Thursday, December 20, 2007

MELANTUN (tak kena gaya)...

pernah dengar perkataan "BODOH MELANTUN-LANTUN"?


Itu adalah sifat bodoh yg tidak statik.. dia bersifat dinamik dan pecutannya bertambah dengan masa. Dan saya rasa sifat 'bodoh melantun tak reti duduk setempat' ni la yg selalu membuatkan org melayu sering terkebelakang.


oohh.. saya ada sbb kenapa saya emo sgt ni, its just the protective side of me kicking. Nnt bila keadaan sesuai saya cerita. Bukan apa, kalau saya cerita skrg, saya tau ada ramai org akan sependapat dgn saya maka akan membuatkan saya berlebihan pula emosionalnya. Bila saya terlebih emo ditambah pula dgn sifat protective saya ni, mungkin saya akan buat sesuatu yg boleh menyebabkan si bodoh melantun2 tak tentu hala. Bila melantun tak tentu hala, saya takut w= fs =0. nnt lebih teruk jadinya.


buat masa ni saya tak mau layan dulu emo saya. lebih baik the protective side of me starts doin' some thinking. Mungkin its not fair to ask this from all of you, tp boleh ke tolong doakan apa yg saya nak cuba lakukan ini berjaya. Dan juga, apa yg saya nak buat ni adalah utk kebaikan. Sungguh, percayalah.


nota: saya sangat gembira kalau dapat jadi knight of shining armour esp utk org2 yg saya sayang. Saya rasa hidup saya lebih bermakna... saya tau, mereka tau saya sayang mereka.

Sunday, December 16, 2007

dan PINDAH dan RANDAH...


suka lagu ni jugak.



Its just a point to ponder..




Have any of you ever make a vital decision, which your life depended on it but end up regretting?



Have you ever think that what you'd done is the best for you but soon realized it might not be the best path to choose?



Have you ever wish you can turn back time so that you can handle things differently?



Have you ever?



nota: If only I can shout and yell it to the world...
nota2: keja pindah randah ni memenatkan... dan packing memacking boleh buat pinggang anda rasa sakit, sungguh. Harap kamu kasihan.
nota3: dan lebih memeritkan bila hati juga penat dan lelah. Harap kamu mengerti.

Thursday, December 13, 2007

AKU, SAYA DAN KESAH.

I don't really understand why I'm superduper sensitive lately. I get irritated over smallest thing, I get annoyed over slightest flaw.. maybe I'm just tired, or maybe I'm actually exhausted.
Or, maybe I've opened my heart to too many things that I've made it vulnerable.



nota:
1.aku kadang2 ada juga rasa utk tidak 'cakna'. Tapi, kalau aku lakukan itu, maka aku bukan lagi aku. So, in order to be me, being hurt to some extend is the risk I would take.

2.eye bag saya sudah menjadi begitu obvious sekali, mungkin sebab keletihan sangat sejak kebelakangan ni. rindu sungguh nak buat treatment dekat salon mustika ratu syuhadah di bukit katil itu. Best tau.. mula2 masuk sauna, pastu urut satu badan, pastu lulur lah, mangir lah.. pastu berendam mandi rempah. Dekat sini sejuk beku, jangankan berendam mandi rempah, nak mandi pun pikir banyak kali. hahahahahaha....

3.biasanya saya akan sangat 'cengir' kalau tgh PMS, tp cengir dan supersentitive adalah 2 perkara yg tak sama jadi tentu penyebabnya pun tak serupa. Lagipun cengir saya tu datang secara berkitar sahaja dan biasanya sangat mudah dijangka.

4.sejak disini,memasak sudah jadi satu passion,something that I would be happy to do and something that I do when I'm happy. Cuma kebelakangan ni, saya sudah jarang memasak seperti dulu. Mungkin sebab saya sibuk dan terlalu penat, mungkin...Bukan saya dah jadi tak suka memasak, saya suka.. tinggal lagi....

5.makin lama, saya makin jelas yg 'engineering is just not me' tp sudah terlajak sampai ambik Phd. Tak agak2 nak terlajak kan... saya lebih sukakan sesuatu yg bersifat humanitarian secara langsung. Nnt saya cuba fikirkan equation yg boleh menghubungkannya. huuhuhuhuhuhuhuhu...
Btw, saya ada cita2 yg pada dasarnya tidak memerlukan saya terjebak dengan apa2 yg berkaitan dgn engineering ni, at least not this far. But again, its what I'm doing right now that might lead me to what I want. Allah knows best!


6.ooo... bibik saya baru sampai dari Malaysia petang tadi. ya, bibik yg kadang2 cengir lagi dari saya bila dia PMS. hahahahahahahaha... ampun... nama dia apin.

Friday, December 07, 2007

TIBA2 AWAN ITU PERGI...




cik kuna sayang puteri pucuk kelompang sorang...

dulu kita suka sangat lagu ni kan.. sekarang aku tepek lagu ni kat sini sebab aku rindu awak sangat2. Aku rindu nak macam dulu2, dok golek2 ngan awak.. walaupun kita macam kucing siam ngan kucing baka kampung (hahahahahahaha....), gaduh tiap2 hari, tapi kita sentiasa sangat happy sebab apapun kita tetap bespren in the world.




anakanda2 ibu yg sedang meniti zaman remaja sekalian,

lagu ini pun ditujukan utk korang jugak. lihatlah disekeliling, kasih sayang itu ada dimana2, tinggal lagi nak terima atau tidak saja. ibu sudah tua... sudah tak faham konflik semasa jiwa remaja. But one thing I knew for sure, these and those memories of being young, is what you all will be cherished later. So my love, create a nice one will you?





nota: ayah saya selalu pesan.." yg baik2 saja... yg baik2 saja." huhuhuuhu.. rindu mak kite.. rindu ayah kite... bila la nak boleh balik msia niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii????????????

Sunday, December 02, 2007

HARI ITU DAN HARI INI.. TIDAK SERUPA

notakepala: ini kesah kawan kepada kawan kepada kawan saya. Dia tak ada blog sendiri maka saya dgn baik hati tumpangkan blog saya dan this friend of friend of friend of mine quite sure that somebody dear to them read this blog. ( well.. I can't help it that i'm pretty femes kan...keskeskes..) Tolonglah percaya..




Things change, people change, always for a reason.. perhaps something better though it can as well be unintentionally something worse. And being human, being selfish maybe, sometimes we want things or people to remain the same, to be just like things or they were especially when it seems so perfect the way it is.



Things change, people change, always for a reason.. tonite you were family, brothers, sisters, even friends... the next morning you can be a total stranger. Sometimes it happen gradually, sometimes it came as a blow you didn't see its coming. The thing is, you hurt even more when you're not prepared.




Things change, people change, always for a reason.. but one day, when you looked back of the old days, it'll make you smile knowing that part of your life is full of love and somewhere deep down, you knew that you'll missed it. Some people say if you love somebody too much, you need to let them go, I personally don't agree with this since I usually fight for what I want, for people I love and I would never let go, not without putting a brave fight.. after all this is what this special entry is all about.




Things change, people change, always for a reason.. but if one day things and people are about to change back to where it or they were.. we are here, waiting with our arms full stretched.. whateva it is our love will always remain the same because the day it was given to you, we gave it unconditionally...



notakaki: I'm never good with words.. at least not verbally. I never knew how to put words in the artistic kind of ways coz with me its always so straightforward. But that doesn't mean I'm not aware or doesn't care. I do aware, I do care in my own naive way...




Sunday, November 25, 2007

RUMAH ITU...

saya: ooooo... balik kampung.. ooooo balik kampung.. ooooo balik kampung.. hati girang!!!!



kamu: shhhhhuihhh... jgn nyanyi boleh ke? suara kamu sumbang, lgpun saya tak suka balik rumah.



saya: errr.. kenapa? rumah kamu berhantu ke?



kamu: memang.. rumah saya berhantu dan berdarah!



saya: lorrr.. ngerinya!



kamu: tp, yg ngeri bukan rumah itu tp saya! sebab saya misteri dan jiwa saya kacau.


saya: kamu ada pernah lihat cerita I know what you did last summer?



kamu: saya allergic kepada televisyen. saya kan misteri dan saya suka bergelap.



saya: kamu tau org jahat dlm cerita tu membunuh pakai apa?



kamu: apa?




saya: PAKAI CANGKUK! ye, betul... pakai cangkuk. Saya pun ada beli satu cangkuk mcm tu. saje je beritahu kamu incase kamu tak tau.

Friday, November 16, 2007

BUKAN...

You've done it before, and I have every rights in my every single veins to believe that you're capable of doing it again. After all, I should've known. I should've known... thats why I keep reminding myself so that I won't forget. No. Never. Not in this world.


p/s: entry in tak termasuk dlm entry 'gumbira'

Wednesday, November 14, 2007

HATI SAYA GUMBIRA...

saya ada banyak sebab mengapa saya sangat gembira.



Pakcik Mike, Le Ma dan Nelson adalah sebahagian dari kegembiraan saya disini. Ini adalah sebahagian dari rezeki yg Allah kurniakan utk saya kerana berjumpa dengan org2 yg sangat baik seperti mereka.



Ye, Allah memberikan rezeki dalam pelbagai cara.. walaupun saya tidak kaya raya harta tapi saya bersyukur kehadratNya kerana saya dikelilingi oleh org2 yg saya sayangi dan menyayangi saya.




Saya tidak mau menjadi org yg bertimbun hartanya tp dibenci. Tidak... saya tidak mau. Tapi... kalau dapat jadi berharta dan disayangi, saya tidak menolak.... hehehehehehe.





nota: Pakcik Mike adalah 2nd supervisor saya yg jaga saya macam jaga anak dia. Le Ma adalah kawan ketawa dan menangis saya dekat department dan Nelson adalah jejaka mexico yg sangat berhati mulia.

Saturday, November 10, 2007

BUT DON'T LOOK BACK IN ANGER.. (revised version)

aku: kamu, tangga rumah kamu batu ke kayu?



kamu: kayu.. apahal?




aku: ooo.. patutlah bunyinya berkeriuk bila dipijak, lebih2 lagi tapak kaki saya tak sekecil tapak kaki kamu.




kamu: ye.. tapak kakiku kecil dan aku suka jalan menjingkit.




aku: kamu, kamu ini sangat pandai dan sangat cantik. Tapiiiiiiiiiiiii..... saya nampak, kamu kurang cerdik.





kamu: eh, bukan ke sama pandai dan cerdik tu?





aku: oohh.. kamu ingat sama rupanya. PATUTLAHHHHHHHHHH.....





hahahahahahahahahaha.............. gelakkan dia.




nota: kamu lupa (atau kamu tidak tahu atau kamu pura2 tidak tahu), suatu hari nanti kecantikan kamu akan semakin hilang dek peredaran masa, kepandaian kamu akan pudar akibat ditelan usia. Tapi, kecerdikan yang sampai ke hati insyaAllah akan selalu bersama kamu sehingga akhirnya.

Wednesday, October 24, 2007

MENCARI HATI EMAS BUKANNYA MUDAH...

SESI MARI BERKENALAN...

Lately, bermula ngan dibah lepak rumah kitaorg sementara dia nak masuk rumah hari tu sampai la dia ngan housemate2nyer sekali kena kerahan tenaga serta diuji fizikal dan mental dengan kena menjaga dua org budak yg sentiasa aktif dan kadang2 terlebih gula, kitaorg dah makin close dengan 'the wilkos'. What started as 3 org anak angkat... nampaknyer sudah bercambah menjadi begitu meriah. kami begitu berbesar hati to get to know all of you. Sejuk perut mak korang dapat anak2 yg begitu baik, pandai lagi cerdik. ye.. pandai je tapi kurang cerdik pun tak buleh jugak. hehehehe....



THE 10 WILKOs GALS

dari kiri:

1. yg bertudung merah tu kak ngah kitaorg, Cik dibah jiha. Allah Maha Kaya kan... disini, berpuluh ribu batu jauhnya dari kampung halaman, den jumpo org kampung den la pulak haaa. La... ekau org astano rajo ko? omak kau sapo namo eh? uwan kau kek mano rumah eh? tu la kisah kenapa dia ni buleh jadik anak angkat kitaorg. Kalau tak patutnya org lain, disaat2 terakhir seblm nama di'announce' aku pi tukar dgn pengerusi majlis. Itu kesah setahun dulu.. masa tu dia jadik anak pompuan angkat sorang dan masa tu aku belum kenakan kerahan tenaga lagi kat dia..hehehehehe... ampun ye dibah.

2. yg tersangat comel, dan sangat suka senyum dan sangat suka basuh pinggan + anak sulung yg ada 7 adik tp rupa dia pun cam kanak2 tu Cik lea. mula2 kenal lea ni masa smsa buat family day. Dlm ramai2 kawan dibah yg dikenalkan kat aku, nama lea yg aku ingat. Walaupun budak lea ni kecik molek je orgnya tp dia sgt berani sbb bilik dia kat tingkat atas sekali... kat attic! lea..lea.. budak2 mana boleh dok bilik besar sangat... lagi satu, aku suka sangat model frame spek mata dia sampai aku ambik gambar pasal nak mintak mak aku tolong belikan yg cenggitu jugak. Lea, agak2 kalau aku pakai spek cam lea, aku buleh jadik comel jugak tak? (hahahahahahaha...sudahlah, tua x sedar diri).

3. dan yg bertudung biru tersenyum manja tu Cik zatil. Masa dia mula2 dibawak dtg rumah aku oleh dibah dulu, roy selalu kata dia anak angkat tiri. Takpe zatil... yg pastinya sekarang zatil dah lulus ujian ptk dan dah boleh naik tangga gaji. siap melintang lagi....... hehehe.. kalau roy mengata lagi, nanti kak nita rotan dia. biasa ni.... wpun adik selalu jawap NO bila zatil tanya "suka kak zatil tak", tp sebenarnya adik suka. mestilah suka sebab kak zatil sangat lemah lembut orgnya. Betul tak shahril? eh.. shahril la pulak.... betul tak adik? "BETULLLLLLLLLLL" kata adik.




THE 15 WILKOs GUYS

dari kiri:

1. ini syafiz. Dia nampak cam pemalu sket. tak tau la kan betul2 pemalu atau malu2 bila berdepan dengan budak2 rumah depan je. keskeskes... tapi hari tu masa kitaorg semua berasak cucuk sate sampai seribu lebih tu, laju je dia keja.. sesekali ada gak dengar dia buat lawak. ermmm... ada bakat terpendam nih agaknya.

2. ini Min. bebudak ni ckp dia ni walaupun umur belum masuk 20 thn tapi dah masuk 3rd yr akibat dari ke'terer'an nyer. huhuhuhuhuhu... bila la aku nak buleh jadik terer cenggitu. Min ni pun sangat comel dan sangat suka tersenyum. eh..eh.. macam lea la pulak. tak tau la dia suka basuh pinggan ke tidak kan, tp lea kata min masak mee goreng sedap. hehehehe..


3.haaa.... ini abbad. tak tau kenapa dia sangat ditakuti oleh adik. sian abbad tau adik.. abg abbad hensem apa. apapun abbad sangat cool orgnya, sbb tu la bebudak ni suka sakat dia. kadang2 dibah n the gang ada gak guna nama abbad utk takut2kan adik. misteri betul la.. nape ek adik takut sangat. abbad, ko cubit anak aku ek?

4.ooo... yg baju merah tu jejaka pojaan hatiku.. yg tu bukan the wilkos.

5.yg ini M. dia sangat pandai memasak sebab dia ada pisau kaler biru yg ajaib tu. hahahahaha.. ampun M. tp serius, dia mmg pandai masak dan pandai buat kopi apa ke nama nyer... caramel mochiota? entah, lebih kurang gitu la... lepas tu lagi satu aku baru perasan dia mmg suka pakai robe dia yg kaler pun biru jugak, sedondon dgn pisau dia tu. ermm.. misteri..misteri...

6.seterusnya adalah sani. hari tu dia ada ckp mcm interested nak jadik lecturer bila dah habis belajar. bagus la tu... org baik2 mmg elok sgt jadik pendidik, baru la anak murid pun jadi baik2 kan... kecik je orgnyer sani ni, tp hari tu larat dia angkat ayam sampai 20 kg masa nak buat sate kat rumah dibah. ooo... tulang besi ek sani? kecik2 cili api.

7.yg bersimpuh ayu je tu nuar. nuar ni buleh tahan gak lawaknyer. Ada je idea nyer.. nuar kekadang ada gak kena sakat ngan bebudak ni, tp takde la seteruk abbad. tapi takpe... abbad cool kan bad... lagipun kitaorg takut ngan nuar pasal dia ada bodyguard. lariiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!

8.last but not least, anak angkat aku yg sangat baik hati ni. hari tu kakak mengadu adik tendang dia masa dorang pegi park. aku tanya la kakak, " did abg apai scolded adik for being naughty?". "No" kata kakak. pastu kakak ckp " how can he be angry? he's a very kind person". ye, mmg betul pun.. budak apai ni sangat baik orangnyer. penyabar pulak tu esp bila kena melayan kerenah anak2 aku yg kekadang aku sendiri pun hangin. and he always know a way to make others feel special. ermmm... untung la sapa jadik isteri dia nanti. dengar kabar, orgnya dah ada setia menanti di tanah air tercinta, sebab tu la kekadang bila apai jiwang dia dengar lagu aishah dari pagi sampai malam... keskeskeskes.

KEGEMUKAN INI MENYESAKKAN....

our extended BIG HAPPY family. "raya with the wilkos". oohh.. apam je tiada dlm gambar


kakak posing ngan the '15 wikos'. takmo sebut dulu nama abg2 'hensem' tu. nanti citer pasal dorang kat entry yg lain. hint: adik paling takut dgn yg baju hijau tu...hahahaha

yg hensem berbaju melayu merah tu suami saya yg ter'shinter'. hehehe... sayang abang.


with fadzlin n sal. mereka ini bukan setakat kawan,
mereka ini juga sahabat saya. I'm honoured to get to know them.


our BIG HAPPY family. abg apai, abg roy, ayah sambil dukung adik, ibu, kak dibah, kak shafiyyah, kak lea n kak zatil.


yea... adik dpt present. i want to open it.. i want to open it...


adik dgn penuh semangat dan penuh air liur tiup kek dia. Bagus jugak bebudak ni letak lilin tu kat tepi je, takde la tempias byk sgt kat kek.


4 dara dan 2 jejaka idaman malaya....dibah, lea, zatil, shafiyyah, ajmal n hadi.


menu masa bday adik... tak menangis korang tengok, makan bufet kat hotel pun belum tentu semeriah tu.. hahahahaha, saje je sedapkan hati sendiri pasal dah lama tak berpeluang pi makan bufet ramadhan.


yg ni time bday adik. Alas meja pun beli yg thomas.
decoration belon tu hasil sentuhan ibu..


bunga ni from zatil n roy. Terus letak dlm vase kristal ku yg paling cantik...


drake and josh... huhuhuhu.. apai ngan roy sebenarnya.
tengah bertungkus lumus menyiapkan decoration.


ibu tgh potong kek sambil tersengih kegembiraan. (besar sgt kek sampai kena letak atas talam)

'dah makan banyak, mmg la gemuk'; begitu kata suamiku. huh.. benci la!
ini kesah ramadhan baru2 ni. Banyak sungguh peristiwa yg membuatkan aku terharu. Things that make me realised more and more how much I am loved by people around me. I knew they love me (hehehehe), I just didn't know they love me as much as they do. Ye, betul.. kalian boleh mula berasa jeles sekarang! keskeskes...

1. Bday saya.
suamiku itu buat2 donno je. huhuhuhuhu... takde card pun. At least org belikan abg card tau masa bday abang wpun lmbt sehari. hehehehe... tapi Sal dah cover line dgn membeli sebiji kek coklat yg comel dan sedap. tenkiu Sal atas ingatan itu, in fact sangat2 tenkiu sebenarnya.


Sehari selepas tu, pegi keja macam biasa, balik dah dekat kol 6 tapi masih ada hati nak jemput platinum member bukak posa kat rumah. Maka cik dibah jiha yg bertugas menjaga adik dan kakak dah ditugaskan juga utk masak nasik lemak. Aku pulak siap balik awal sket pasal takut dibah masak sendiri sambal udang
(sori aaa... hehehehehe...).

On the way, masa kat atas bas nampak roy ngan zatil kat bus stop, dlm hati ku 'nak gi mana budak berdua tu?' ermmm....
sampai kat rumah, bila ketuk pintu si dibah bukak.. pastu dgn muka blur dia terpaku 5 saat. lepas terpaku...dummmmmm! dibah tutup pintu sambil jerit2. Aisehh, apahal budak ni.. ? Rupanya dorang sumer dah berpakat nak buat surprise utk bday aku. laaaaa.... awat tak habaq, kan dah surprise tak jadi.

Apapun, semuanya menjadi kembali ceria, dengan kek coklat yg sedap, dengan belon (tp adik kata abg pai beli utk dia..huhuhuhu), dengan jambangan bunga (abg, sila take note ok..), dgn hadiah rantai dan bracelet, dgn customize button, paper bag dan yg paling buat aku rasa bangga adalah pelekat 'best mum' tu.
(p/s: tenkiu jugak utk fadzlin yg kasik hadiah rantai yg terus aku pakai minggu depannya tu... hehehehe... tak sabor nak tunggu raya)



2. Bday adik.
Budak kecik yg sangat suka Thomas ni ada buat bday party kecil2an utk platinum member yg bertemakan 'serba serbi musti Thomas'. Kek Thomas yg harganya kalau convert duit RM dekat nak 70 hinggit tu ditaja oleh dibah, lea and zatil. Pastu adik pun dapat byk hadiah... abg apai kasik keta buleh lukis2 suka hati trek dia, abg roy kasik trek thomas dalam buku, hadi kasik jumper, maisarah yg comel kasik action man, adam pulak kasik 'spenda' thomas, pastu dapat pulak 3 bijik buku thomas dari zatil n the gang. meriah... meriah... tenkiu yg teramat pada semua sebab berjaya buat adik sangat2 gumbira malam tu. It means a lot to me.... Dan kredit utk apai yg belikan kakak hadiah jugak. The look in her eyes when she got it from apai is simply priceless, for everything else.. there's always natwest card; tu pun kalu tak terlebih overdraft. ahakssss!


3. Raya time..

Raya tahun ini came as a surprise for we didn't expect it would be on friday. yess.. terkejut badak juga la dibuatnya. Malam tu baru ingat nak angkut gadis2 manis 10 wilko utk buat kuih raya kat rumah, alih2 jadik mlm raya la pulak. Terus tukar plan dengan prepare utk hari raya. Malam tu kol 4.30 pagi baru tido. kesian dibah, zatil n lea... kena kerahan tenaga!.



paginya tu wpun ala2 tak cukup tido tp masih la tetap vogue kan nak beraya. cuma sekali lagi kesian kat 3 dara pingitan tu... borak2 dlm bas masa on the way nak pi semayang raya sampai terlepas ke city centre. aduhai.... cair mekap.
balik semayang raya, pi beraya rumah sal pastu balik tido mengumpul tenaga utk masak mlmnya sbb kitaorg di balfour rd ni sepakat nak buat rumah terbuka hari sabtu tu.


malamnye sempat lagi pegi beraya kat 15 wilko. 'M' yg ada org ckp dpt gelaran 'the most charming senior' tu mmg pandai masak. Balik tu baru la nak masuk dapur sambung masak yg tergendala coz pi beraya dulu kan. Menunya tak agak2 nih... nasik dagang tengganu ngan kuah kacang, nasik impit ngan sate. apa lagi....3 dara tu la yg dikerah mencucuk sate ngan membakar sate sampai kol 3 pagi. huhuhuhuhu... lepas masak jgn lupa carik kayu api!!!!!!



tetamu toksah citer la, punya la ramai sampai tak kering tangan dan tak menang tangan dibah n lea. Mmg takde can langsung nak pi beraya rumah tetangga. Nasib la sempat gak b4 diserbu tu kami pi makan nasik kerabu yg amat sedap kat rumah kina. sampai malam masih berduyun2 tetamu....perghh.... buleh tahan gak la letihnyer. last2 pukul 9 lebih kitaorg dah tutup rumah coz semua dah pengsan.


Letih mmg la letih, tapi membahagiakan. Bila tgk dibah n lea n zatil bertungkus lumus tolong kat dapur, sayu rasa hati. Ada juga org yg sanggup bersusah payah menolong sampai macam tu sekali. Pada korang bertiga, aku mmg rekemen la sapa2 nak buat korang jadik menantu.. hehehehehe.
Nak buat jadik adik ipar, adik aku tu mcm dah kertu sangat je nak dipadankan ngan korang.. hahahahahaha! ampun Ta! jgn sumpah kekander mu ini menjadi peti ais 3 pintu.

p/s: flowers that bloom in adversity is the most rare and precious of all. -MULAN-

Wednesday, October 10, 2007

ANAK BULAN DAH NAK NAMPAK ..YEAH..YEAH..

ni gambor masa pi zoo kat blackpool hari tu.. mmg susah nak dpt gambar yg semua org ready pasal tempoh bertenang adik cuma 3 saat sahaja....hahahaha


sorang jadik tiger, sorang lagik lion pastu yg paling cool sekali budak kecik yg jadi zirafah tu.... mari kita teka siapa mereka..... hehehehe, rasa nak cubit kan; pipi zirafah yg amat kiut itu.



SEMPENA HARI LEBARAN YG DAH TAK BERAPA HARI JE LAGI NI, KAMI SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA:

AYAHANDA DAN BONDA TERCINTA, EN. KAMAROLZAMAN DAN PN. ASMA; DINDER2 KU SEKELIAN, ATA & APIN YG SEDANG BERBAHAGIA DI NEGERI TERENGGANU YG KU RINDUI ITU;

MAK DAN AYAH, DANG & FAMILY, ATI, MAN, BIBI & DEDEK DI KUCHING;

PAK LONG & FAMILY KAT KELANA JAYA, UNCLE GEMUK & FAMILY KAT NILAI, SERTA SEMUA SEKALI SANAK SAUDARA SAMADA YG RAPAT, YG KENAL, YG AKU TAK BERAPA NAK KENAL...HEHEHEHE,bukan apa, ramai sangat sanak saudara bertebaran di seluruh malaya sana..dari utara sampai ke selatan, dan semenjak jadi isteri ni, dah menjangkau ke malaysia timur pula.

UTK BESPREN KU IN THE WORLD, CIK KUNA & FAMILY; FREN2 YG LAIN WHEREVER THEY ARE, yg masih K.I.T, yg dah tak tau mana pegi, dari sekolah rendah (SRTB rocks!!!), bebudak x-MRSM Kerteh, x-MRSM K.T, member2 kat USM (chen, somehow aku sokmo teringat ke mung...), pendek kata semua lah...nak sebut satu2 macam tak logik pulak;

DEAR AND 'UNDEAR' (huhuhuhuhu) COLLEAGUES kat UTEM, DEAREST AND COOLEST COLLEAGUES IN THE WORLD: SEPOL, UMA, IJA, KAK MIZAH, KHAZI, KAVITA, YAMUNA...;

FOR THOSE YG SELALU SUDI KESINI, yg tinggalkan comment, yg tak tinggalkan bukti...;
UTK KENGKAWAN SEPERJUANGAN DISINI, INSYAALLAH KITA RAYA SAKAN TAHUN NI SBB RAYA KENA TIME WEEKEND...menu dah ada dah ni, barang2 nak masak dah beli, assistant2 dah booking (bebudak 10 wilkinson st. yg baik hati dan comel2 belaka... keskeskes..), ANAK2 ANGKAT THAT MAKES US A BIG HAPPY FAMILY;

UTK SEMUA UMAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT..........


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


p/s- tahun ni tak hntr kad raya coz tulis dah last minute pastu royal mail mogok tak nak keja, huhuhuhuhuhu......................

Wednesday, September 19, 2007

INSANE IN THE BRAIN

* I'm pissed off* Marah dan benci ini menyesakkan......!
Sudahlah parents the late Nurin still shocked and very much traumatized with the tragedy, boleh la pulak nak press charges on them of negligence. What the h**k is going on? D*MN!!!!!! (excuse me for these harsh words)
I may not be a genius, i must say but take a look at these:



CASE 1: ada sorang mak tiri kurung anak dia yg umur 2 tahun lebih, chained to something for hours sampai budak tu kelaparan dan panjat tingkap dan peti air utk carik makanan. Fortunately one of the neighbours realized the situation and called the police.
VERDICT: that, for me, is negligence of the parents/guardian and should/must be charge.



CASE 2: Ada seorang hamba ALLAH ni anak dia nak pegi kedai depan rumah beli gula2 tapi kena culik lepas tu kena abused, lepas tu kena bunuh dengan setan yg muka pun mcm setan lepas tu takde sape dpt tangkap dia.

VERDICT: that, from my humble and so ordinary opinion, is not the negligence of the parents. It might still be of negligence, but definitely parents are not there to take the whole blame. No, don't point your finger that way, caused for me it just as good as saying : ok, go on all of you 'insane in the brain' kind of people... let the parents take the pressure and live with it for the rest of their life.
What a shame...what a shame.

*sigh* sedih memikirkan kalau dah nak pegi kedai pun jadik begitu seriously dangerous, then what kind of world are living in? Patutla omputeh ni pegi mana2 ikat tangan anak pakai safety strap tu. mmg nampak cam pelik sebab bawak anak cam gaya bawak anjing jenjalan, but then, maybe that what it takes..
one day, people might go as far as implanted microchips inside their kids brain so that we can detect them via satellite in case something happen. And at the end of the day, we create and produce not kids to rule the future, but zombies instead. *sigh* makcik lotih laaa.....




-------------------------------------***********************---------------------------------




Its ramadhan and syaitan(s?) are chained but it doesn't stop some lunatic from acting like one. its sickening..really, it is.



I can't bear to even read the whole story coz' half way through is more than enough to make me running for my 'minyak pak ali'... It makes me wonder, what the h**k is happening in Malaysia nowadays??? Ironically, as much as I miss home, at one point I feel more secure in the land of strangers.



If you can't bring your child in your own car without the fear of somebody might popped in and take the rest of you or your kids somewhere, or you can't go to the shopping mall to have that precious quality time with your family without the fear of your kids being kidnapped, or you can't walk on the street without the fear of being snatched or strangled, or you can't sleep in your own house that you bought from your own sweats without being fear that somebody might break in... than what freedom do we have left????? I'm actually already start thinking of what kind of 'security' should I have back home.. I even go as far as planning to ask my students to develop some kind of high tech sensor to cover the whole house including the roof. Yeah..call me a paranoid,I can't help it.



I still clearly remember those days when my cousins, my brother and I used to play in the paddy field, main benteng, masuk hutan and mandi sungai. Those days were long gone, but never in a split second at that time that I even thinked of the posibbilities to be hurt by someone just because we were playing out of our parents sight. The only thing that concern me was getting scolded by our grandma after spashing in the sawah sampai habis collapsed anak padi.
kids these days, they can't even play in their own front/backyard.. let alone pegi main benteng!



To those with authorities.. please do something about all these craziness. I'm not sure whether they watched spiderman, but I'm d***n sure they knew that with great power comes great responsibility, though i definitely understood that lots of people would greedily grabbed the power but severely abandoned the latter. For our children's sake, put it aside for once and do something.



Its ramadhan again.... its the month full of barakah. Lets pray that Allah shower us with His Mercy.




RAMADHAN MUBARAK TO ALL MUSLIM

p/s- sedih tol baca citer mayat budak jumpa dlm beg tu. Can't even imagine how she suffered..

Tuesday, August 07, 2007

MARI KE PARIS.... No..not paris... PARR'ISSS!

last dah..b4 balik bergambar dulu depan hotel yg receptionistnya tak mesra rakyat sungguh tp kira ok sebab hotel dia sangat convenient.



budak kecik yg 'tak buleh duduk diam org soh naik kapal tgk pemandangan dia bantai korek2 kerusi'


I love Paris in the summer..when its sizzle


eiffel, I'm in love.....kuang..kuang


posing kakak..posing...


ala2 romantik depan notre dame



tu la dia champs d' elysees. Ni area shopping2, tok ti kalu dtg paris musti la dia shopping kat sini gamaknyer sebab ada kedai louis vuitton besar gilos.


ni depan musee d' louvre, tmpt depa simpan monalisa


di luar musee d' louvre


adik siap kasik aiskrim dia kat rattatoille tu..


sambil makan aiskrim kat dlm disney studio


minnie mouse masa parade


ambik gambar ngan sully from monster inc.


depan disney studio


depan disney village


bebudak tiga org ni depan toy story attraction


ini la dia disney castle..tmpt cinderella tertinggal kasut atas tangga


adik ngan ibu kat maze, dah sesat stop jap amek gambar


kat dalam 'its a small world' ride..best yg ni.. happening


its a small world lagik..


castle from the outside of the gate


beratur punya lama nak bergambar ngan mickey, sekali bila dah dkt turn, donald pulak yg dtg



disney castle from a distance.. cantik sungguh!


dari luar disney park


At last... after a very wet and floody July, here comes august with rays of sunshine on our windows. yes.. at last it feel like summer!

Though its been ages since i last do any updates, that doesnt mean that days passing by without anything significant. Last month, we went for a holiday trip to Paris/ disneyland. Rabak jugak poket makcik.. but then our kids love it so much it makes all the spending worthwhile. Disneyland is marvelous! but the queqe can be as horrendous... berejam wooo, beratur for some of the more famous ride like Dumbo. Yesss...nak naik dumbo punya lama nih beratur. If any of you ever plan to go, be prepared to spend at least 3 days over in disneyland, kitaorg tak sempat nak cover sumer in 2 days esp. with young children. Kejap, kejap nak aiskrim.. kejap kang pulak nak popcorn.. dah la harga aiskrim pun mahal gilos. Seketul yg kat sini cuma 60p, kat sana sampai 3 euro! Cuma yg bestnye, sebab buleh masak sendiri kat bilik hotel, we can prepare our own food so that we were fully packed dengan sandwich la, nasik goreng la.. tu pun we end up lapar jugak at the end of the day since we were making the most of the opening time. Disney park have 4 different 'lands'.With 3 'terlebih gula' kids and 'off and on' rainy days we can just covered 2 land in one day. Second day was spent in disney studio, tapi sebab kat disney studio attraction tak sebanyak disney park ( dia ada byk show..best jugak sebab adik sampai berdiri tepuk tangan, standing ovation tu...) kitaorg sempat pi lagi sekali disney park dan masuk lagi satu land (frontierland namanya). Tapi yg tu tak byk rides utk kanak2 kecil...jadi tak yah lama pun kat situ. masa first day tu yg byk rides utk anak2...agak bengkak jugak la beratur sebab kekadang ada baby besar mintak dukung!

And Paris.. is as beautiful as it was pictured. Oh, I found out that eiffel tower is just a 'not so gempak' structure when you're so close to it but then it look pretty impressive in the picture. Apa pun mmg lagi cantik la kalau nak dibandingkan dengan London. Cruising down the river provided us with great breathtaking views.. oohhh, romantik gitu.

Orang2 paris however is not as 'friendly and well concern' as the brits. So you cant expect them to give up their space in a busy train eventhough you're standing with a toddler hanging on to your legs... We did had a guy giving up his seat once, but i'm damn sure he's not 'parisian'. And the most important and crucially vital information, pickpocket is very sleek esp. in crowded areas. HUbby ku nyaris kehilangan pouch dia yg ada kitaorg punya passport, tiket train, tiket disneyland, tiket flight dan duit... phew, syukur pada Allah. Dalam pada pakai pouch tu kat pinggang bawah jaket pun masih boleh kena toreh.. thank God the pouch is made of leather so the cut doesnt get through. Tu pun tak sedar masa bila kena toreh, tau2 keesokkan nya nak pakai baru perasan. Ngeri...ngeri...

Apapun, mmg la seronok dpt berjalan dan lihat tempat org. After all, jauh berjalan luas pengalaman kan..kan.. thats why we had planned to 'jalan2' again end of this month. Oh, thats a story of another time....kess..kess... ni pegi belajor ke, pegi berjalan nih??

TO add up to all the excitement of the month, last saturday we went to sunderland. No, this time it was not a holiday trip but a retail theraphy trip instead. Sunderland tu tempat org melayu pi berebut2 beli pyrex. It was a 3 cars convoy with Sal, Gie, Fazlin & family. Huh..org melayu bila sampai time benda cam gini.. buleh terbeliak bijik mata omputeh tgk. Not to my surprise hari tu mmg penuh ngan family melayu jer, and not to my surprise again, they managed to show the true colors of being 'melayu'... yes.. ada makcik tu punya 'enthusiast' should i say, sampai kitaorg terkedu seketika. But then, at the end of the day kitaorg pun dapat gak hasil berkotak2 sorang....hehehehehe... cuma tinggal lagi without having to be so 'greedy' sampai org lain tak leh nak pegang dah apa yg ada kat dalam kedai tu sebab depa main book satu rak, satu rak... huhuhuuhu..makcik...makcik... balik nak berniaga pyrex ker?

last but not least...its actually far from least, is that few days back was our 7th anniversary. its been 7 years of laughs and tears. 7 years of having you, my love as my man. 7 years plus 4 years of ber'shinter' time make 11 years, and I do hope our love will blossom for many, many more years to come.

p/s- i still remember quite clearly the day we first met.... never did it came across my mind at that time that you would be the one.. hehehehehe...nasib la org layan abang masa abang mengorat tu... :)

Monday, June 25, 2007

BESTPREN KU IN THE WORLD

Dah lama tak menulis disini. tak ada apa sangat benda menarik yg nak diceritakan except for the wet summer that we're having in this 'faraway from home' country. Hari ni pulak diberitakan sebagai the wettest day in 50 years.. boleh tahan gak la lencun sementara nak menyampai ke dept. pagi tadi.

But then, hey..there's always a silver lining. Sebentar tadi baru mendapat perkabaran yg kawanku yg terbaik didunia...cik kuna sorang, puteri pucuk kelompang dah pun selamat melahirkan anaknya yg kedua. nama pun siap dah ada : Danish imran, ermm..sedap nama tu, baik awak cepat2 patenkan....hehehehehehehe.

Cuma yg tak bestnya, aku sekarang jauh benar dari tanah air tercinta. Jadi terpaksa la berkongsi kegembiraan awak tu secara virtual je. Apapun, aku mmg sgt gembira awak dah selamat melahirkan serta sihat ibu dan anak. Tentulah lebih membahagiakan kalau aku dapat melawat awak kan.....

Apapun, aku pasti awak tau walaupun aku jauh tapi awak selalu dalam ingatan aku. That special place of yours in my heart could never be replaced. Bila dah besar2 cenggini ( lemak pun dah banyak..), I appreciate it more than ever. Ingat lagi dulu masa kita first year, cikgu sulutan ada kata.."budak pompuan kalau baik mcm ni biasanya kejap je, nanti naik 2nd year dah carik kawan lain". Kita tak mcm tu cik kuna kan... kita tetap bestpren in the world sampai sekarang. Walaupun dulu2 kita suka gaduh2 manja, tapi kita still boleh gi kelas, gi makan dan mcm2 aktiviti lain sesama. Kita tak carik kawan lain kan...kita sebenarnya ada X-Factor! aku rasa kita la patut jadi ikon Malaysia...kenapa dorang tak pilih kita ek?


Dekat sini, di bumi yg jauh banget dari tanah air ini, aku ada jugak beberapa org kawan yg aku boleh panggil sahabat. Tak ramai, tp ada... Yg ramainya manusia2 yg mengaku kawan bila mereka susah dan perlukan pertolongan kita. Bila depa dah senang...depa dah tak ingat kawan lagi dah, siap ada yg menyombong dan cuba nak berahsia bila depa dah senang. Takut kita nak menumpang senang depa agaknya.....
Tak apala kan, org yg mcm tu tak jadi kawan pun tak ngape. Alhamdulillah, masih ada je tapinya yg berhati mulia. Aku tak nak la sebut nama depa kat sini, they knew who they are. Lagipun I'm pretty sure depa nanti baca blog aku ni dan aku tak nak la depa kembang hidung, nanti bunyi pish..posh..pish..posh..mcm darth vader dlm citer star wars. Tapi ada sorang minah ni, dia member aku kat dept. dan dia org China jadi aku confident la dia tak paham apa yg aku tulis kan. Nama dia Le Ma, baik betul budaknya. Dia selalu tolong aku dan kekadang aku pun ada gak tolong dia sikit2. Kitaorg selalu berkongsi cerita pasal study, kongsi opinion serta berkongsi tangis dan ketawa. Sayang betul lah orang sebaik dia bukan saudara seagama dengan kita. Macamana pun, awak cik kuna, tetap bestpren ku in the world!!

ok la cik kuna. Awak selamat berpantang ek..jangan makan banyak sangat masa tgh berpantang ni, nanti lemak2 awak jadi lemak degil. Tapi jangan la diet sangat pulak, nanti awak kurus dari aku..aku tak suka..aku jeles.
ooohhhh...minggu depan aku nak pegi berpoya2 di paris... hehehehehe...awak dok rumah baik2 ek, biar aku je pegi berseronok. Nanti balik aku update citer bergambar supaya awak makan hati tengok. heheheheehe...best..best...

Monday, May 14, 2007

selamat hari ibu

AYAH DAN IBU, AYAH DAN IBU...........ITULAH PERMULAAN KAMI,
DAPAT MELIHAT BULAN DAN MATAHARI;


SELAMAT HARI IBU mama, tidak pernah sehari berlalu tanpa amar mengingati mama, papa, apin dan ata.

ucapan ini mungkin dah lewat sehari sebab dari hari jumaat lepas amar demam sampai tak boleh bangun, semalam baru ok sikit. Semalam jugak amar ada buat yong tau fu sebab anak2 angkat nak datang. Depa mai siap bawak bunga dan kek coklat besar gedabak lagi utk amar sempena hari ibu. Ermmm....sejuk hati dapat anak2 angkat yg baik mcm dorang tu.

Walaupun amar jauh di mata, tapi doa amar akan sentiasa ada utk mama dan papa. Semoga mama dan papa dikurniakan kesihatan yg baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan anak mama ini. InsyaAllah nanti amar akan dapat cium tangan mama dan papa lagi.

Tuesday, May 08, 2007

SHAFIYYAH IS 6 YEARS OLD NOW...


untuk mendapatkan sequence cerita yg betul, sila lihat gambar dari bawah ke atas. kesilapan adalah disengajakan dalam tak sengaja. harap maklum. tenkiu.


yg ni pulak rombongan pihak en. semeon ke notthingham...(hahahaha...semeon la pulak!)

haaaa... ni la dia rombongan cik senah ke nottingham

ibu, ayah, kakak and adik. senyum...senyum...loh adik, kok cengeng sekali kamu?

ni bbq kat notthingham, about an hour from sheffield.
tak beriya lagi tak tau la..
sikit hari lagi mau sampai ke london nih buat bbq!

masa swimming pool nye tgh dipam, si adik dah berlari2 pakai swimming suit dia..kelaka betul rupanya, bulat je si adik. hadi kurus...takde la sendat2 cam adik...nampak je kitaorg nak pam pool tu, terus dia londehkan seluar ngan pampers nyer kat situ jugak...sempat la dia lari seround dua 'boleng' gitu je.

ni acara splashing2 kat belakang rumah..swimming pool besar takde,
yg kecik pun kira ok la buat lepas gian.

kakak posing ngan hadiah beg dan topi dari hadi. tenkiu hadi !


tak sabar2 dah memasing nak bukak hadiah...hah, gasak la.
bukak dulu hadiah..kang ibu ngan auntie kina sambung balik gonyoh periuk. pengsan!

adik ngan abg2 angkatnya..abang apai and abang roy ( tp kenapa adik buat muka cemas?)

aaaa.... sikit punya manis ke dia punya senyuman tu.

dah penat main kat belakang rumah..melarat sampai ke depan pulak budak2 ni.

ini la dia hero2 idaman balfour road... apa? Dafi? ooooo...bukan.
yg ni boleh menyanyi tanpa masalah pitching. hihihihi...


yesss...bday girl posing

para bapa lepak kat belakang sambil bakar sate ngan ayam.
sambil kipas, sambil makan, sebab tu la lamb chop tak sempat sampai ke depan. hhehehehe...

antara tetamu yg hadir di depan barisan makanan...


masa tgh nak potong kek. takde nyanyi2, ustaz hasri tolong bacakan doa selamat.
sila lihat ada sorang budak tgh cuba nak korek kek..


belum sempat kakak tiup lilin, adik dah tiup dulu...siap dgn air liur sekali!!!

ni b4 baca doa selamat..semua get ready dekat kek


ooooohhhhhh.........anakku sudah 6 tahun umurnya. Selamat ulang tahun sayang ibu. Semoga sentiasa jadi anak yg baik, berjaya didunia dan akhirat.


Meriah bday party kakak dan hadi minggu lepas (28/04/07). Ala2 garden party gitu....
Menunya nasi impit, sate, kuah kacang, nasik kerabu, bbq ayam dan cocktail serta mcm2 dessert. Fuhhhh...berasak jugak ibu ngan auntie kina masak sampai tak tido malam. Tapi takpelah, asalkan anak2 ibu riang dan gumbira, ibu sudah puas hati. Tapi yg kelakarnya sebab byk sangat benda nak disediakan, dan kakitangan yg ada cuma 2 org je...sampai tetamu dah start datang pun belum betul2 ready. Terpaksa la ibu balik tukar baju dlm keadaan tergesa2, ermmmm....tak sempat la ibu nak glamer2 sket. hahahahahahaha....ni sape punya bday nih?


Ramai jugak tetamu yg dapat datang, byk jugak la kakak dan hadi dapat hadiah...bukan main seronok lagi diaorang. hehehehehe...adik tumpang sibuk jer. sian adik, nanti bday adik kita buat jugak ok...tapi adik dah dapat korek2 kakak punya kek kan...sampai berlubang2 kek tu adik kerjakan.


anak2 angkat pun datang jugak, tapi sebab depa sampai lambat...nasib la kena tolong kemas. hehehehe...bila lagi nak tunjuk bakat jadik anak mithali kan... malam tu mmg letih yg amat sangat dah..ntah masa bila anak2 angkat ku balik pun dah tak sedar. mula2 lepak2 ngan depa tgk tv...pastu tv tengok orang dah.


weekend baru nih pergi bbq kat nottingham pulak. kemaruk betul...... selagi boleh nak berbbq nih. bukan apa sementelah panas kan, rasa rugi wooooo kalu duduk je kat dalam rumah. kitaorg tgh2 minggu lagi dah tgk weather forecast utk weekend, kalau panas...ceria la, carboot pun besar!


minggu ni tatau lagi apa planning. ermmm...pikir..pikir...



p/s: TING MA MA DE HUA...BIE RANG TA SHOU SHANG.