nak beraya ngan mak ayah + adik2 sambil syahdu2 laa...sekali tak sedar pun jam bunyi...dah pagi baru terjaga, letih beraya punya pasal. Hari raya kedua tu ingat dah nak pegi school mcm biasa, takde maknenya......sejam sekali aku tepon msia. setiap kali aku tepon hangin je dengar dorang tgh berseronok kat rumah sedara mara...ooo...tidak......aku ingin pulangggg! Dorang pun naik pelik agaknya..apa ke menda budak sorang ni, selang setengah jam sekali menalipon?? he..he...tak kisahla, tak dapat beraya bersama, dapat dengar suasana raya dlm talipon pun kira ok apa...dasat betul desperadonya.

dah alang2 tak pegi school tu, sambung lagi beraya...sampai kemalam jugak..malamnya tu pegi rumah rosnita kat city center..fuh! kat situ lagi dasat punya meriah..siap kena serang ngan bebudak undergrad sampai tak muat rumah..he..he..

hari rabu ngan khamis ngan jumaat pegi sekolah...cover balik...dalam pada tu sempat lagi mencelah pegi raya sebelah malamnya, semangat...!

Hari sabtu, kitaorg kat balfour road buat rumah terbuka..menunya kat rumah kitaorg nasik dagang ngan laksa penang. Dengar citer pn.yus buat mee kari tomyam..pn kina kat sebelah buat nasik kerabu ngan laksa terengganu dan pn marina disebelah kiri buat bihun sup..fuh! menangis kalau org kat msia tgk....Tetamu kitaorg dari pukul 12thari sampai kol 11 malam...mmg meriah, tinggal lagi tak pasang pelita je kat luar rumah. Hari ahadnya, aktiviti routine tetap maintain...pegi carboot. Balik je dari carboot terus siap2 pegi rumah terbuka kak mas & the gang yg dibuat di subud centre..makan lagiii.... keluar dari subud, sempat lagi beraya 2 rumah yg berdekatan. Lepas maghrib, keluar pulak beraya lagi 3 bijik rumah...wuiyoo...mmg selagi terdaya. Tu pun balik sebab masing2 dah tak larat bukak bijik mata, dan esoknya pulak keja..aiyooooo! terus monday blues ini.

Utk minggu ni, jadual beraya dah penuh....sabtu ni jugak ada pak2 menteri nak datang nottingham...nak dengar org2 kat sini membentangkan kertas keja secara paksa rela...katanya kedatangan postgrad pun ala2 paksa rela jugak....ermmm...takdenye aku nak pegi. dari menghabihkan duit pegi tido sambil org berceramah, baik pegi beraya sambil makan2 dan bergumbira, ada jugak paedahnya. Dah mak2 datin tu nak dtg UK shopping, datang je la,,,yg nak paksa org terlibat sama buat bentang kertas kerja segala time2 raya ni buat apa???? motifffffff...!


p/s : 1. gambar is not in order of time and event..main belasah je letak. malas nak rearrange.
2. gambar2 masa kat subud dgn yg minggu ni punya nanti update...sekarang dah
lenguh..nak tido.

8 comments:

kingbinjai said...

ooo ooo sakan juga ya?

Mama Sarah said...

Fuh! LEtihnya dengar orang Sheffield beraya. Kita orang record tahun ni, so far ZERO beraya rumah orang.

Tahun depan dah nak balik. Kita raya puas2 ler.

Poda ada contact baru ni. Dia kata buat open house last weekend. TApi I tak pergi sebab husband kerja. Bolehlah kita mini gathering juga nanti Nita?

Unknown said...

Letih dan seronok beraya di Sheffield ni kan Nita. Wow, lagi advance sampai kul 11 hari Sabtu tu, kami pukul 10 semua dah habis langsai, terpaksa cabut beraya rumah orang..haha.

anita kema said...

kingbinjai,
mmg sakan....weekend ni undangan dah penuh, he..he..baju kurung tak banyak..terpaksa la recycle!

mama sarah,
that would be a good idea. Ada gak teringat nak gi rumah poda, tapi masa tak mengizinkan...kat sini pun tak habih lagi ni haaaa

yus,
hi..hi..walaupun letih, tapi mmg seronok, aku lagi la, first time beraya diperantauan....meriah2 pun, feeling tak sama ngan raya di negeri sendiri kan....

Kaklong Syikin said...

salam,

wah..nita beraya lagi sakan drp kami kat mesia ni :D. terbayang2 kemeriahannya...yelahkan, beramai2 berkunjung drp satu rmh ke satu rumah. mmg best giler. tp smpat gak p ke carboot tu hehe.

cutenya shafiyyah n hensemnya si boy tu..hai, cepatlah awak ni bermenantu anita..

Aku Bukan Bidadari said...

huhuhu..
awak..saya berkenan sungguh..tengok sofa cover tu wat sendiri ke???

or beli?? kalo x keberatan kasi tau ar kat mana beli

ps: biasa ar kan org pompuan..

anita kema said...

pn.syikin,
mmg meriah raya kat sini...tapi carboot tu acara tetap, he..he...dah tahap kegilaan quicksilver. Anak2 saya tu ikut muka omaknyeeeee...... :)
p/s-kenapa saya tak buleh nak tinggal komen kat blog pn. syikin ye?

ABB,
Sofa kat rumah saya tu semua landlord yg punya, jadi utk mengelakkan ianya menjadi belacan dikerjakan dek anak2 maka saya cover aje ngan throw yg kesemuanya dibeli di TJ Hughes..lagipun tak tahan la selera pakistan, semuanya hijau ngan biru gelap aje...golap mato acik haaa.

Yam,
ko miss sheffield while I cant wait to go back. I knew I'll miss this place anyway someday, but I still prefer berpeluh2 di malaysia. haa..haa...

Sastri said...

comelnya anak dara pakai tudung... seronok gak beraya walau jauh di perantauan ek... kalau Sas la sowang2 dah tentu nanes jer...