ermmm....
semalam dah selamat dah present yg 6 month punya...adegan cemas tersebut berlaku dalam masa 30 minit aje, memula nerbes jugak, lepas tu rasa macam tersesak pulak otak aku sebab nak mengingatkan skrip (ha..ha....siap pakai skrip!) lepas tu masa dah half way, aku terus redah aje, tak payah pakai skrip lagi which I think turn out to be better and more natural, rasanyalah. Habis ajos aku punya turn, terus belah, tak tunggu lagi 3 org yg nak present, after all i've been there for more than 2 hours, ok la kot.
Balik tunggu hubby datang amek, pegi thai panna beli barang2 sket termasukla sayur kangkung, sawi, daun pandan, serai, ikan masin... lepas tu nak pegi makan kebabish sebab pagi tadi tak sempat nak prepare proper meal, sempat buat nasik goreng je, jadinya makan petang lum ada, malas dan penat pulak rasanya nak balik masak segala..
tiba2 parking kat area kebabish tu ditutup sebab ada construction, aiyoooo.....terencat seleraku..tapi tak mengaku kalah nih, pegi zaika pulak...nak dijadikan cerita, penuh la pulak tempat duduknya..order utk tapau. ronda2 jap, balik tengok ada kosong, terus chop tempat duduk...merasa la makan kat situ, tak yah basuh pinggan kat rumah.
Balik rumah, aku terus tido kat atas sofa...sian hubbyku..kena menguruskan bebudak dan kemas rumah sorang2. ermmm...takpe la, skali skale....aku pulak tatau berapa jam tido (over...org habih viva 3-4 jam pun tak de camtu skali..), habis tu nak buat camane, mmg rasa penat...dari kol 5 pagi ada je aktiviti...lum ada rehatnya.
bila org sumer dah nak tido, aku pulak bangun..dah...mata dah terang, nak tido balik pun susah..pusing sana, pusing sini...akhirnya tertido balik ntah kol berapa. Habis cerita satu hari...
hari ni, aktiviti mengemas rumah, as usual. Cuma ada tambahan sket sebab melayan kakak nak tampal sticker kat bilik dia...he..he...kasik mak usu dia makan hati tengok.......best..best...
kejap lagi ingat nak pegi beli hadiah anak shah punya b-day party sok. pastu ingat nak ajak hubby bawak anak2 tengok wayang. adik lum penah masuk wayang lagi, kakak dah selalu jugak kat mesia dulu. pastu ingat petang kang nak masak pulak utk picnic ngan research group esok...fuh.....banyaknya planning....
esok..ermmm...rasa macam nak gi carboot, tapi pastu nak gi picnic pulak...petang ada jemputan bday party pulak.....wah......ketat betul jadual weekend ni....wajib la hari senin nanti terus monday blues katanya............................
No comments:
Post a Comment