Monday, July 17, 2006

KISAH SERAM.......

hari ni baca paper..ada cerita pasal pameran hantu dan jin..dan ada pulak sorang wartawan tu yg sanggup bersengkang mata dari kol 12 mlm sampai kol 4 pagi sebab nak tunggu pocong menjelma, apa daaaa....................

tapi cerita pasal cerita hantu ni..aku ada dua kisah yg nak dikongsi. satu, kejadian yg berlaku pada ayahandaku, dan satu lagi, kejadian ngeri yg berlaku pada diri sendiri................misteriiiiiiiii! (sambil ada muzik seram sebagai background.)

KISAH 1

kisah ni berlaku dah lama, rasanya late 70's ataupun awal tahun 80an. dekat tengganu, ada satu skolah, nama dia sek.men sultan sulaiman, sebelah dia istana raja. pada suatu malam dlm hujan renyai2 (he..he..klise ..), ayah aku memandu sorang2 balik dari NS. Dia pun lalu kat situ lebih kurang kol 11 lebih. Time tu kat tengganu, keta tidaklah banyak mcm sekrg, jadiknya masa tu takde kenderaan lain di jalan raya. sampai kat satu kawasan (lebih kurang depan istana tu...), ayah aku nampak ada sorang pompuan tgh dukung anak kecik sambil pimpin anak sorang lagi, tahan keta dia....yg ayah aku ni pulak tak tau nape, tak berenti terus tapi sampai ke depan sket, ada satu warung yg masih bukak. dia berenti kat warung tu pastu panggil mamat kedai tu naik keta, katanya nak mencari sesuatu. yg mamat tu pulak ngikut, ingatkan dia nak carik barang jatuh ke, hilang ke..

ayah aku terus patah balik kat tempat kejadian, pusing punya pusing, mamat tu pun tanya.

mamat itu: abg carik mende ning? pusing banyok kali doh?
ayahku: tadi masa saya lalu sini ada nampak org pompuan bawak anak tahan keta. awak ada nampak tak?
mamat itu: (dengan muka pucat dan nada cemas) jom pegi dari sini, jom balik...jom balik.....!

ayah aku pun dah nampak mamat tu cemas semacam, terus pecut balik ke warung tadi. sampai kat situ baru dia tanya.

ayahku: apasalnya?
mamat itu: bang, doh selalu doh org napok org puang tu situ. dulu org tu mati kena langgor lori masa nok melintas jalan bawok anok dia................

semenjak dengar citer ayah aku tu, tiap kali lalu kat kwsn tu musti teringat, tapi sekrg dah takde kot sbb hantu mat2 rempit dah overshadow....


KISAH 2

Kejadian ini berlaku lebih kurang 18 tahun yg lepas...begini ceritanya..............

masa tu aku baru form 1, sekolah kat mrsm kerteh yang mana hostel studentnya ala2 apartmen gitu. setiap rumah ada 2 bilik, satu bilik besar, dan satu lagi kecik, both with its own bathroom. Ada living hall, kitchen, tempat sidai baju dan juga balkoni. Ada 6 tingkat semuanya dan bilik aku ditingkat 1, namanya A 1(4). Aku dok kat dlm bilik kechik ngan kak wan, chokeng dan suraya. Dlm bilik besor ada lagi 8 org. locker sumer kat hall, sebab dah tak muat dlm bilik.

Pada suatu malam yg tragis itu, prep malam habis kol 10. ada yg gi supper, tapi aku tak gi pun sebab biasanya supper makan biskut kering ajos. Jadi aku and the geng balik makan biskut kat bilik je sambil borak2. Borak punya borak punya borak, tak sedar dah time lights off (rasanya dlm kol 11). Bila sumer org dah masuk ke bilik dan tutup lampu, barulah aku ngan suraya terhegeh2 keluar ke hall nak kemas2 locker dan beg utk skolah esok (ye adik2, tak leh ikut ni perangai macam ni...)

suraya punya locker yg kaler pink tu dan locker aku pulak yg kaler biru (chewahh..siap ada layout yg tak tahan....)
tengah kitaorg mengemas2 dlm gelap, tetiba si aya berlari dan peluk aku yg tengah duduk mengadap locker. Aku pulak ingatkan dia nampak lipas sebab kalau bab lipas dia memang boleh sprint lagi laju dari rabuan pit. Dan nak dijadikan cerita, aku ni ada rabun sket dan time tu spek pulak tak pakai. Tanpa ada sebarang syak wasangka, aku pun bangun dan bergerak kearah entrance sambil kepala menunduk mencari kot2 ada lipas. Yang bestnya budak aya ni terus pulak ikut aje sambil masih peluk belakang aku, tak pulak dia bersuara. kira2 dah lagi dlm semeter aje dari tempat bertanda 'X' tu aku pun angkat kepala.......

....dan aku nampak ada lembaga yg berpakaian baju maktab warna coklat siap dengan tudung. Benda tu mcm hologram sebab aku buleh nampak bentuk dan warnanya tapi ianya see through.
Dan yg paling menyeramkan benda tu yg tidak berwajah berdiri disitu tapi badannya bergoyang2 kedepan dan kebelakang macam ladung dengan bahagian bawahnya kekal statik.....
Masa tu aku dah kaku ntah berapa saat kat situ, nak baca fatihah pun tak terkeluar, nak baca surah ikhlas pun jadik tak ingat...yg ingat sebut Allah aje. Lepas ntah berapa saat terpaku kat situ, akhirnya aku dapat kekuatan utk pecut masuk dlm bilik...dengan si aya mengekori rapat dari belakang. sampai dlm bilik kak wan ngan chokeng lum tido, aku pulak tangan aje menunjuk2 ke arah pintu, nak suruh tutup pintu tapi suara tak keluar...memang tak penah aku takut sampai cam tu skali seumur hidup...............................................

Yang paling bestnya, si budak suraya ni, dia mmg dah nampak benda tu dari awal lagi, sebab tu la dia berlari dtg kat aku..yg peliknya idak pula dia lari masuk bilik. tapi ok la jugak, sebab kalau dia lari, tinggal aku sorang2 kat situ, lagi haru...............................!

sampai sekarang tiap kali bercerita pasal kisah ni, aku masih lagi rasa seram..........uwaaa......tak mau lagi dah lalui benda mcm tu...apalagi sengaja nak pegi tunggu mcm wartawan tu buat, gilo apo????

7 comments:

Lan Rambai said...

alamak.. baru first time sampai sini ada citer antu pulak. Anyways, terkejut tgk link ke blog saya ada kat sini. Datang sini through technorati. Tenkiu ya. Nanti saya link balik kesini ya.

yus said...

Mcm2 cerita kat MRSM Kerteh ni ek. Time Yus kat situ pun selalu dengar, tapi Yus tak pernah jumpa. Ada seorang kawan ni sampai demam..dia duduk tingkat satu gak, rasa mcm bilik yang sama jer dgn anita tu. Masa tu baru lepas balik cuti raya. ..dia dan kawan2 lain tgh duduk makan kuih raya kat hall tempat locker tulah. Cuma ada sorang jer roomate bilik tu tak join. Dia pun carilah kawan tu, konon nak beri rasa kuih raya dia. Masuk bilik, kawan yang di cari ni ada kat katil atas, dia pun pelawalah kuih tu, kawan tu amik, pas tu cakap terima kasih sambil tersenyum. Yang seram tu, dia senyum sampai ke telinga, terus mengilai dan hilang, pengsan terus kat situ kawan yus ni. Rupa2 nya kawan yang di cari berada di bilik sebelah. Heboh ler esoknya cerita ni.....Seram sungguh.

anita kema said...

lan rambai'
tenkiu sebab sudi singgah di blog saya ini...saya dpt link anda dari hubby..

yus,
ada banyak lagi sebenarnya cerita seram kat kerteh dulu. ada satu lagi aku alami gak, tapi ramai2 dan tak nampak bendanya, cuma dengar suara.....

FaEzHussain said...

Puan Anita,

mrsm kerteh tahun bila?spm tahun bila?92?
sebabnya adik kfaez pun kat situ gak tahun 91-92.

tgh lawan ngantuk ni, kerja pungguk mlm....so far takdak jumpak hantu lagi kat hospital ni, walaupun deme dok cerita ada kat semua blok dan corridor.

anita kema said...

kak faez,
ye...nampaknya saya sebaya ngan adik kak faez....habisla pecah rahsia aku kekwat ke apa ke kecik2 duluuuuuu...

FaEzHussain said...

lor....kalu gitu kenai la fazel?
best fren dia time tu mazel. dia duk tingkat 5 ke 6 kut.
masa graduation tu, kakfaez ada pergi..
ingatnya hujan lebat giler time tu...

ppokoyo said...

lor crita hantu lama yek...

ingat tak histeria tahun tu.... kena ke?

saya bilik B1(4)... takut betul yek masa tu maklumlah tak akil baligh lagi

rizaimi@yahoo.com