Saturday, July 29, 2006

JIKA ANDA KE NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

JIKA ANDA KE TERENGGANU....
jika anda ke terengganu jangan lupa singgah makan nasik dagang kat chendering yg harga kepala ikannya rm50 seketul tuh....ahakss! tapinya nasik dagang makcik tu mmg la sedap walaupun anak beranaknya yg bertugas disitu ada sedikit kekwat pada pengamatan ku.

JIKA ANDA KE TERENGGANU....
jika anda ke terengganu, pegi la makan nasik ayam yunan kat tepi pantai batu buruk....tuan punya dia tu cina tapi muslim. baik orgnya, layan pelanggan pun dengan senyuman, anak2nya pun ok. Nasik ayamnya sedapppp, betul....sedap.....!kalau tak caya pegi la time makan tengahari, nak carik tempat duduk pun payah...

JIKA ANDA KE TERENGGANU....
jika anda ke terengganu, tentu la tak lengkap kalau tak makan keropok lekor. keropok lekor losong seantero malaya tahu kesedapannya. tapi, bukanlah semua keropok yg dijual dilosong itu sedap...dan biasanya kalau org tak tau, mmg susah nak pilih, sebab hampir semua rumah jual keropok, habis tu camno? macam ni, kalau dari pasar chabang tiga, terus aje menghala ke sekolah rendah chabang tiga yg ada dekat2 ngan pasar...terus je (ikut jalan tu la...) nanti sebelah kanan ada nampak warung jual keropok lekor yg agak kebawah sket dari aras jalanraya dan ditepi jalan tu, landmarknya ada banyak pokok pisang..tapi kalau pokok pisang tu dah kena tebang...nasib korang la...

JIKA ANDA KE TERENGGANU....
jika anda ke terengganu, usahakan jugak pegi ke pantai batu rakit, dekat2 dengan mrsm kt. kat situ ada beberapa gerai yg jual ikan goreng tepung, sotong goreng tepung dan macam2 lagi....ada satu gerai pakcik tu yg paling best skali...gerainya nampak cam buruk aje, kalau dari arah bandar disebelah kiri jalan. Mungkin kalau anda set2 kelasssss, anda tak nak la kot berenti kat situ...cuma nya nak bagitau.....ikan goreng tepung ngan sotong goreng tepung kat gerai pakcik tu...dia punya rasa...perggghhhhhh! ulang lagi skali, perghhhhhhhhhh! yg lain2 tu gerai aje cantik tapi tak sedap mana dan harga pun mahal.... kat gerai pakcik tu, ikan dan sotongnya betul2 fresh sebab nelayan naik dari laut betul2 depan gerai dia..(pakcik, sila terima kasih pada saya, promosi percuma...) cerita banyak pun tak guna, kalau dah try..terngiang2 woooo......
(argghhh.....aku ini buat kerja gila menyeksa diri sendiri sampai kecur air liur..)

JIKA ANDA KE TERENGGANU....
pegi la taman alamanda 2, ada kawasan perumahan disitu, ada rumah banglo, ada rumah kembar dua...ada jugak rumah teres.
Dan ada sebijik rumah teres no.2 dari hujung jalan masuk....
ada yg istimewa disitu....kerana disitu ada ayahku, ada ibuku dan ada adik bongsuku yg manja tak tentu arah tinggal disitu..........................................

UWAAAAAAA.......NAK BALIK TENGGANU!!!!!!!!!!
mama....papa....bertahun lagi amar nak kena dok kat negeri omputeh ni...................!



tambahan: ermmm...mcmana buleh terlupa..
JIKA ANDA KE TERENGGANU....
jika anda ke terengganu, kalau berkesempatan, pergilah berkelah dibelakang masjid terapung yg femes itu... tempatnya sesuai sekali utk seisi keluarga, ada rumput yg dilindungi bayang2 pokok2, angin yg bertiup sungguh nyaman lagi mengasyikkan. Disebelah yg belakang masjid, ada tasik. disebelah yang satu lagi ada lagoon dan disebelah lagoon ada pantai. selonotnya dapat makan2 bersama keluarga, lepas makan buleh rehat2, baring2, bergelak ketawa...time sembahyang, masjid dekat aje. Saya pasti, kalau anda berpeluang menikmati suasana ini, didalam hati kecil anda pasti berbisik..inilah dia kebahagiaan. Bukan di Paris, bukan di London, bukan New York, bukan juga di Milan...bukan.

kalah schedule mawi

ermmm....
semalam dah selamat dah present yg 6 month punya...adegan cemas tersebut berlaku dalam masa 30 minit aje, memula nerbes jugak, lepas tu rasa macam tersesak pulak otak aku sebab nak mengingatkan skrip (ha..ha....siap pakai skrip!) lepas tu masa dah half way, aku terus redah aje, tak payah pakai skrip lagi which I think turn out to be better and more natural, rasanyalah. Habis ajos aku punya turn, terus belah, tak tunggu lagi 3 org yg nak present, after all i've been there for more than 2 hours, ok la kot.


Balik tunggu hubby datang amek, pegi thai panna beli barang2 sket termasukla sayur kangkung, sawi, daun pandan, serai, ikan masin... lepas tu nak pegi makan kebabish sebab pagi tadi tak sempat nak prepare proper meal, sempat buat nasik goreng je, jadinya makan petang lum ada, malas dan penat pulak rasanya nak balik masak segala..
tiba2 parking kat area kebabish tu ditutup sebab ada construction, aiyoooo.....terencat seleraku..tapi tak mengaku kalah nih, pegi zaika pulak...nak dijadikan cerita, penuh la pulak tempat duduknya..order utk tapau. ronda2 jap, balik tengok ada kosong, terus chop tempat duduk...merasa la makan kat situ, tak yah basuh pinggan kat rumah.


Balik rumah, aku terus tido kat atas sofa...sian hubbyku..kena menguruskan bebudak dan kemas rumah sorang2. ermmm...takpe la, skali skale....aku pulak tatau berapa jam tido (over...org habih viva 3-4 jam pun tak de camtu skali..), habis tu nak buat camane, mmg rasa penat...dari kol 5 pagi ada je aktiviti...lum ada rehatnya.

bila org sumer dah nak tido, aku pulak bangun..dah...mata dah terang, nak tido balik pun susah..pusing sana, pusing sini...akhirnya tertido balik ntah kol berapa. Habis cerita satu hari...


hari ni, aktiviti mengemas rumah, as usual. Cuma ada tambahan sket sebab melayan kakak nak tampal sticker kat bilik dia...he..he...kasik mak usu dia makan hati tengok.......best..best...

kejap lagi ingat nak pegi beli hadiah anak shah punya b-day party sok. pastu ingat nak ajak hubby bawak anak2 tengok wayang. adik lum penah masuk wayang lagi, kakak dah selalu jugak kat mesia dulu. pastu ingat petang kang nak masak pulak utk picnic ngan research group esok...fuh.....banyaknya planning....



esok..ermmm...rasa macam nak gi carboot, tapi pastu nak gi picnic pulak...petang ada jemputan bday party pulak.....wah......ketat betul jadual weekend ni....wajib la hari senin nanti terus monday blues katanya............................

Saturday, July 22, 2006

ADA APA PULAK DENGAN BUAH KIWI ITU?

Tak ada apa dengan buah kiwi itu..rasanya pun tak lah sesedap buah rambutan, manggis, apa lagi durian...........tapi ada satu cerita disebaliknya.

Lama dulu, masa aku sekolah2 dulu, ada seorg kawan a.k.a kakak angkat mak aku, yg anak2nya semua cemerlang dlm pelajaran. Dan salah seorg drpnya belajar ilmu perubatan di tanah Kangaroo. Suatu hari, ndak dijadikan cerita, anaknya yg belajar di tanah Kangaroo pulang bercuti ke sebuah negeri yg banyak ayam itik serta keropok lekor. Dan si ibu yg ternyata gembira menjemput para sahabat terdekat utk sesi makan2. Dan aku, jadi salah seorg tetamu bersama adik, ayah dan ibuku.

Tengah majlis makan rancak berjalan, si ibu yg gembira ini pergi kedapur, dan bawak keluar punch bowl yg ada banyak cawan gantung disekelilingnya itu. Sebaik saja dia letak punch bowl ke atas meja, aku nampak ada banyak potongan buah kiwi di dalamnya, tentulah dibawa pulang dari luar negara kerana masa itu manalah ada buah kiwi ditempat banyak keropok lekor.

Seorg demi seorg org dewasa mula mengambil air istimewa tersebut, dan aku, yg comot dan sederhana saja dlm pelajaran ini telah menjadi kanak2 pertama yg berada didepan punch bowl. Maka dengan tak semena2, terjadilah satu adegan yg menyayat hati...

"a..r, jgn ambik lebih dari satu potongan buah kiwi tu, sebab buah kiwi tu mahal harganya, dan dibawa pulang dari negara ada kangaroo, tak ada dijual disini jadi ingat jgn ambil lebih dari satu tau..."

Dan aku, terus letak balik cawan yg masih kosong dan ambil air masak saje utk diminum..dan yg sedihnya, dlm kemeriahan majlis, sangkaku tak ada mata yg memandang, tak ada telinga yg mendengar...tapi ibuku terlihat, ibuku terpandang, hati ibuku terluka....kasihan anaknya, tak merasa buah kiwi negara ada kangaroo.

Sejak hari penuh bersejarah tersebut, aku berjanji, suatu hari nanti aku pegi oversea...aku nak beli buah kiwi...

tapi rupanya, bila aku dah besar, barulah aku tau, tak payah susah2 pegi luar negeri, dekat jaya jusco tepi rumah aku pun banyak jual buah kiwi.

Hari ini, sampai jugak aku ke oversea, cuma bukan lagi sebab buah kiwi kerana ada tanggungjawap yg lebih besar yg aku pikul. Ini adalah harapan, ini adalah impian..utk keluarga, utk anak2 bangsa, utk agama, utk negara...


notakaki: ada yg bertanya, bagaimana aku disini, jawapku, biasa2 saja. mereka bertanya lagi, bunyinya seperti tidak gembira, maka jawapku, bagaimana aku hendak gembira kerana aku rindukan tanahairku. Disini sepi, disini dingin...kadang2 aku penat dan lelah, rasa ingin lari pulang, tapi aku lihat wajah suamiku, aku lihat wajah anak2ku dan aku kumpul kekuatan dari situ. Dan aku tau, aku selalu ada restu serta doa ayah dan ibu.

Monday, July 17, 2006

KISAH SERAM.......

hari ni baca paper..ada cerita pasal pameran hantu dan jin..dan ada pulak sorang wartawan tu yg sanggup bersengkang mata dari kol 12 mlm sampai kol 4 pagi sebab nak tunggu pocong menjelma, apa daaaa....................

tapi cerita pasal cerita hantu ni..aku ada dua kisah yg nak dikongsi. satu, kejadian yg berlaku pada ayahandaku, dan satu lagi, kejadian ngeri yg berlaku pada diri sendiri................misteriiiiiiiii! (sambil ada muzik seram sebagai background.)

KISAH 1

kisah ni berlaku dah lama, rasanya late 70's ataupun awal tahun 80an. dekat tengganu, ada satu skolah, nama dia sek.men sultan sulaiman, sebelah dia istana raja. pada suatu malam dlm hujan renyai2 (he..he..klise ..), ayah aku memandu sorang2 balik dari NS. Dia pun lalu kat situ lebih kurang kol 11 lebih. Time tu kat tengganu, keta tidaklah banyak mcm sekrg, jadiknya masa tu takde kenderaan lain di jalan raya. sampai kat satu kawasan (lebih kurang depan istana tu...), ayah aku nampak ada sorang pompuan tgh dukung anak kecik sambil pimpin anak sorang lagi, tahan keta dia....yg ayah aku ni pulak tak tau nape, tak berenti terus tapi sampai ke depan sket, ada satu warung yg masih bukak. dia berenti kat warung tu pastu panggil mamat kedai tu naik keta, katanya nak mencari sesuatu. yg mamat tu pulak ngikut, ingatkan dia nak carik barang jatuh ke, hilang ke..

ayah aku terus patah balik kat tempat kejadian, pusing punya pusing, mamat tu pun tanya.

mamat itu: abg carik mende ning? pusing banyok kali doh?
ayahku: tadi masa saya lalu sini ada nampak org pompuan bawak anak tahan keta. awak ada nampak tak?
mamat itu: (dengan muka pucat dan nada cemas) jom pegi dari sini, jom balik...jom balik.....!

ayah aku pun dah nampak mamat tu cemas semacam, terus pecut balik ke warung tadi. sampai kat situ baru dia tanya.

ayahku: apasalnya?
mamat itu: bang, doh selalu doh org napok org puang tu situ. dulu org tu mati kena langgor lori masa nok melintas jalan bawok anok dia................

semenjak dengar citer ayah aku tu, tiap kali lalu kat kwsn tu musti teringat, tapi sekrg dah takde kot sbb hantu mat2 rempit dah overshadow....


KISAH 2

Kejadian ini berlaku lebih kurang 18 tahun yg lepas...begini ceritanya..............

masa tu aku baru form 1, sekolah kat mrsm kerteh yang mana hostel studentnya ala2 apartmen gitu. setiap rumah ada 2 bilik, satu bilik besar, dan satu lagi kecik, both with its own bathroom. Ada living hall, kitchen, tempat sidai baju dan juga balkoni. Ada 6 tingkat semuanya dan bilik aku ditingkat 1, namanya A 1(4). Aku dok kat dlm bilik kechik ngan kak wan, chokeng dan suraya. Dlm bilik besor ada lagi 8 org. locker sumer kat hall, sebab dah tak muat dlm bilik.

Pada suatu malam yg tragis itu, prep malam habis kol 10. ada yg gi supper, tapi aku tak gi pun sebab biasanya supper makan biskut kering ajos. Jadi aku and the geng balik makan biskut kat bilik je sambil borak2. Borak punya borak punya borak, tak sedar dah time lights off (rasanya dlm kol 11). Bila sumer org dah masuk ke bilik dan tutup lampu, barulah aku ngan suraya terhegeh2 keluar ke hall nak kemas2 locker dan beg utk skolah esok (ye adik2, tak leh ikut ni perangai macam ni...)

suraya punya locker yg kaler pink tu dan locker aku pulak yg kaler biru (chewahh..siap ada layout yg tak tahan....)
tengah kitaorg mengemas2 dlm gelap, tetiba si aya berlari dan peluk aku yg tengah duduk mengadap locker. Aku pulak ingatkan dia nampak lipas sebab kalau bab lipas dia memang boleh sprint lagi laju dari rabuan pit. Dan nak dijadikan cerita, aku ni ada rabun sket dan time tu spek pulak tak pakai. Tanpa ada sebarang syak wasangka, aku pun bangun dan bergerak kearah entrance sambil kepala menunduk mencari kot2 ada lipas. Yang bestnya budak aya ni terus pulak ikut aje sambil masih peluk belakang aku, tak pulak dia bersuara. kira2 dah lagi dlm semeter aje dari tempat bertanda 'X' tu aku pun angkat kepala.......

....dan aku nampak ada lembaga yg berpakaian baju maktab warna coklat siap dengan tudung. Benda tu mcm hologram sebab aku buleh nampak bentuk dan warnanya tapi ianya see through.
Dan yg paling menyeramkan benda tu yg tidak berwajah berdiri disitu tapi badannya bergoyang2 kedepan dan kebelakang macam ladung dengan bahagian bawahnya kekal statik.....
Masa tu aku dah kaku ntah berapa saat kat situ, nak baca fatihah pun tak terkeluar, nak baca surah ikhlas pun jadik tak ingat...yg ingat sebut Allah aje. Lepas ntah berapa saat terpaku kat situ, akhirnya aku dapat kekuatan utk pecut masuk dlm bilik...dengan si aya mengekori rapat dari belakang. sampai dlm bilik kak wan ngan chokeng lum tido, aku pulak tangan aje menunjuk2 ke arah pintu, nak suruh tutup pintu tapi suara tak keluar...memang tak penah aku takut sampai cam tu skali seumur hidup...............................................

Yang paling bestnya, si budak suraya ni, dia mmg dah nampak benda tu dari awal lagi, sebab tu la dia berlari dtg kat aku..yg peliknya idak pula dia lari masuk bilik. tapi ok la jugak, sebab kalau dia lari, tinggal aku sorang2 kat situ, lagi haru...............................!

sampai sekarang tiap kali bercerita pasal kisah ni, aku masih lagi rasa seram..........uwaaa......tak mau lagi dah lalui benda mcm tu...apalagi sengaja nak pegi tunggu mcm wartawan tu buat, gilo apo????

Saturday, July 15, 2006

Wednesday, July 12, 2006

HARI INI HARI MINGGU...KITA ENJOYYYYY!

emmm....asyek2 posting sedey ajosss...nanti org ingat saya ni 'penyedih' pulak. Jadik, sekarang mari kita cerita ceritit pasal kisah gumbira....hari keluarga warga melayu sheffield ahad lepas (09/07/06). Setelah berminggu2 berhempas sampai terpulas membeli dan membalut hadiah (sebab saya ajk hadiah), maka hari yg ditunggu pun tiba...

start pukul 10, tapi kitaorg dlm kol 10.30 baru sampai. Wahhh...dah meriah, apa lagi..terus aje berlari2 ala tak manja ke tempat pendaftaran sebab bebudak ada coloring contest dan anakku siap dah bawak color sendiri dari rumah........kuang...kuang...semangat nih nak menang......

Pukul 11, start aktiviti yg pertama...acara senamrobik keluarga. dan utk julung2 kalinya dah berjaya pujuk hubbyku yg amatla pemalu itu utk join sekali sebab anak daraku dah excited...lepas dah geleng kepala, goyang pinggang, melompat segala, dapatla kitaorg nombor 2.

pastu giliran bebudak plak...tiup tepung sambil bersusah payah berlaga kepala nak amek gula2 dgn mulut. omak masing2 pun bukan main kasik semangat macam coach world cup...he..he..tapi tak dapat nombor pasal mulut tak cukup besar nak kaut gula2 sekali 3 .


aksi kakak meniup tepung sampai macam tepung gomak anakku..


wajah sedey kakak sebab tak berjaya dapat no. walaupun dah dekat 1/2 kilo telan tepung tu..

lepas dah habis acara tu, masuk acara kedua, lari carik kasut, lepas tu pakai kasut, pastu lari lagi...tapi kali ni berjaya pulak si kakak dapat nombor 2.

then ada lagi acara utk suami isteri, utk keluarga pun ada lagi satu...ni pun kitaorg tak dapat no. pasal anak2 nak kena berlari...habih tu anak 0rg lain dah besor2, mana la nak terlawan dek kakak walaupun dia dah pecut ala2 nik nor azura gitu.......

ye...nampak tak aksi kakak...tak laju ke tu?

dlm pada tu , depa ada buat bbq...yg hubby ku pulak mula2 jual mahal tak nak rasa kambing, lepas tu dengar citer berketul2 jugak habih...


tempat makan2 dan bbq...angin kuat wooo hari tu..takde can nak bentang tikar kat padang

utk si adik pulak, ada pertandingan pakaian beragam....tema adik : "pirate of the caribbean yg grumpy sebab kena kejut tido"


tengok la ni...adik dengan aksi 'mari bergrumpy'

Adussss....ponat akak ngan hubby stay up buat dia punya costume....tapi dlm pada grumpy tu buley pulak dapat nombor 3.

lepas semua aktiviti dah abisss...tiba acara dapat hadiah...ok la..ada la 3-4 ketul hadiah kitaorg dpt. dlm kol 4 kot baru la selesai...yea...semua gumbira hendaknya.

gambar aku ada gak, tapi semua selebet dan tak cun je hubby ku tangkapkan...malas laa nak letak kat sini, tak glamer........kuang...kuang...kuang....


aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu...


HARI NI BACA PAPER...MAWI DAH SAH PUTUS TUNANG NGAN INA.
mawi siap tak nak jumpa ina lagi dan mintak balik gambar2 masa bersama dulu. Ina pulak dah membawa diri ke KL keja jadik pegawai pemasaran dan tak nak dikaitkan dengan mawi lagi...

Macam tu la jadinye bila cinta dah tiada...
Hilang semua kemanisan, yang tinggal cuma pahitnya...

Benarlah kata pujangga,
Cinta harus disemai,
Cinta harus dibaja,
Barulah ia tumbuh subur dan mekar mengharum...

sebab cinta bukan lalang,
yang akan tetap meninggi walaupun dibiarkan....

Monday, July 10, 2006

ada apa dengan seorang sahabat...

disini, di daerah sepi dan dingin ini...

teringat masa sekolah dulu, kengkawan memang la sesuatu yg sgt penting bagi kehidupan mereka2 yg diusia awal remaja. semua mesti nak bergeng...kekadang sampai sanggup kena marah ngan mak ayah sebab kawan punya pasal. ingat jugak masa aku kat mrsm kerteh dulu..geng2 aku semuanya otai 'besar' yg dikira set2 "megang"...banyak kenangan...semuanya manis utk dikenang especially bila sumer dah besar panjang.

bila masuk matrix kat kulim...aku baik ngan Y, dan cik quena baik ngan A, tapi aku pulak yg roomate ngan A sedangkan cik quena roomate ngan Y. entah macam mana aku pun tak ingat, macam magik...aku pun rapat plak ngan cik quena..pastu kitaorg jadik best pren, ye..cik quena adalah best pren. masa aku demam sampai tak leh angkat kepala lagi sehari nak final, dia la yg bersusah payah menjaga aku ini..masa org lain tak pandang kiri kanan sebab nak study utk final, cik quena la yg setia bagi aku makan ubat dan sebagainya. ye, awak la cik quena...best pren ku in the world. kita tiap2 hari gaduh, tapi kita tetap best pren in the world sebab kita musti tak tahan gaduh lama2...nanti awak musti carik sebab nak pegi bilik aku sambil buat muka tonyot seolah2 tak nampak aku tapi sebenarnya nak mencuri perhatian kannnnnn..(ok la, aku pun macam tu....) Kekadang tu aku pun heran, walaupun kita tgh gaduh, muka menconcong macam cencurut lapar, tapi kita still lagi boleh jalan sama2, makan sama2, gi kelas sama2, tido sama2 (ye la...aku yg selalu ketuk bilik awak malam2 sebab penakut punya pasal...), tapi itu la yg magiknya..kerana, selepas berbelas tahun berlalu, awak, cik quena, masih best pren ku in the world...dengan awak je aku buleh bercakap ikut sesedap rasa hati aku, sebab bila bercakap ngan org lain (especially bila dah bekerja nih...) aku sentiasa kena control ayu walaupun aku tau aku mmg langsung tak ayu sedari dulu. dan aku jugak tau, kalau aku kechik ati ngan awak, aku dengan beraninya boleh bersemuka ngan awak sambil buat muka sedey atau apa2 saja sampai awak kesian. sebab tu la awak best pren aku kan....cik quena, aku rindu awak laaaa.......

tapi kan awak, di sini, di daerah yg sepi dan dingin ini, hati aku terguris bila perasaan org yg aku cintai dilukai atas nama sebuah persahabatan..............