Saturday, July 22, 2006

ADA APA PULAK DENGAN BUAH KIWI ITU?

Tak ada apa dengan buah kiwi itu..rasanya pun tak lah sesedap buah rambutan, manggis, apa lagi durian...........tapi ada satu cerita disebaliknya.

Lama dulu, masa aku sekolah2 dulu, ada seorg kawan a.k.a kakak angkat mak aku, yg anak2nya semua cemerlang dlm pelajaran. Dan salah seorg drpnya belajar ilmu perubatan di tanah Kangaroo. Suatu hari, ndak dijadikan cerita, anaknya yg belajar di tanah Kangaroo pulang bercuti ke sebuah negeri yg banyak ayam itik serta keropok lekor. Dan si ibu yg ternyata gembira menjemput para sahabat terdekat utk sesi makan2. Dan aku, jadi salah seorg tetamu bersama adik, ayah dan ibuku.

Tengah majlis makan rancak berjalan, si ibu yg gembira ini pergi kedapur, dan bawak keluar punch bowl yg ada banyak cawan gantung disekelilingnya itu. Sebaik saja dia letak punch bowl ke atas meja, aku nampak ada banyak potongan buah kiwi di dalamnya, tentulah dibawa pulang dari luar negara kerana masa itu manalah ada buah kiwi ditempat banyak keropok lekor.

Seorg demi seorg org dewasa mula mengambil air istimewa tersebut, dan aku, yg comot dan sederhana saja dlm pelajaran ini telah menjadi kanak2 pertama yg berada didepan punch bowl. Maka dengan tak semena2, terjadilah satu adegan yg menyayat hati...

"a..r, jgn ambik lebih dari satu potongan buah kiwi tu, sebab buah kiwi tu mahal harganya, dan dibawa pulang dari negara ada kangaroo, tak ada dijual disini jadi ingat jgn ambil lebih dari satu tau..."

Dan aku, terus letak balik cawan yg masih kosong dan ambil air masak saje utk diminum..dan yg sedihnya, dlm kemeriahan majlis, sangkaku tak ada mata yg memandang, tak ada telinga yg mendengar...tapi ibuku terlihat, ibuku terpandang, hati ibuku terluka....kasihan anaknya, tak merasa buah kiwi negara ada kangaroo.

Sejak hari penuh bersejarah tersebut, aku berjanji, suatu hari nanti aku pegi oversea...aku nak beli buah kiwi...

tapi rupanya, bila aku dah besar, barulah aku tau, tak payah susah2 pegi luar negeri, dekat jaya jusco tepi rumah aku pun banyak jual buah kiwi.

Hari ini, sampai jugak aku ke oversea, cuma bukan lagi sebab buah kiwi kerana ada tanggungjawap yg lebih besar yg aku pikul. Ini adalah harapan, ini adalah impian..utk keluarga, utk anak2 bangsa, utk agama, utk negara...


notakaki: ada yg bertanya, bagaimana aku disini, jawapku, biasa2 saja. mereka bertanya lagi, bunyinya seperti tidak gembira, maka jawapku, bagaimana aku hendak gembira kerana aku rindukan tanahairku. Disini sepi, disini dingin...kadang2 aku penat dan lelah, rasa ingin lari pulang, tapi aku lihat wajah suamiku, aku lihat wajah anak2ku dan aku kumpul kekuatan dari situ. Dan aku tau, aku selalu ada restu serta doa ayah dan ibu.

3 comments:

Raiedzall said...

buah plum dalam peti ais tu dah abis ke...?

FaEzHussain said...

Puan Anita,
byk2 la bersabar di negara orang demi mencapai cita-cita. sekejap aje 3 1/2 tahun tu akan berlalu.

buah kiwi tak minat, bikin gatal lidah. baik makan buah ciku, lagiiiii sedappp.

ninuk said...

he he he ... mama ku memang begitu. mulutnya kadang laserrrr sikit gitu. tak pe now kau kat sheffield makan le apa kau nak makan !